Adakah Semua Wan1ta Itu Betul?

Aku tak bernama. Aku juga tak ada tempat ingin luahkan sehingga doktor cakap aku ada axiety, aku ada macam macam penyakit kerana kerisauan aku tak bertempat.

Aku dan pasangan dah pun berkahwin 10 tahun tapi kalau nak tahu dari awal tahun pertama aku dah di tewaskan dengan ‘isteri’. Tewas dengan emosi dan ‘play victim’.

Nak tahu tak?. Dalam 10 tahun kahwin hanya hari raya baru nak ucap minta maaf. Setiap salah dia, dia tak mengaku. Sebab aku tak nak mengeruhkan keadaan.

Aku yang minta maaf. Aku buang ego aku jauh-jauh dan memaafkan dia. Dia kata aku menyalahkan dia atas kesalahan yang dia tak buat.

What?.

Cakap dengan aku meninggi suara. Tanya sikit marah, tanya sikit marah. Tertanya-tanya tak akan la period setahun direct?.

Setiap suami nak isteri hormat pada suami. Tapi aku tak kisah pun la tapi tetap kena ada lah juga walau pun sikit. Hargai suami bekerja susah-susah balik rumah ini tak kadamg-kadang masam mencuka.

Setiap apa dia nak semua aku turutkan dari makanan dan lain-laun tapi untuk aku?. Tak ada pun. Tapi aku masih lagi tak kisah cuma sepanjang 8 tahun memang tak ada atau satu dua saja penghargaan dia bagi macam tanda hargai lah.

Senang cerita bagi aku ceritalah. Suami tak nak lebih pun. Dia nak pasangan dia faham dia, dia nak bermanja dengan isteri dia, dia nak isteri dia goda dia tapi yang aku pelik terbalik. Aku banyak benda nak pikir, balik rumah tak pernah tenang sebab banyak benda pikir.

Bila dia buat salah aku tegur, aku pula yang minta maaf. Ah, Jammed pala. Sekali dua itu tak apa lah. Ini selalu. Nampak macam pijak, henyak kepala suami semahunya.

Suami ada maruah yang kadang kala perlu di pertahankan. Bukan diam je. Boleh je maafkan cuma bila dah banyak kali, hati aku ni satu je. Tak rasa apa dah.

Lantaklah. Sebab bagi orang wanita, dia akan cakap isteri murahkan rezeki suami. Dia pegang ayat tu macam dia tuhan. Itu yang sekarang jadi. Aku dah malas fikir dah.

Setiap kali jadi aku diam je kali ni sebab dia cakap ala masuk neraka lepas tu akan masuk syurga juga ibarat masuk neraka tu macam masuk kerja balik masuk syurga.

Mampu ke dia tahan azab dalam tu?. Hebat gila. Apa pun sekarang, bagi aku pi lantak. Aku dah malas fikir sebab penat tau penat jaga hati orang, orang terdekat sendiri tak jaga hati kita buat apa. Keraskan jelah hati tu.

Percaya atau tak, atas sebab inilah lelaki suka cari wanita lain atau tak nak kahwin dah sebab serik. Nak berborak?. Bincang?. Lupakanlah.

Ibarat, langit dan bumi jauh dia.

Apa pun terima kasih IIUMC sebab postkan luahan hati saya.

– No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *