Adakah Setiap Perkahwinan Begini?

Masih terngiang saat awal perkahwinan. Indah, manis, terasa sungguh disayangi. Kata-kata cinta diucap lebih 3 kali sehari. Hidup sukar yang dilalui terasa mudah sahaja dihadapi walaupun pada saat itu tengah PJJ.

Tengah sarat mengandung anak pertama, sungguhpun jauh dari suami, tetaplah terasa manisnya perkahwinan yand dibina.

Dulu suami bawak kereta pun dia genggam tangan kita tak lepas sampai saya ambil gambar sebab sweet kan. Dia cium tangan kita. The small acts. Saya bahagia.

Masuk tahun kedua perkahwinan, tiada lagi PJJ. Satu rumah, bertiga anak beranak.

Manis yang dirasa awal dahulu jadi kurang ke tahap 80%. Tanggungjawab kicks in. Masing-masing mungkin dalam fasa adaptasi. Newbie parents orang kata. Sambil handle anak, sambil kerja, urus rumahtangga.

Pertengkaran pula dah mula berlaku sekali dua. Disusuli dengan kemaafan.

Tapi masa ni dah cuba heart to heart dengan suami, that sparks yang kami rasai dahulu dah makin kurang, tak nak usaha untuk kembalikan sinar tu kembali ke?

Tak nak create masa untuk kita berdua dating sekejap ke? Pick up semula where we left between us.. Suami setuju untuk usaha sama-sama. Adalah perubahan sikit, sikitlah.

Pada tahun ketiga, Covid19 melanda. Kami? Dalam kategori wajib bertugas di lapangan. Sabtu Ahad pun kerja. Dikerah bertubi-tubi.

Mungkin asbab penat, the sweetness between us reduce hingga tinggal 50%.

Pada hari anniversary, saya usulkan kembali, jom kita kembalikan cinta ni kembali macam dulu-dulu? Saya ketahap menangis rindukan kasih, belai dan sentuhan seorang suami. Hubungan badan pun makin kurang.

Kadang sebulan sekali, dua bulan sekali pun ada.. Yang paling buat saya trauma bila tiap kali saya initiate the first move, dia menolak.

Katanya jangan, esok kerja.. Self esteem jatuh ke paras sifar. Saya hanya akan recieved bila dia meminta, dan belum pernah lagi saya menolak. Cuma untuk saya lakukan langkah pertama, tidak.

Jujur saya trauma, macam orang ada PTSD. Nak sentuh, nak peluk suami sampai fikir 3-4 kali.

Akhirnya saya peluk anak kuat-kuat. Tapi kalau suami peluk saya, saya akan balas hingga ke pagi. Part nak goda suami ke, pakai menarik tiap malam ke, sampai sekarang ye saya masih lakukan. But..

Masa tahun 3 ni, ketika saya menangis mahukan dia, suami kata okay kita cuba lagi this time untuk kembalikan our marriage sparks macam saat awal perkahwinan. Saya dah semangat.

Tapi akhirnya kecundang dan kembali hambar.. Bilamana saya yang harus mulakan “jom kita keluar sama? Kita ambil cuti kita jalan berdua? Kita pegang tangan macam dulu-dulu?”

Out of 365 days per year, saya bilang hanya 3 hari/3 kali kami keluar berdua. And the romanticness? Hambar.. sebagai perempuan, saya sedih saya malu. Saya sorang je ke mahukan yang terbaik?

Suami dah takda perasaan pada saya ke? Saya pernah tanya pada dia, adakah saya bukanlah calon isteri yang didambakan?

Adakah hati dia sudah lama jadi hak milik orang lain sebelum memperisterikan saya? Am I a rebound girl? Suami berkeras kata tidak.

Katanya dia memang bukan jenis romantik, dan tak boleh ke saya menerima keadaan itu seadaanya tentang personaliti suami kerana tanggungjawab nafkah zahir yang suami jalankan saya kategorikan sebagai cemerlang boleh dapat selempang pink dean list tu. Remarkable.

Tapi. Kenapa dahulu, awal setahun pertama, suami boleh? Suami tak pernah lekang ucap kata sayang. Tidur berpeluk atas katil single ye.

Tak lepas. Kepala saya selesa di atas dada dan lengan suami. Suami pun tak pernah complaint, saya anggap dia selesa juga kerana pelukan dia kita dapat rasa the greatness of love dia berikan. Setahun kami begitu.

Awal perkahwinan kan, katil single pun rasa cukup. Tapi sekarang?

Katil dah king size, terasa kosong. Dia macam ni tau. Kalau pernah beri yang terbaik mempamerkan kasih sayang yang sangat cukup. Bila tak beri lagi atau berhenti memberi, kita akan rasa pelik tak?

Lain kalau langsung tak pernah tunjuk, kita boleh rumuskan okay that is that person pure personality. Memang gitu keras kejung. Kita faham. But this is not the case. This is reduction of love. Sampai ke tahap saya mula rasa tawar hati.

A few times, saya bangun malam. Why ya Allah. Kenapa saya mula rasa kosong. Adakah sebab saya dah rasa penat? Menanti pada insan yang tidak lagi menunggu kita? Should i move on? Suami dah ada orang lain ke? Suami dah ada hiburan lain ke?

Kalau ada tunjukanlah kerana jujur hati ini, mula tawar. I can conclude from 100% to 80% to 50% dan sekarang entering tahun ke 6 perkahwinan with 2 kids dah, all i have left in my heart is 10%.. kami dah tiada lagi nak berusaha to create back the sparks.

sekiranya suatu hari nanti Allah tunjuk sebabnya, saya redha. Saya hanya fikirkan anak-anak. Hak mereka. They have good and functioning parents, kami rajin cari duit, rajin kerja, provide yang terbaik buat anak-anak.

Cuma isu peribadi diantara ibu dan ayah ini, mereka tak seharusnya mereka yang menerima the consequences. Not now for sure.

Buat suami. I think I’ve tried my best. Saya pernah merayu mahukan abang. Mahukan sedikit masa dalam setahun yang boleh kita luangkan bersama berdua. Our time. I’ve told you it is important. Because i only have you.

Kenapa kita makin hambar? Kenapa kita dah tidak lagi berpegangan tangan? Why dont we hug each other like we use to? When was the last time we said we love each other?

Tak pasti masihkah ada ruang untuk perbaiki. Sejujurnya, saya dah tiada kudrat untuk memulihkan atau memulakan. Yang tinggal hanya tanggungjawab.

– Heartless (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *