Cerita saya. Adaptasi Konsep Tawassul Ketika ‘Tersepit’
Sebenarnya saya tak pernah tahu pun pasal tawassul ni, hinggalah saya pelajari nya dalam kelas PQH (Pengajian Quran Hadis) yang di ajar oleh Ustazah Nabilah Hasan.
Itupun selepas saya kawin dan menetap di Kemaman ni. Alhamdulillah la.. saya di berikan rezeki jumpa ustazah Nabilah ni..
Bila di ingat – ingat balik.. Sebenarnya saya pernah menggunakan konsep tawassul ni yang mana ketika itu saya benar² berada dalam keadaan tersepit dan benar² terkepit.
Cerita nya begini.
(Kisah ni berkisar di tahun 1991 yang mana di zaman takde telefon rumah, gadget jauh sekali. Kenderaan yang mampu milik hanya sebiji motor peninggalan arwah ayah.. Jalan masuk ke kampung pun belum habis berturap)
Sewaktu saya di tingkatan peralihan hingga form 3, saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Pengajian Islam (MPI) Jalan Bayam yang terletak di Kota Bharu.
Sekolah tu tidak mempunyai asrama, tapi disediakan rumah sewa kepada pelajar nya yang tinggal jauh dari sekolah.
Walaupun sekolah ni terletak dalam daerah yang sama dengan rumah saya, namun saya terpaksa panjat 2 biji bas jugak la untuk sampai ke sekolah kerana tiada bas yang direct ke kawasan sekolah MPI tu dan saya merupakan penghuni tegar ‘rumah sewa cum asrama’ tu..
Yelah.. selalu nya saya lah orang pertama yang sampai ke ‘asrama’ kami tu.. dan selalu jugak la jadi yang last keluar dari rumah.
Macam² pengalaman yang saya lalui sepanjang duduk di ‘asrama’ ni.. (nanti saya citer lain kali pasal rumah sewa berhant* ni..) Kali ni nak kongsi pasal tawassul dulu, haha.
Ok. Pasal nak kena naik bas tadi kan..
Ok. Setiap minggu yang mana semua pelajar kena balik rumah, jadi hari sabtu pastinya saya kena balik semula ke asrama.
Bagi pelajar yang ada², kekadang mereka lebih suka datang pada pagi ahad tu.. sebab boleh mereka berlama kat rumah kan..
Tapi, saya memang takk la.. sebab mane ada kenderaan nya nak ke asrama. Pulak jarak jauh dari rumah.. dan memang takde sape yang ada kereta waktu tu.
Abang² pun masih baru² nak cari kehidupan dan boleh kata kami memang susah sangat masa tu.
Paling elok pun.. ada la kakak atau abang hantar dengan motor ke tempat ‘busstop’ yang boleh tahan juga jauh dari rumah.
Itula.. rumah kami ni agak jauh dengan jalan besar.. banyak kali jugak saya terpaksa berjalan dalam kegelapan malam untuk sampai ke rumah, setiap kali balik dari asrama kalau kebetulan tiada siapa tunggu di minggu saya balik.
(Yela.. jenis main pakai instinct je masing2.. kalau rasa anggaran saya balik, dorang akan pegi tunggu la dekat busstop tu.. kalau agak2 tak balik minggu tu.. depa tak pegi.. nak call pun bukan ada phone zaman tu..)
Dan..bila time dorang tak pegi tunggu tu, agak perit la jugak bagi saya.. yela.. Hampir sejam jugak nak sampai rumah kalau berjalan kaki.. time tak bawak beg berat, okla..
Tapi sejenis manusia bernama karimah ni.. setiap kali balik, mesti angkut semua buku yang konon nak study bila balik rumah.. tapi dah tahu pun.. memang susah nak jumpa untuk betul² study.
Bila dah penat jalan tu..mula lah airmata bercucuran turun.. sambil jalan sambil berlari2 anak.. sambil lap airmata.. takut kena lalu kawasan kubur lagi..
Ofkos laa takut.. zaman dulu mane ada lampu jalan macam sekarang ni.. Silap² pokok pun diingat hantuu.. haha.. Kenangan sungguh la..
Ok.. Back to cerita pasal bas tadi kan..
Jadi saya pun setiap hari sabtu, nak tak nak.. kena la bonceng motor buruk arwah ayah untuk ke bus stop. Kadang abang hantar. Kadang kakak yang hantar..
Tapi, boleh rasa tak macamane malass nya saya nak melangkah ke tempat busstop tu.
Pada suatu hari sabtu tu.. akibat bermalas malas nya saya.. menyebabkan saya terlepas bas yang sepatutnya saya naik pada hari kebiasaan nya.
Alamak. Bila naik je bas salor tu, drebar bas tu terus cakap..
Driver bus : ‘Dik.. bah ni tok lalu doh jaley wakaf che yeh.. tapi teruh ke Kota Bharu’
(Dik, bas ini dah tak melalui jalan wakaf che yeh.. tapi akan terus ke stesyen bas kota bharu)
Saya : (Dalam kalut cari tempat duduk menjawab), Oo ho.. takpola. Saya ikut pokcik gi kota bharu lah.. nati sayo ambik bah ke jaley baye.
(Oo ok.. takpela.. saya follow je bas ni ke kota bharu dan saya akan tukar bas di sana untuk ke jalan bayam)
* Jam ditangan dah pun hampir 6.00 petang.. uishh lewat sangat tadi keluar. Biasanya 4.30 dah keluar, dapat la bas jam 5.. ini dah dapat bas yang last lalu jalan salor ni.. memang patut la dia dah tak ke busstop lain. Terus ke kota bharu je.
Kebiasaan nya saya akan naik dari Salor dan turun di wakaf che yeh. Dari wakaf che yeh akan menaiki bas lain untuk ke jalan bayam.
Maka nya, keadaan yang saya terlewat ini lah titik tolak nya saya terpaksa menempuh situasi yang berkait dengan konsep tawassul tu.
Ok. Bila bas ke Kota Bharu tu.. bukan ia akan terus dapat ke jalan bayam yang saya nak tuju tu. Sebaliknya driver tu akan turun rehat untuk makan dan solat maghrib dulu sebelum dia kembali ke jalan bayam tu.
Anda bayangkan ye. Hanya saya sorang2 je dalam bas tu menunggu pakcik tu turun dan solat semua.. Dalam bas sorang2. Dah la suasana dah semakin gelap dan waktu maghrib pun dah masuk, keadaan sunyi dan gelap saya keseorangan dalam bas.
Saya memang dah janji dengan pakcik driver tu, dia akan bawak saya ke jalan bayam lepas dia solat. Jadi saya dah tak berani keluar dari bas tu.. dalam keadaan yang gelap dan ramai orang diluar sana yang saya tak kenal.
Sedang saya kerisauan sorang diri tu.. Allah uji lagi.. Tiba² saya perasan ada sekumpulan budak2 lelaki sedang usha saya dari luar bas.. bila dorang perasan yang saya sorang diri tu dorang pun pakat ramai2 naik ke dalam bas tersebut..
Jantung saya masa tu tak tau nak cakap la.. Lebih kencang dari waktu saya lari sewaktu melalui jalan kubur dah ni..
Dalam hati saya masa tu.. Takde lain.. doa dan doa.. Ya Allah.. berkat doa ibu aku dan semua amalan aku yang baik².. jangan lah mereka apa² kan aku Ya Allah..
Saya doa dan doa.. tak putus².. Korang tau tak macamne keadaan saya masa tu?
Saya senyap je dan terus memandang ke luar jendela bas.. tanpa tengok atau kalih sikit pun pada mereka yang tak putus² tanya itu ini pada saya..
Saya senyapp je.. sambil berdoa.. Dengan harapan mereka tak apa2 kan saya.
Keadaan tu saya anggarkan lama juga. Tapi saya dah lupa berapa lama. Cuma apa yang saya ingat.. walaupun mereka duduk sebelah tepi, depan dan belakang seat saya.. tapi sikit mereka tak sentuh atau cuit saya. Mereka hanya bertanya itu ini je.
Allah.. Perasaan saya masa tu.. Sukar digambarkan.
Apa yang saya ingat.. saya terus berdoa dan saya yakin Allah bantu saya.. Tu je yang mampu saya fikir masa tu.
Saya cukup bersyukur selang beberapa ketika, pakcik driver yang tadi pun datang dan bila dia tengok budak2 laki yang sedang mengusik saya tu, terus dia sergah dan budak2 tu pun terus laju turun dari bas tu.
Allah.. masa tu lega nya rasa.. Kaki masih ketar tapi apa yang saya tahu.. saya tidak menangis.
Saya mampu tahan ketika tu. Sampai asrama baru saya lepaskan puas²..
Bila cerita kan kisah ni pada anak2 saya, mesti saya menangis..
Itula ceritanya..
Sebenarnya sekiranya kita berada dalam keadaan tersepit, kita dibolehkan bertawassul dengan amalan soleh kita untuk mengelak bala atau ujian yang sedang kita hadapi tu.
InsyaAllah ada hadis sahih berkenaan bertawassul dengan amalan soleh ini. Dan InsyaAllah boleh di amalkan.
Moga cerita saya bermanfaat.
Sekian. Lain kali saya story lagi.. Banyak lagi kisah zaman dulu2.
– SulamKaseh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit