Assalamualaikum semua. Nama aku EL (bukan nama sebenar) dari central region. Umur awal 20-an. Tujuan aku tulis confession ni hanyalah ingin meluahkan perasaan. Dah lama sangat pendam. Kadang-kadang rasa salah ke ape aku buat ni?
Seperti yang diketahui, dalam agama Islam, kita tidak boleh bersalaman dengan orang yang bukan mahram dengan kita. Hal ni termasuklah dengan bapa saudara ataupun atuk saudara yang bukan dari kalangan adik-beradik nenek, mak, atuk dan ayah kita.
Disebabkan hal ini, aku rasa stress dan terbeban. Bukan disebabkan agama, tapi adat. Sebelum ni, aku salam je dengan sepupu, pak cik ataupun atuk sedara yang tiada kaitan darah pun.
Tapi bila umur makin meningkat dan mula mempelajari ilmu agama dengan lebih baik (InshaaAllah), aku mula tahu mengenai hukum dengan siapa kita boleh bersalaman dan dengan siapa kita tak boleh bersalaman.
Sejak tu, perlahan-lahan aku cuba untuk elakkan bersalaman dengan orang yang kita tak boleh salam.
Masalahnya, aku tertekan apabila mak cik aku mula mempertikaikan kenapa aku tak salam suami dia sedangkan dia bapa saudara. Mulalah diorang bercakap-cakap pasal aku dan mengatakan perangai aku teruk sebab tak nak salam suami kakak dan suami adik perempuan mak aku.
Bila aku tak salam je, diorang akan tarik muka and ade yang taknak bercakap dengan aku. Tapi aku tetap dengan pendirian aku kerana aku tahu, jika aku salam aku akan berdosa kerana hukum itu datangnya dari Allah dan bukan dari manusia.
Kadang-kadang aku share kat posting aku mengenai dengan siapa kita patut bersalam dan dengan siapa kita tak boleh bersalam dengan harapan mereka akan faham. Tapi hampeh. Ada je antara mereka yang like status aku tapi macam tu jugak.
Untuk pengetahuan semua, jika dengan abang lelaki atau pun adik lelaki mak aku, aku salam je. Yang aku tak salam dengan abang dan adik lelaki ipar mak aku je.
And yang buat aku tak suka, ade yang sengaja hulur tangan kat aku, so aku terpaksa salam jugak untuk jaga air muka dia sedangkan dalam hati aku, Allah je tahu betapa aku rasa berdosanya salam dengan orang yang bukan mahram.
Lebih sedih lagi bila ada pak cik aku yang menyekolahkan aku supaya hormat dengan suami makcik aku tu. Kalau aku explain kang cakap aku kurang ajar. Hmm.
Sekarang ni, aku tertekan dengan adat. Disebabkan adat, aku dipandang serong. Jika adat itu tak menyalahi agama, aku boleh ikut tapi masalahnya bila adat yang bertentangan dengan agama, macam mana?
Aku jadi tersepit tapi aku tetap dengan pendirian aku. Jika agama diagungkan, InshaaAllah semuanya akan faham dan takkan ada satu pun pertikaian. Tapi semua ni jadi bila adat diagungkan. So sekarang diorang pandang aku ni jenis tak hormat orang tua. Haihh. Sedih.
Tu saja confession dari aku. Maaf jika ayat berterabur. Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum.
Yang benar,
– EL (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit