Bismillah. Assalamualaikum. Tahun 2020 tahun usia aku lewat 20-an. Tipu lah kau tak ade keinginan nak mendirikan rumahtangga kan.
Doa pasal nak jumpa jodoh tu, selalu tak pernah miss setiap solat. Kadang rasa desperate pulakan. Ye la member2 sebaya semua dah kahwin, dah ada family sendiri. Kau saja la tukang like gambar2 dorang (hahaha).
Aku ni perempuan. Tak pernah ada cinta hati seumur hidup. So apa aku harap untuk usia macam ni perkahwinan je la kot walaupun dalam masa yang sama tak confident nak share life dengan orang lain.
Pertengahan 2020, ada orang mai umah tujuan nak sesi taaruf, tapi bukan aku lah. Untuk adik aku.
Btw aku ada beberapa adik perempuan dan lelaki. Sesi taaruf dorang pun dimulakan dengan kata2 dari mama aku, “oh Kiki ni ada lagi kakak atas dia yang tak kahwin lagi and blah blah blah..”
Aku tak dengar sangat sebab masa tu mata dah masuk habuk. First sedih sebab nobody inform aku pasal sesi taaruf ni, second why kena sympathy dengan aku yang kena langkah bendul ni, and third why dia orang cari kan untuk adik aku? Kenapa bukan aku? Hahahaha.
Untuk menguatkan lagi anggapan aku, aku dah buat research pasal perangai family aku ni. Ni terjadi kat cousin aku, Lala. Sama kes. Parent dia busy carikkan jodoh 2 3 orang juga lah untuk adik si Lala ni, yang Lala asyik kena skip saja sebab plus size.
So aku ni plus size and yang carikkan boy untuk adik aku ni pun dari family Lala.
Aku memang takde harapan lah nak di kenal2 kan sebab sedar diri badan gemuk2, kasar, kerja tak megah, kereta tak gah (haa banyak ye complaint pasal diri sendiri) hahaha.
Takkan la mak2 nak anak menantu mcm tu kan. Kalau darah daging sendiri dah pandang kau macam tu, apa aku nak harapkan lagi dari orang luar. (Ini berdasarkan penyiasatan aku. Result mungkin lain2). Haha.
Aku tak discriminasi yer plus size ni, aku sendiri plus size. And since sekolah rendah lagi dah obes.
Dah lari topikkan. Ok sambung, so awal bulan 2021 sesi merisik pulakkkk. (Yer deme jadi nak kahwin) dan mama keep telling me 2 3 time pasal rombongan ni. Eh tak rasa bersalah ke? Owh lupa aku kena terima takdir aku yang akan di langkah bendul. Hahaha.
Langkah bendul budaya melayu dulu-dulu. Kenapa kena ada budaya langkah bendul ni, aku rasa lagi mengganggu perasaan kakak yang dilangkah bendul tu.
Kalau la dia tu sulung, tapi tak kahwin2 kemudian ada 6 lagi adik perempuan bawah dia, tak ke 6 kali dimalukan oleh budaya ni. Eh tah la susah nak luahkan perasaan tu.
Adakah pemberian barang kepada si kakak yang dilangkah bendul ini adalah satu hadiah memujuk kerana mengizinkan adik dia kahwin? Macam mana yer perasaan tu?
Aku ada tanya member aku yang ada pengalaman ni, dia pun ada terasa terguris dengan adat ni. Dia tak minta pun, family adik ipar dia yang volunteer nak bagi. Sebab ADAT.
Sebagai seorang yang bakal menerima adik ipar dulu sebelum sempat dapat suami, saya akan memastikan saya mendapat sebentuk cincin dan sepersalinan di waktu mereka bertunang nanti. Hahaha
Dari kau bagi cincin, baik kau bagi rumah kan (alang-alang nak beri tu, kasi la besar). Hahaha.
Anda mungkin rasa adat ini perlu sebagai seorang Melayu. Melayu yang kaya dengan ADAT. Biar mati anak, jangan mati ADAT.
Sekian saja ulasan dan perasaan aku terhadap salah satu adat melayu kita yang masih digunakan. Harap penulisan ini dapat membuka mata melayu kita, jangan terlalu fikirkan adat, utamakan perasaan anak gadis anda dulu.
Okey sekian. Wassalam.
– Maryam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit