Adat Membeli Di Shopee Dan Lazada

Assalamualaikum semua. Hari ni aku tergerak nak tulis pasal adat membeli dekat shopee lazada. Tapi aku fokus kepada shopee sebab aku pengguna tegar shopee. Aku tahu zaman sekarang agak rare kalau masih ada yang tak pernah membeli walau sekali pun di platform online shop ni kan.

Aku tergerak nak tulis sebab dah banyak kali kena, lagi2 kalau orang macam aku ni, working mom, pjj dengan suami. Masa membeli barang dekat luar tu amatlah terhad. Jadi hampir semua barang aku shop dekat shopee.

Kalau kita cari barang dekat shopee, mestilah selepas harga kita nak tengok review kan. Kalau item tu dah ada banyak review, memudahkan kita untuk predict quality, and decide nak beli ke taknak dari seller tertentu.

Untuk sesiapa yang kurang maklum, shopee ni kalau review barang yang kita beli, letak gambar pastu tulis 50 character ke atas, boleh dapat 5 coin free. Shopee buat begini mestilah supaya orang rajin la beri review kan.

Tapi masalahnya, orang kita ni tak pakai sangat konsep give and take. Kalau boleh dia nak take jer. Nak ambil 5 coin free, tapi bagi review tu sangatlah tak ikhlas, dan yang lebih teruk menghampahkan pembeli2 seterusnya yang mengharapkan review berharga dari previous buyer. Antara review yang selalu sangat jumpa:

1. Dia attach gambar dekat review. Tapi gambar yang langsung tak ada kaitan dengan produk tu! Kalau gambar tulisan thank you cantik.. Oklah bolehlah diterima. Atleast bolehlah menggembirakan seller kan.

Ni tak, dia attach gambar dinding la, gambar kipas siling la, gambar kaki la, stering la dan list lain pengguna shopee yang biasa check review bolehlah tolong sambung. Kecewa tau nak sangat tengok gambar sebenar item, tapi dapat gambar kaki. Lagi2 kalau review item tu tak ramai lagi yang bagi.

2. Untuk cukupkan 50 character tu, dia ulang satu perkataan sama. Good Good Good sampailah dia puas hati. Ataupun dia tulis i likeeeeeeee panjang sampai nafas dia habis. Tu nak cukupkan 50 character la tu. Bijak kan. Haha.

Ye la..Tu akaun shopee orang. Suka hati la kan! yang bagi coin free bukan aku, yang dapat coin free pun bukan aku. Tapi look guys, Kita kan terkenal dengan budaya saling menolong.

Ramai antara kita ni bukan berada di posisi yang boleh menghulurkan pertolongan besar kepada orang lain. Tapi pertolongan2 kecil yang hampir tak nampak macam ni pun tak kurang nilainya juga kan.

Kita tak tahu siapa yang mendapat manfaat dari review kita tu. Dari review kita yang ikhlas dan jujur tu boleh la orang lain save duit dari terbeli item yang tak berapa nak bagus, ataupun dari sudut lain boleh tolong seller upgrade atau tambah baik servis/kualiti barang.

Sebab tu tiap kali membeli dekat shopee, kalau boleh aku akan cuba bagi review. Yang jujur. Kalau tak sampai 50 characters pun aku tak kisah, maksudnya ganjaran tu masih tak layak untuk apa yang aku beri. janji aku bagi yang jujur dan ikhlas.

Tapi percayalah bila kita bagi review ikhlas, InsyaAllah 50 character tu senang je nak cukup.

Kalau ada item yang memang rasa betul2 no komen, aku tak bagi review at all. (biarla tak dapat coin free, sebab memang tak layak pun dapat kan) Daripada mengecewakan pembeli lain semata2 nak dapat coin free tu kan kan.

Tu je la nak confess. Rumusannya masa nak bagi review item dekat shopee ke lazada ke, tolak tepi dulu niat nak kumpul coin free tu..

Kita tanamkan dahulu niat nak menolong orang seterusnya yang nak beli item tu, dan masa yang sama nak tolong seller juga naikkan rating ataupun atleast macam aku dah sebut tadi, untuk galakkan seller lebih alert and tambah baik mana2 yang kurang.

Kemurnian pertolongan yang ikhlas tu tetap sama tak kira besar atau kecil pertolongan tu. Assalamualaikum.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *