Aku Dan Depressi0n

Salam sejahtera semuanya. Saya tidak tahu bagaimana mengungkapkan maksudnya. Saya cuma meluahkan apa yang saya alami serta rasakan dan penulis ini menterjemahkan nya dalam bentuk penulisan.

Pada mulanya, saya tidak tahu saya rupanya tergolong dalam insam yang mengalami depress atau tekanan perasaan. Saya cuma menyangka

“Ohh.. saya cuma sedang bersedih, atau saya sedang mengalami masalah. Badan saya sakit2, kepala saya sakit sebab tidak cukup tidur jaga anak. Mungkin juga saya cuma terlalu letih. Kadang2 saya sesak nafas, diikuti ngilu di jari jemari. Mungkin saya cuma stress biasa…”

Simptom2 fizikal yang saya rasakan saya abaikan saja dengan alasan2 seperti yang saya utarakan itu.

Dan akhirnya bila ia memuncak…. saya mengetauhi saya mengalami depress yang semakin teruk.

Kisahku “Aku dan Deppresions” bermula di sini…

Saya dilahirkan dari keluarga yang kurang berada. Agak susah. Tapi itu bukanlah masalah. Tapi zaman kanak2 dan remaja saya tidak seindah mana. Masa kecil saya pernah dicabul. (Cabul dan rogol adalah berbeza ya).

Bila zaman remaja meningkat pula, saya tertekan dengan sikap mama saya yang terlalu tegas disamping itu kata katanya amat pedih. Mama selalu tuduh saya macam2. Mama selalu melemparkan kata2 kesat kepada saya.

Kadang saya terlalu penat menolong di ladang padi, jalan kaki balik ke rumah, buat kerja rumah seperti masak, angkat air dan sebagainya. Tapi tetap saja ada yang tidak kena di matanya. Kalau bukan saya, bapa yang menjadi mangsa kemarahannya.

Kata2 mama saya memang teruk. Dan kekadang saya akan melawan sebab tidak tahan dengan kata2 nya. Pernah mama saya ludah dan gigit saya juga. Lempar duit untuk yuran sekolah pun pernah. Berkali2 selama sekolah menengah saya pergi sekolah dengan mata bengkak sebab menangis.

Pernah saya makan ubat panadol 1 papan kerana terlalu sedih dan stress. Terlalu sakitttt kata2 nya. Bapa saya cuma kerja biasa2. Oleh itu saya memang bertekad belajar sungguh2 sebab saya mahu lari dari semua ini.

Zaman remaja saya pun masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tidak la seindah mana kerana saya mangsa buli. Buli secara mantel bukan fizikal. Sebab apa saya dibuli??? Sebab saya tidak cantik. Saya rasa begitu sebab pelajar cantik tidak akan dibuli. Pada masa itu…..

Pergi sekolah rasa kosong…balik rumah rasa tertekan. Apa pilihan saya ada?????

Tapi saya kuat…saya bertahan. Apa punca yang menyebabkan mama saya marah.. saya try mengelak awal. Saya buat kerja rumah cepat2 baru buat kerja sekolah.

Disebabkan saya tahu keluarga saya bukan berada, saya tidak cantik, saya tekad belajar sungguh2. Then saya dapat masuk form 6. Bila jadi pelajar pintar baru cikgu2 pandang saya. Baru kawan2 mahu berkawan.

Pernah saya dimalukan semasa form 1 semasa matapelajaran moral. Masa itu subjek pasal kepelbagain budaya.

Cikgu itu kata, kalau anak kacukan memang cantik. Then dia tanya saya..

“Mama bangsa apa???”

Saya jawab.

“Bangsa S………….”

“Bapa pula?”

“Sama juga bangsa S………..”

“Hemm…patutlah tidak cantik.”

Kata2 cikgu itu disambut gelak ketawa pelajar moral yang lain. Walaupun masa itu cuma form 1 tapi ia membekas pada diri saya masa itu.

Start tingkatan 1 hingga tingkatan 6 saya tinggal bersama keluarga saya agak tertekan dengan sikap mama saya. Pelbagai ayat2 pedih sudah saya telan.. Seperti sundal, anak tiada guna, macam2 lagi la.

Masa sudah di Universiti pun kalau balik rumah cuti semester mama saya pandai cari gaduh juga. Sakitt tau.. sakit…

Zaman di universiti seronok juga..memang la wajar sebagai mahasiswi rasa stress dengan study, kerja kursus, class..kawan2 itu biasalah… cuma kekadang saya rasa lonely. Terasa kenapa saya tidak happy macam orang lain???

Sebenarnya rasa useless yang saya rasakan itu sudah bercambah dari benih2 murung semasa tinggal di kampung lagi. Dan rupanya ia berakar secara perlahan2 dalam diri saya. ( Baru saya sedari kini).

Saya pun jenis pendiam jenis kurang kawan. Kurang bersosial Sebab apa??. Sebab saya pernah kena dengan kawan tikam belakang. Pasal boyfriend saya tiada stress pun masa itu.

Masa di U pun saya bergantung dengan duit PTPTN juga. Jarang minta dengan family. Makan pun ala kadar..biasalah..ini dialami oleh semua students.

Saya pendekkan cerita…

Memasuki alam perkahwinan. Disini la kemuncak tekanan saya alami. Benarlah kata orang alam perkahwinan sangat2 mencabar. Tapi husband saya sangat baik orangnya. Saya akui dan saya bersyukur.

Saya jauh dari keluarga sebab husband menetap di semenanjung. Anak pula rapat2, saya harus berhenti bekerja. 24 jam dirumah. Jiran kiri kanan masa tu tidak kenal pun bukan macam suasana di kampung. Kawan pun tiada.

Selepas bersalin saya alami tekanan perasaan yang teruk. Mula2 saya cuma menyangka saya mengalami kemurungan selepas bersalin rupanya tidak.. Ianya berpanjangan. Mungkin kerana saya sendirian di rumah kerana husband seharian bekerja.

Saya kuat marah, rasa benci diri sendiri…. benci sebab saya tidak mampu menggapai kerjaya saya. Tapi dalam masa yang sama tidak mampu meninggalkan anak2 saya di pusat jagaan.

Pengalaman semasa kecil dan remaja membuatkan saya trauma dan fobia. Tambah lagi bila baca banyak kes2 penderaan fizikal dan seksual di media sosial. Saya fobia!!!!. Saya sejenis yang terlalu risau dengan banyak perkara.

Family in law saya baik cuma sikap ibu mertua yang seakan2 sikap mama saya membuatkan saya sedikit sebanyak cuba mengelak berlama2 di rumah mertua.

Dengan ipar duai yang mengumpat saya di belakang. Dengan miss comunication with husband lagi menambahkan perasa dalam lubuk hati yang saya pendam pada mulanya. Dengan kejutan2 ini saya sering tertekan.

Saya jadi terlalu sensetif. Selalu terasa orang mengata saya, sindir saya. Justeru itu saya lebih suka menyendiri. Jika mampu tidak meminta bantuan sesiapa saya lebih rela susah.

Tahun 2016 kemuncak deppres saya bila setiap hari saya murung. Kerap bertengkar dengan husband. Saya jadi benci dan menyesal berkahwin walaupun sesungguhnya saya tahu husband baik orangnya.

Kekadang saya naik tangan pada anak juga. Lepas itu saya akan menangis ber jam jam kemudian termenung..sambung lagi nangis hingga tertidur. Setiap helaan nafas yang saya tarik terasa tersekat dan bila saya menghela nafas terasa berat.

Pada masa itu saya buat banyak perkara antaranya saya akan pukul badan sendiri hingga lebam, saya akan minum ubat ubatan berbentuk pil berbiji2.

Saya pernah mahu minum clorox, pernah gunting rambut sendiri kemudian sumbat dalam mulut, pernah hentak kepala dan belakang badan pada dinding berulang2 kali dan banyak lagi. Saya tidak tidur malam. Tidak makan dan minum.

Pernah pasang tali untuk gantung diri pun pernah! Cuma saya fikir anak.. anak.. anakk masa itu.

Berat saya masa itu memang drop sampai 43kg. Kena tambah air berkali2 di klinik. Bertahun rasanya saya mengalami keadaan depress yang terlalu berat bagi saya masa itu. Yang kekadang diluar sedar saya.

Perkara lain yang saya buat sudah tidak ingat. Husband selalu cuba bersabar, memujuk saya juga. Tapi bagaimanapun dia memang perlu bekerja setiap hari.

Masa itu perasaan saya ialah…. lonely dan useless..

Paling teruk bila saya sudah mula nampak bayang2 hitam. Dengar suara2. Selalu “dihimpit” semasa tidur. Mimpi buruk macam2. Seperti nampak Ular2 besar, dipatuk ular, orang meninggal hidup balik dan macam2 lagi.

Kadang semasa terbangun saya nampak lembaga bertanduk juga. Kadang rasa diperhatikan. Dengar bunyi2 dalam rumah. Saya tidak tahu sama ada itu imaginasi saya ataupun apa.

Sebagai manusia biasa saya mesti takut dengan hal2 mistik begini. Dan itu menambahkan lagi depress yang saya alami. Rasa give up dengan semuanya. Actually sampai sekarang pun sometimes saya masih mengalami hal2 mistik ini.

Tugas saya sebagai surirumah juga sedikit sebanyak membuatkan bebanan pada perasaan saya semakin bertambah. Bukan saya menafikan tugas2 saya. Tapi ia memang amat memenatkan. Dengan jarak kelahiran anak yang rapat2, tidak cukup rehat dan tidur, sakit2 badan, dengan karenah anak2 lagi.

Saya akui agak tertekan. Bila saya tidak mampu menahan rasa itu saya akan terduduk lelah di penjuru rumah sambil menangis teresak2. Kadang anak akan tengo saja saya dengan wajah takut2. Kadang datang dekat saya. Masa itulah saya akan peluk anak2 sambil menangis.

Terasa saya bukan ibu yang bagus. Walhal saya tidak mahu membesarkan anak2 saya macam cara mama saya membesarkan saya dahulu. Bukan saya kata cara mama saya tidak bagus. Cumanya, saya mahu menjadi ibu yang baik untuk anak2.

Berkali2 saya ingatkan diri saya supaya belajar dan terus belajar menjadi seorang ibu yang tegas tetapi penyayang supaya anak2 saya jadi insan yang berjaya samaada dari segi kerohanian mahupun kerjaya.

What depression feel like???

You dont want to life but you dont want die..

You dont want talk to anyone but you feel very lonely..

You wake up in the morning and simply wait for the night to come.

Kadang kala semasa tertekan saya akan sesak nafas diikuti ngilu2 dibahagian jari jemari saya. Kepala rasa berpinar. Kalau masa itu husband tiada di rumah saya akan guna inhaler dan minum air banyak2.

Saya akan cuba bertenang. Saya akan peluk anak2. Saya ingatkan diri berkali2 kasihan anak2 kalau jadi apa2 pada saya mereka masih kecil. Kalau Tuhan mahu panggil saya, saya harap masa itu anak2 sudah boleh berdikari sendiri.

Tapi walaupun saya mengalami depress tapi tanggungjawab saya sebagai ibu tidak pernah saya abaikan. Saya jaga anak2 saya sebaiknya.Rumah saya bersih dan teratur. Walaupun ada ketika, saya busykan diri untuk hilangkan rasa sedih.

But end up you still sada and deppresed. You cant hold it anymore, and finally you cry because it really hurt you feelings.

Saya pun jenis jaga badan dan muka. Saya suka fashion. Macam wanita2 normal yang lain.
Cumanya i am dying inside.

Sepayah mana pun rasa itu… jangan kata saya tidak pernah melawan depress saya. Saya fight.

First sekali ialah saya deactivated facebook saya. Tukar nombor handfone dan whtsapp juga. Saya mengelak dari media sosial yang menyakitkan. Facebook yang banyak budaya sindir menyindir…facebook yang banyak menerbitkan budaya dengki juga.

Saya pada mulanya mengunakan facebook juga untuk membalas balik sindiran orang tertentu walaupun secara halus tapi akhirnya itu cuma menyakitkan saya saja. Ia membuatkan saya ada penyakit hati.

Tiada gunanya. Cukuplah!!. Jadi lebih baik saya bersikap mengelak dan matang. Biarkan saya tidak tahu apa2… itu lebih baik.

Saya ada buat facebook baru tapi cuma orang tertentu saja berada dalam friendlist saya. Malah saya gunakan facebook hanya untuk membaca bahan bacaan bermanfaat, resepi memasak dan tengo movie korea.

Malah budaya umpat mengumpat itu saya elakkan. Prinsip saya less talk less mistake.. less friend less problem.

Jangan pernah cerita mengenai family kita atau sesiapa sahaja. Jangan pernah menyampai apa pun kalau bergosip.

Bila ada orang bergosip tugas kau adalah mendengar dan diam sahaja. Jangan menyampuk, jangan iyakan dan jangan menambah. Ingat..kita diam pun orang tetap mengata sana sini apatah lagi kalau kita buka mulut.

Dont let people know too much about you.

Tidak payah sedih kalau tiada kawan baik atau tidak ramai kawan.

Perlahan2 saya try and try bangun… keluar dari permasalahan kemurungan saya. Saya akan buat perkara yang boleh buat saya happy. Misalnya excersice….

Saya beli produk skincare. Rasa happy bila bangun pagi tengok muka berseri seri. Rasa happy bila boleh pakai apa saja fashion pakain.

Saya beli barang2 rumah perlahan2. Maklum la usia perkhawinan baru menginjak 5 tahun jadi kewangan tidaklah sekukuh mana dengan keperluan anak2 lagi. Rasa happy bila tengok rumah bersih dan cantik

Saya berfikir sedalamnya. Saya harus mencari punca pada depress yang saya alami. Saya harus cabut akarnya barulah permasalahan lain akan beransur pulih.

Saya call mama saya. Saya minta maaf. Walaupun tidak saya nyatakan apa sebabnya. Cuma saya yang tahu bertahun2 saya simpan dalam hati perbuatan mama saya dulu2. Saya marah dan sedih serta kecewa hingga ia mencambahkan benih2 deppresion pada diri saya.

Dengan meminta maaf Saya harap hati saya akan tenang dan saya mampu melepaskan beban2 yang menyeksa hati saya.

Pada keluarga sebelah suami pula. Saya perlahan2 cuba memahami budaya hidup mereka. Saya sesuaikan diri. Kalau mereka menunjuk2 dengan saya pun, saya akan senyum dan support saja.

Kalau saya ada beli barang mahal2 atau hadiah dari husband pun saya tidak tunjuk. Kalau balik rumah mertua saya akan beli barang2 dapur. Tapi saya tidak akan bermuka2 menunjuk2 saya dan suami buat itu ini. Biarkan mereka tidak tahu. Kalau tahu pun tidak apa.

Saya tidak segan2 juga masak dan kemas rumah mertua. Buat macam biasa. Kalau ada yang mengguris hati saya buat2 tidak tahu. Paling teruk pun masa balik rumah dalam kereta saya akan luahkan apa yang sudah mengguris hati saya kepada husband.

Kalau saya marah sama husband saya akan berkurung di bilik saja. Tiada sudah saya jerit2. Nanti malu jiran2 dengar… kasihan anak2 tengok. Biarlah saya akan berusaha melawan deppresion ini walaupun ia tidak semudah seperti menaip disini.

Ianya bersama airmata. Kekadang saya tetap kalah. But i wake up semula. Again and again. Saya pun pergi juga gereja. Sekuat apapun saya mencuba..saya percaya Tuhan lebih berkuasa atas segalanya dan rencananya itu indah. Teras hidup adalah sandaran kepada agama. Walau apapun agama.

Kekadang saya terfikir, saya kah yang lemah??? Kenapa orang lain tidak seperti saya??? Mereka kuat dan tangguh. Kini, bila saya down… saya tidak akan menangis lagi. Mungkin hati saya sudah kebah atau pun mungkin saya sudah penat.

But… believe me, when you cry in bathroom the pain is another level. Kadang saya mandi sambil nangis. Saya sental badan kuat2. Saya berus gigi laju2 sambi ketap gigi. Keluar dari bilik mandi mata merah.

Saya masih fight deppresion saya hingga kini. Saya tidak akan mengaku kalah walaupun ada masanya saya terbawa oleh perasaaan itu. Saya selalu berharap semoga saya mampu melepaskan semuanya. Semoga hidup saya akan tenang.

Saya juga berusaha supaya saya ada kesempatan untuk berjumpa dengan pakar psikologi. Semoga kemelut perasaan yang saya hadapi akan hilang secara beransur2.

I will breathe. I will think of solutions.

I will not let my worry control me again.

I will not let my stress break me. I will simply breathe. And it will be okay . Beacause i dont quit. I dont give up.

Apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman ini ialah, sesuatu tekanan perasaan itu bermula dari persekitaran kita, dari kita kecil, dari pengalaman2 setiap hari.

Bila kita sering terluka dan kita sering memendam maka benih2 itu akan menghasilkan tekanan pada perasaan dan deppresion untuk jangka masa panjang. Jangan biarkan ia berakar.

Kepada sesiapa pun yang sedang mengalami seperti saya, bertahan la, bertabah la..dan kuatlah selalu. Apapun agama kalian, carilah Tuhan dahulu maka kau akan temukan sinar disitu walaupun ia proses yang berliku2 dan perlu mengalami pergumulan dalam hatimu.

Dan, ingatlah 1 perkara. Jagalah lidah kita. Tolong…jagalah mulut kita. Bicara la hal yang baik2. Tolong la jangan menyinggung hati orang lain. Maruah orang bukan untuk bahan lawak. Bukan bahan gosip. Hormati la sesama.

Kepada semua yang bergelar ibu bapa. Kita ini tidak sempurna. Tapi sedaya upayalah gali ilmu keibubapaan agar kita mampu mendidik anak kita dengan cara yang betul. Jagalah lidah kita semasa marah kepada anak2. Kata2 mu adalah 1 doa. Terutama kata2 seorang ibu.

Jujur, saya sering penat kerana anak2 yang belum mengerti. Saya pernah bosan kerana melakukan rutin kerja rumah yang sama setiap hari. Saya sering marah kerana tingkah laku mereka yang masih polos. Namun kenyataannya, saya tidak mampu hidup tanpa anak2 saya.

Sekian saja coretan dari saya. Ia hanyalah secebis warkah untuk kita renungkan. Maaf saya tidak pandai sangat menyusun ayat2 kerana itu saya luahkan kepada si penulis untuk diterjermahkan dalam bahasa yang boleh difahami.

“Be strong and keep going. I am here when you need some advice and wanna share something.”

– Itchell (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *