Addiction

Assalamualaikum warahmatullah. Aku taktau aku patut share atau tidak. Aku takut nanti orang anggap lambakan ni dah banyak dan korang takut nak kawin, hahaha.

Ya, aku sama dengan luahan-luahan sebelum ni. Aku perempuan yang suka tengok porn dan aku suka masturbate sorang2. Dan aku dah banyak kali bertaubat.

Dan setiap kali aku buat, aku rasa nak hempuk je kepala ni kat katil. Tapi aku tetap nak benda tu. Allahuakbar, aku takut gila kalau aku mati dalam keadaan tak sempat bertaubat. Tapi aku tak boleh berhenti. Aku benci kenapa aku macamni.

Benda tu mula sejak aku kecik weyh. Serius, waktu tu aku tak baligh lagi pun. Ya Allah, dah bertahun aku cuba tinggalkan.

Mula sejak abang aku yang cuba buat tak senonoh dekat aku. Sejak tu aku jadi ketagih. Tapi aku tak main dengan lelaki. Aku main sorang2. Tapi aku rasa dosa dia lagi besar. Tuhan laknat kot sapa yang ‘kawin’ dengan tangan2 sendiri. Kan, ada kan hadis pasal tu kan.

Pastu sejak aku masuk asrama, aku dah tak main. Tapi bila balik rumah, aku start balik. Aku pernah tak main sampai setahun. Tapi bila start masuk u, dah banyak exposed ngan porn balik. Aku jadi ketagih balik.

Hampa tau tak depressed dia macamana setiap kali aku rasa menyesal. Allahuakbar. Apa nak jadi ngan aku ni. Serius hati tu takkan rasa tenang kalau buat. Aku tau tu. Tapi p buat jugak. Astaghfirullah.

Aku mintak benda ni jauh dari korang. Jangan hampa baca pastu hampa pi try. Jangan. Tolonglah.

Bagi orang, aku ni seorang yang baik, lemah lembut. Tapi dalam hati, Allah ja yang tau. Sebab tu aku depressed. Sebab aku tau aku jahat. Dan aku cuba nak ubah tapi aku bodoh pi buat lagi.

Cerita dia, bila ada sorang laki minat kat aku, dan dia cakap dia bukan minat aku main2. Dia cakap dia nak jadikan aku isteri.

Masa tu aku dah berazam, aku nak tinggal benda jahat yang aku buat ni. Aku tak nak dia dapat perempuan macam aku. Then, aku nekad nak berubah. Dah lama jugak aku tak buat. Tapi lama2 aku tewas jugak. Tapi aku tetap cuba dan aku still kawan dengan dia sampai la dua tahun dah.

Aku jadi runsing sebab sekali tu lepas aku buat benda tu, aku depressed gila. Dan aku rasa bersalah kat laki tu. Pastu aku terus terang kat dia. Sebab aku rasa tak adil. Dia layak dapat yang lebih baik dari aku. Aku bagitau dia pasal addiction aku yang satu ni.

Dia cakap, kita nikah jom. Sebab dia nak tolong aku. Tapi dia tak dak duit lagi. Dia tengah kerja sekarang.

Aku cakap sanggup ke dia terima aku yang macam ni. Dia cakap dia sayang aku, dan dia mengaku dia pun pernah buat yang macam aku buat. Aku tak kisah kalau dia macam tu.

Cuma apa yang aku risau sekarang, apa pandangan dia pada aku? Aku takut dia anggap aku murah lepas ni. Aku takut dia cuba amik kesempatan. Aku takut dia tinggal aku sorang2 bila dia jumpa perempuan yang lebih layak dari aku.

Kalau dia tak boleh terima, aku harap dia cakap dari awal. Tapi tak, dia cakap dia terima aku. Dia akan nikah dengan aku. Aku start simpan harapan.

Ya, dia seorang yang baik. Baik ngan mak ayah dia. Masa mak dia sakit, dia jaga sambil genggam tangan mak dia. Aku pernah jumpa mak ayah dia dan tengok sendiri layanan dia pada mak ayah. Dan dia pun layan aku baik.

Dan aku takde la jahat mana. Aku jahat dengan diri aku. Tapi dengan orang aku baik. Mak ayah dia pernah cakap, diorang suka aku. Cuma tulah, sebab benda tu kadang2 aku depressed. Rasa aku tak layak sedut udara yang Allah bagi pun.

Jadi aku nak tanya, patut ke aku percayakan dia? Aku takut dia akan ungkit benda ni lepas kitorang kawin. Dan aku takut tiba2 satu hari dia berubah hati.

Kami sama2 cakap nak berubah. Tapi boleh tahan berapa lama aku pun taktau. Sebab aku dah tak percaya diri aku sendiri. Buat dosa, taubat, buat balik.

Kepada pembaca sekalian, terima kasih sebab sudi baca. Dan aku harap pandangan korang terutama dari lelaki.

Boleh ka korang terima kitorang yang macam ni? Ikhlas ke dia terima aku? Tu tak patut tanya tapi nak tanya jugak. Nak bash pun bash la. Aku dah tak kisah. Aku dah puas maki diri aku sendiri.

– :'( (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Semua org ada kisah silam yg tak baik. Dan semua org ada sisi gelap dalam diri masing2. Itu tandanya kita manusia. Saudari tidak perlu terlalu memikirkan perkara2 yg belum berlaku. Apa yg saudari perlu buat adalah berbincang secara terbuka dgn lelaki tsbt berkenaan semua kerungsingan saudari itu. Lepas bincang dan dah ada persetujuan bersama, jangan pernah sebut lg ttg perkara2 yg dibincangkan itu dan boleh move on dgn hidup baru yg dirancangkan. Apa yg akan terjadi masa depan tak perlu pk lg sebab majoriti yg kita fikir itu tidak akan terjadi. Apa yg perlu saudari dan pasangan buat adalah jalani hidup spt yg diimpikan. Dan jika tiba masa masalah mendatang, barulah sama2 fikir jalan utk atasinya sahaja.

  2. Hai confessor ..
    Boleh ke confessor lebih mendalami struktur otak org yg addiction. Brain dia memang tak sama dgn org normal.. which means confessor in the right way dah berusaha cuba alihkan perhatian diri, taubat, maki diri etc.
    .
    Its just benda kebiasaan kita yg memang melekat in brain . But trust, Allah sentiasa bukakan jalan taubat & antaranya perkahwinan ( mohon byk2 kan doa istikarah).
    So , to say sis yg x boleh berubah x juga. Its juga x semudah tu. Dan God sees yr effort, so does yourself.
    .
    Mohon jgn terlepas lelaki baik sistur
    (mohon petunjuk Allah byk2).
    .
    Just jadikan reminder yg , “aku tau aku ada benda ni ( aware of itt) dan teruskan hidup dengan cara yg lebih baik.”
    Lawan , lawan sis. Maafkan diri hari².
    Praktis hari².
    _( budak psikologi).
    [ just 1 taip je ni, tak baca balek, hope confessor boleh ceduk yg baik²]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *