ADHD Dan Depresi

Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Terima kasih jika admin sudi menyiarkan pertanyaan, persoalan dan luah hati saya. Maaf saya tidak pandai mengarang.

Dan diharap kepada para pembaca jangan menghina dan mengecam, bagilah pendapat yang boleh membantu saya. Saya namakan anak saya “boy”.

Soalan pertama saya :

Betulkah tindakkan saya meletakkan anak saya dikelas ppki. Kerana bila dia di Ppki dia nampak tidak gembira dan saya sendiri melihat dan merasakan dia nampak tidak sesuai dippki. Tapi bila nak letakkan dia dialiran perdana, saya rasa terlalu jauh untuk dia mengapai.

Anak boy saya, tahun ni darjah 1, dan sekarang di kelas ppki. Anak saya di diagnosis ADHD, dia juga mengalami masalah speech delay.Dia tidak berminat menulis dan mewarna, tudak mahu melakukan aktiviti.

Dippki dia tiada rakan untuk bergaul, tiada rakan sebaya yang melayan dia bermain seperti dia ditadika dulu, tiada rakan untuk dia berbual. Boy dulu sekolah di tadika swasta, alhamdulillah penerimaan yang baik dari cikgu-cikgu dan juga rakan sebaya. Mereka sangat sayangkan boy.

Sampai hari ini, cikgu tadika masih mesej saya bertanyakan keadaan boy di ppki. Soal bagaimana cikgu ppki melayan boy, masih baru untuk saya ceritakan. Cikgu ppki juga baru cuba mengenali boy.

Boy jenis yang sukar untuk rapat dengan orang yang baru dalam hidup dia. Akan ambil masa juga. Dan cikgu ppki pula agak tegas juga. Cikgu juga ada bertanyakan, “doktor ada cadangkan pengambilan ubat?”.

Memang tiada, setiap kali temujanji dengan doktor, doktor kata dia masih ok. Tidak perlu sebarang ubat. Boy, Tidak mencederakan diri, tidak mencederakan orang. Boleh bergaul dengan orang. Boleh makan sendiri, boleh ikut arahan yang mudah. Arahan- arahan yang dia faham, dia akan ikut.

Cuma boy suka bercakap dan bising. Sebab dia speech delay. Mungkin ke cikgu rasa terganggu. Tapi ada juga, anak2 lain lebih lagi dari boy. Boy juga mendapatkan terapi-terapi dari swasta selain dari hospital, juga pernah belajar di pusat intervensi.

Soalan kedua :

Jika saya pernah merasa untuk bunuh diri dan bunuh anak sendiri, adakah diri saya tengah depresi?

Saya pernah terfikir untuk mengantung diri dikipas yang sedang berputar dan disaat itu saya merasa kosong. Mujur masa tu, handphone saya berbunyi.

Tapi saya rasa saya ok sahaja. Saya boleh tersenyum dan gembira dihadapan orang dan boleh pergi kemana-mana sahaja,boleh melakukan kerja hingga selesai, mengurus keluarga. Tetapi bila saya berseorang, saya selalu mengalami gangguan emosi kesedihan secara tiba tiba.

Walaupun ketika itu saya sedang memasak,makan atau mandi dan lain2. Saya akan menangis, dan saat tu jiwa dan perasaan saya tersangat sakit dan sangat sedih. Saya akan menangis sendirian. Kadang kadang saya rasa, tidak berguna. Rasa gagal. Rasa macam2..

Dan saya juga, cepat marah dengan anak saya. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan? Atau saya hanya sekadar stress.

Mohon pandangan kalian, berikanlah pendapat dengan ikhlas.

– Najwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *