Semasa kecilku aku dibesarkan dengan keluarga yang sangat penuh kasih sayang. Mak akan sentiasa meraikan minat aku yang suka melukis dan mewarna ketika itu.
Dia akan menghantar aku ke setiap pertandingan mewarna yang ada terdekat masa itu dan aku juga akan sentiasa mendapat tempat 3 tangga teratas apabila menyertai pertandingan itu.
Kecilku tidak pandai bercerita seperti kanak-kanak lain yang petah menceritakan hari-harinya di sekolah pada kawannya.
Aku takut untuk membuka mulut untuk bercerita disebabkan aku tak reti untuk bercerita satu-satu yang berkesinambungan. Aku perasan ini sejak meningkat umur sekolah menengah.
Apabila aku bercerita kawan aku mesti tak dapat apa point apa aku sampaikan disebabkan cerita aku tu melompat tak ada kepala dan hujungnya. Mereka macam terkebil-kebil tak faham apa aku sampaikan. Aku lebih suka untuk mendiamkan diri aku dari bercakap dengan orang lain.
Aku dengan adik beradik aku bercerita dan bercakap dengan biasa. Tapi dengan orang luar aku takut untuk bersuara. Itu sebabnya ramai yang mengenali masa kecilku adalah seorang pendiam dan pasif.
Jika aku meminati sesuatu aku akan buat tu je sampailah kerja lain lambat disiapkan dan diketepikan dahulu sampai aku puas dengan apa aku minat itu.
Contohnya masa sekolah menengahku aku lebih minat kepada subjek math dan itu lah subjek aku kejar cikgu untuk selalu bertanyakan soalan atau apa berkaitan dengan math.
Sampai form 4 and 5 aku masih lagi subjek yang sama math mode dan add math. Sehinggakan subjek yang lain diketepikan dulu dan strateginya ialah pastikan smua credit dan aku boleh dapat masuk pra universiti.
Di pra universiti aku masih lagi dapat sambung dengan aliran fizikal yang belajarnya more to math. Alhamdulilah aku sambung lagi ke universiti.
Di universiti aku mendapat course yang aku perlu belajar more to biology. First and second sem aku teruk bawah 2.50 PNG masa itu dan aku dikategorikan pelajar bermasalah ketika itu.
Masa sem itu aku dah mula ponteng kelas dan datang lambat kelas disebabkan tak minat dengan apa belajar. Jika masuk awal pun tu pun disebabkan kawan paksa dan duduk depan lecturer tapi tidur.
Betapa nyenyak aku tidur pernah sampai jatuh dari kerusi dan kena gelakkan orang lain.
Aku juga sangat lah seorang yang pelupa. First sem aku duduk kolej yang tingkat 5. Barang asyik terlupa nak bawa dan aku pernah patah balik berkali-kali dan terlambat pergi kelas dan tunggu bas yang lama. Dan itu berlaku banyak kali sepanjang aku belajar.
Daripada itu aku dikehendaki berjumpa dengan kaunselor universiti semasa sem 3. Aku pergi berjumpa dengan seorang kaunselor perempuan masa itu. Dia baik dan sangat menghargai apa aku rasakan.
Dan aku nekad membuat keputusan untuk tukar course kepada subjek yang aku minat. Tapi dalam proses penukaran itu aku menarik balik untuk tidak tukar course. Jadi aku teruskan sahaja course yang aku ambil.
Aku tahu itu sangat sukar pada aku. Dengan masalah disiplin yang sama aku teruskan belajar juga dan paksa diri untuk belajar. Subjek dalam kelas memang aku akan tidur tetapi untuk pembelajaran di luar kelas praktikal aku akan sangat berminat dengan apa aku cuba buat.
Aku hadapi ketika itu dengan aku dipulaukan dalam kelas disebabkan banyak kali tidak hadir discussion group. Aku selalu terlambat menghantar assignment dan meniru kawan.
Aku tahu semua ini tidak baik tapi begitu aku cuba untuk teruskan hidup dengan tidak tahu apa masalah aku yang sebenar.
Aku selalu menangis dan rasa takut itu tapi aku tidak tahu ke mana harus ku luahkan perasaan ini. Dengan keluarga aku lagi lah aku takut untuk ceritakan hal sebenarnya.
Aku berjumpa dengan kaunselor itu lagi tapi kadang aku juga melarikan diri taknak untuk dibantu. Aku cuba mencari diri sendiri.
Aku berkawan tapi bukan dengan coursemate aku disebabkan aku telah dilabel sangat bermasalah. Orang lain pun takut nak ambil aku dalam groupmate untuk apa-apa assignment disebabkan sikap aku.
Bukan aku tak cuba untuk baiki diri menjadi lebih baik tapi ada sesuatu tidak kena masa itu. Aku ibarat masuk lubang yang sama berkali-kali walaupun dah ditegur, dimarah dan diherdik oleh kawan dan lecturer.
Aku pernah masuk kelas tapi tak ada orang yang bercakap dengan aku. Aku merasai itu dan itu sangat sakit ketika itu. Aku sedih.
Ke mana harus ku bawa rasa ini.
Setiap lepas kelas di fakulti aku sejak sem 4, aku akan lepak jap pergi jumpa haiwan-haiwan di universiti. Aku akan pet/sentuh haiwan tu sehingga rasa tenang sedikit baru aku akan balik. Itu lah tempat yang aku jumpa itu transfer sedikit rasa negatif aku.
Hari demi hari aku meneruskan hari di fakulti itu sehingga aku jatuh cinta dengan apa aku belajar. 3 sem terakhir aku dapat PNG 3.0 above sikit so aku punya pointer grad PNGK ialah 2.89.
Bagi aku itu aku sangat bersyukur dengan apa yang aku dapat dengan susah payah aku lalui itu.
2015 aku grad dengan bachelor. Perjalanan aku tidak terhenti disini, aku masih lagi diuji dengan alam pekerjaan yang sangat mencabar.
Aku tidak nafikan apa yang berlaku semasa aku di alam universiti sangat membentuk aku yang sangat agresif dan tak kesah apa yang berlaku. Apa yang aku mahukan itu aku mahukan sekarang tak ada yang boleh menghalang aku.
Aku memulai alam pekerjaan dengan sangat agresif dengan mengutamakan apa yang aku minat dan terkini. Aku suka explore dan discover benda baru dan akan buat bersungguh ketika semangat tetapi apabila dah tak semangat itu aku tinggalkan.
Perjalanan aku dalam alam pekerjaan ini paling sekejap aku kerja 3 minggu dan paling lama 5 bulan. Aku sangat pelik kenapa orang lain boleh bekerja lama bertahun-tahun lama di tempat sama dengan orang yang sama dan jobscope sama.
Pada awal 2019 aku dah mula memberontak dengan diri sendiri dan mula membandingkan diri dengan kawan coursemate dulu, adik beradik dan orang sekeliling.
17 pekerjaan aku buat selepas dari aku grad sampai 2019. Aku mencari orang untuk ceritakan apa yang berlaku.
Aku cuba hubungi kaunselor aku yang belajar dulu dan dia respond katanya boleh datang jumpanya. Aku terus berjumpa dengannya ceritakan segala apa aku rasa sejak aku grad. Dan dia mention word “ADD “ tapi tidak menerangkan apa itu.
Aku balik dan mencari tahu di semua platform aku ada. Dan aku menonton satu video TedTalk dari Jessica “How to ADHD” dan aku dapati itu lah manusia yang sama dengan apa aku rasa ini.
Aku mencari di carian Google, YouTube tentang ADHD. Tapi aku tidak ketemui cara untuk diagnosed masa itu disebabkan kesedaran tentang ADHD masa itu sangatlah rendah.
Sampai ketika rasa teruk aku ini tak nak berjumpa orang dan taknak bercakap dengan sesiapa pun.
Aku impulsif berjumpa dengan seorang yang kononnya katakan dirinya ADHD coach itu. Aku bertanyakan padanya, “boleh ke dia keluarkan surat untuk diagnosed ADHD?”.
Dan dia menjawab untuk, “datang berjumpa dengan sesinya dahulu” dan ketika itu perlu membayar dengan sejumlah harga.
Aku tak sabar pergi menonong ke sana dan bayar dia. Selepas dari itu aku share dalam satu group dan ada ADHDer yang text aku melalui facebook dan guide aku sampai sehingga aku dapat officially diagnosed dari doktor psikiatri hospital universiti.
Step by step dia guide aku untuk diagnosed. Aku sangat menghargai jasanya sehingga sekarang dan kami masih lagi berhubung.
Dengan apa yang berlaku terhadap apa yang “ADHD coach” tu menipu aku, aku tidak puas hati begitu sahaja. Bagi aku ini tidak wajar dia seperti mengambil kesempatan atas impulsif ADHD aku tak fikir panjang ini.
Di sini juga aku ingin menegaskan bahawa kepada ADHDer dan parent ADHD jangan sesekali terpedaya dengan kononnya coach ini.
Aku juga ada mendapatkan kepastian dari pakar psikiatri bahawa Malaysia ni tak ada lagi ADHD coach ini.
ADHD coach perlu mendapatkan sijil bertauliah dan ada background psikologi atau psikiatri. Dan dia ini masih lagi aktif membuat servisnya untuk coaching orang untuk pendapatannya.
Aku tidak kesah jika dia membuat servis jika tidak mention “ADHD COACH” tu tapi sebagai ADHDer sahaja. Tapi dia menggunakan nama ADHD coach itu salahnya.
Aku tahu dia masih lagi bebas membuat ini disebabkan tak ada orang yang report kesalahannya. Tapi aku tidak akan berdiam diri begitu sahaja. Aku berharap ADHDer dan parent ADHD lebih berhati-hati dalam memilih servis consultation/ coaching ini.
– Dee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit