Sempena dengan merdeka, aku rasa terpanggil untuk share kisah adik aku. Pengorbanan dan jasa dia memang aku tak boleh lupa sampai mati. Sejahat mana aku, senakal mana aku adik tetap layan aku baik. Adik aku dilahirkan 31 Ogos 1990.
Sayup2 pagi, jam 6.50 pagi mak aku selamat melahirkan seorang anak perempuan. Aku tunggu dengan abah berdebar2 depan pintu bilik. Bila aku dengar je adik menangis, aku terus rasa teruja. Rasa tak sabar nak tengok. Rasa bangga sebab aku dah jadi abang besar. Bila mak bidan dah bagi kami masuk, aku pun terus melulu masuk. Bila nampak adik aku perempuan, terus senyuman aku hilang. Damn! Aku nak adik lelaki. Aku nak ajak adik main basikal, panjat pokok, mandi sungai. Perempuan? Takkan aku nak ajak dia buat semua tu. Aku terus keluar bilik. Lari pergi sungai. Dekat sungai aku marah2 salahkan tuhan. Astagfirullah.
Hari demi hari, adik makin membesar. Aku tak mengaku dia adik aku. Kalau kawan2 aku tanya aku jawab dia adik angkat. Aku tahu adik sedih tapi aku ego. Setiap kali balik sekolah, aku selalu buli adik. Adik mesti akan simpan duit belanja sekolah dia paling kurang 20 sen untuk dimasukkan ke dalam tabung tapi aku jahat. Aku ambil 20 sen duit dia hari2 singgah kedai beli gula-gula. Adik tak pernah nangis, tak pernah marah. Aku tanya dia kenapa tak menangis. Adik jawab sebab dia suka tengok aku bahagia dapat gula-gula. Fuhh, goyang juga ego masa tu.
Masuk sekolah menengah, aku dah berubah sikit. Aku mula rasa tanggungjawab untuk jaga adik aku. Satu hari aku balik sekolah lambat sebab ada kelas tambahan. Adik balik dlu. Selalunya kami balik berenpat dengan kawan2 tapi hari tu entah macam mana tiba2 ada kelas. Perasaan tak sedap kat hati aku buang jauh2. Berdoa agar adik tak ada apa2. Tapi aku silap. Balik je aku ke rumah, tengok adik dah menangis dekat kerusi sambil mak ubatkan luka dia. Aku terus naik darah. Aku lari pergi dekat adik tanya dia apa yang jadi. Adik cakap dia kena langgar lari dengan kutu rayau kampung. Aku terus naik angin. Aku pergi sergah rumah budak tu sampaikan abah aku turut aku bawak balik. Kena sedas jugalah budak tu dengan aku.
Malam tu aku pergi bilik adik. Mak suruh hantar makanan. Aku bukak je pintu tengok adik tengah sedu tahan nangis sambil tengok luka dia. Aku terus terjah adik dan peluk dia. Aku cakap janganlah nangis along kan ada. Terus adik aku lagi kuat nangis. Aku tanya kenapa. Dia jawab dah lma teringin nak panggil along. Fuhh, sebak beb. Malam tu kami jadi rapat. Mak masuk cuci luka adik, aku suap dia makan. Abah pulak sibuk bebelkan kutu rayau yg langgar adik. Aku tergelak jugalah bila abah kata kalau ikutkan marah dia sudak berdebik2 budak itu kena. Eleh abah, tebuan hinggap pun dah jerit sekampung. Haha.
Start hari tu aku cuba buang semua ego aku. Best rupanya ada adik perempuan. Kalau lapar aku jerit je, kejap lagi sampai maggi yg dah siap masak. Kalau malas basuh baju, longgok je dlm bakul pastu ketuk pintu bilik dia. Kalau pergi bandar nak acah2 tak single, buat je sweet dengan adik. Kalau duit tak ada, mintak je dengan adik confirm dapat. Kami makin rapat sampai mak aku kata macam dia lahirkan ank kembar tak seiras pulak.
Tapi tu dlu. Tahun 2015, adik didiagnos kanser tulang tahap 4. Patutlah adik selalu tak sihat. Aku yang berkerja di perantauan ni dah tak senang duduk bila mak kata adik masuk hospital. Kalau kapal terbang tu aku punya, masa tu juga aku balik. Mak pula tak cakap adik sakit apa. Bila aku tanya, mak diam. Lagilah aku serba tak kena. Patutlah adik dah lama tak skype dengan aku. Lepas urus cuti dan tiket, lebih kurang 2 minggu lepas tu, aku pun terbang balik. Tak sabar nak jumpa adik. Sampai je hospital, berlari aku nak jumpa adik. Adik, abangmu dah sampai!
Bila mata aku pandang adik, terus luluh hati aku. Lemah lutut aku nak langkah jumpa adik. Goyang jiwa aku tahan nangis. Adik! Adik dah kurus! Adik macam mayat hidup! Kulit bertemu tulang. Aku nangis sambil peluk adik. Adik sambut aku dengan senyuman, meskipun senyuman dia cuma tinggal kulit yang semakin bertemu tulang. Aku belai rambut adik. Aku usap muka adik. Rindu.
Aku ambik keputusan untuk jaga adik. Petang tu aku emel company untuk ambik cuti tanpa gaji. Walaupun aku tahu aku berkemungkinan hilang kerjaya tapi aku nekad. Aku nak jaga adik. Banyak masa yang aku rugi. Kalaulah dari kecil aku rapat dengan dia. Mesti sekarang aku tak rasa menyesal sangat. Hari2 aku teman adik di hospital. Makan minum dia semua aku yg suap. Mana yang aku tahu masak, aku masakkan untuk dia. Adik sengih. Gembira dia. Mak kata mak tak pernah tengok adik sengih macam tu sejak dia sakit. Rupanya dah lma dorang simpang rahsia adik sakit dari aku. Kesian adik sakit seorang.
30/8/2015 jam 11.20 malam, nafas adik terasa sesak. Aku yg tidur sebelah adik terus bangun tenyeh mata. Mak pun bangun tengok apa yang tak kena dengan adik. Adik semakin parah. Mak suruh aku bawak dia pergi hospital. Baru je aq nak ambik kunci kereta, dengar suara adik menghalang. Long, tak payah pergi hospital. Adik nak mati dekat rumah. Susah payah adik bercakap. Air mata jantan aku mengalir.
Abah ajar adik mengucap. Mak usap rambut adik suruh ingat allah. Aku? Aku nangis peluk adik. Adik cakap lagi dengan susah payahnya. Long, maafkan adik. Ampunkan salah silap adik. Adik sayang along. Aku dah tak tentu arah menangis. Aku dukung adik bawak masuk kereta. Tak kira, aku kena selamatkan dia. Adik minta maaf mak dan abah sambil dia dalam dukungan aku. Bukak je pintu kereta baru nak nak letakkan adik, adik dah pejam mata rapat. Ya tuhan, lemah longlai lutut aku. Aku jatuh ke bumi sambil dukung jasad adik. Adik…
Hari ni genap usia adik 28 tahun. Semoga adik sentiasa di bawah rahmat Allah. Kepada semua yang ada adik, hargailah. Sedegil mana pun dia, senakal mana pun. Sabar. Itu adik kita, darah daging kita. Keturunan kita. Kepada adik2, kalau kakak dengan abang anda layan anda macam2 gaya. Terima sajalah. Esok2 momen itu yg anda rindukan. Al fatihah Nur Humaira. Along rindu Mai.
– Abang yang rindu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit