Adik

Hi, harini aku nak share sikit pengalaman handle adik aku yang didampingi sesuatu dan disyaki disantau.

Haa bila ingat balik pengalaman 4 tahun lepas, aku akan ingat macam mana peritnya hidup kami sekeluarga.

Waktu kejadian, adik aku masih bersekolah rendah. Adik aku ni agak lain dari kami adik beradik. Kami yang lain memang rapat antara satu sama lain. Apa yang dibuat pasti bersama-sama kerana kami semua lelaki. 6 orang semuanya

Awal dulu aku fikir adik aku memang jenis pendiam. Tapi aku ada perasan sesuatu yang lain dari adik aku ni. Dari kecil memang perangai dia pelik. Tiap malam akan menangis sambil menghentakkan kepala di dinding.

Bayangkan semua ahli keluarga tengah tidur, dia bangun, tengok kipas syiling sambil nangis. Kemudian menghentakkan kepala dengan kuat di dinding. Cuba hentikan tapi macam tak terkawal.

Kami dah bawa berubat di serata tempat. Bila tiba di tempat perubatan, adik aku akan jadi normal macam kanak-kanak lain.

Bayangkan adik aku benci gila kalau nak snap gambar dia. Setiap gambar tak pernah senyum dan akan mengamuk teruk. Sumpah aku cakap, adik beradik aku yang lain memang bencikan adik. Benci sampai tahap semua palau dia.

Kitorang pun tak tahu kenapa. Asal tengok muka adik, kami semua akan jadi meluat, marah.

Sampaikan masa adik aku berumur 5 tahun, abang aku pernah kata baik tak payah lahir sebab mak aku kerap sakit. Keadaan rumah jadi lain. Kerap gaduh, rumah suram, ayah mengamuk dan lain-lain.

Perangai adik aku semakin lama semakin pelik. Suka berseorangan, duduk dalam gelap, kerap mengamuk sampai habis pecah dan rosak semua barang dalam rumah. Sekolah jangan cakap lah.

Memang kerap tak pergi sampaikan dia sanggup berlari ke arah jalan raya semata2 tak nak ke sekolah. Banyak lagi benda yang dilakukan adik sampaikan aku juga pernah berdoa semoga adik aku “mati”

Kemuncak kepada permasalahan ini sewaktu adik aku berumur 11 tahun. Makcik aku memperkenalkan seorang bomoh. Allahu masa ni adalah punca kepada masalah besar yang berlaku. Keluarga ku memang tak percayakan bomoh2 ni sebab memang tahu karut.

Entah kenapa mak aku setuju untuk guna perubatan bomoh. Aku rasa mungkin masa tu parents aku dah burn out. Hampir 9 tahun bertahan dengan perangai adik aku. Aku pulak masa ni tengah kerja, jadinya memang tak tahu apa2.

Balik saja kerja, abang aku bagitahu yang ada seorang bomoh datang. Aku memang terkejut besar la time ni. Nak marah, mengamuk semua ada. Tapi aku diamkan sebab mak dengan ayah aku seakan takut kalau aku tahu.

Aku tanya details apa yang dilakukan oleh bomoh tersebut.

Parents aku perlu sediakan duit syiling 2 sen dan tak dibenarkan melihat “cara pengubatan” dijalankan. Di sini aku dah mula suspicious teramat.

Yang buatkan aku lagi suspicious, bomoh ini seorang wanita, tidak menutup aurat, berseluar pendek sewaktu melakukan perubatan. Yang aku tahu adik aku muntah teruk.

Aku tak tahu kenapa keluarga aku boleh terpedaya dengan semua ini. Malam tu, terus aku cari balik duit 2 sen. Merata2 aku cari. Langsung tak jumpa. Aku yang baru berusia 17 pada masa itu hanya mampu berserah sebab benda dah jadi.

Sebulan awal kami nampak perubahan pada perangai adik aku. Dia mula bersembang tapi aku perasan anak matanya seakan tiada reaksi.

Paham tak macam orang yang tengah bersembang tapi minda kosong. Sekolah pun dah mula pergi. Rajin bersembang tapi masih tidak senyum.

Tapi hanya bertahan sebulan, bulan seterusnya adik aku jadi seperti yang lama. Tapi kalini makin teruk. Sampaikan cikgu di sekolah paksa berhentikan adik aku sekolah.

Masa ni memang aku nampak keluarga aku kusut teruk. Mak makin tak sihat, ayah makin kerap marah tanpa sebab. Kenapa aku tak ambil tindakan? Aku pun tak tahu.

Bila masuk waktu subuh, adik aku akan membongkok seperti orang tua di atas katil. Untuk pengetahuan semua. Dalam keluarga aku yang paling kuat semangat. Abang dan adik2 yang lain agak penakut.

Jadinya bila nampak perkara sebegitu berlaku. Aku akan membaca ayat al quran. Adik memang takut dengan aku. Aku perasan tu. Bila dia mengamuk, dia tak akan berani dekat dengan aku.

Perkara ini berlarutan sehingga adik aku masuk umur 12 tahun. Tapi parents aku masih tidak mengambil sebarang tindakan. Abang aku?

Abang aku banyak berdiam. Tak seperti abang aku yang sebelumnya.

Abang aku seorang yang sangat caring dengan keluarga tapi dia seakan tidak memperdulikan adik aku. Bohonglah kalau abang aku tak pernah angkat tangan kepada adik aku.

Tiap kali adik aku buat perangai, pasti sepak terajang abang aku bagi.

Sehinggalah hujung tahun, waktu adik aku kena ambil upsr, cikgu paksa adik aku pindah sekolah. Banyak kali mak ku dipanggil ke sekolah. Aku pula dah menyambung pelajaran ke kolej.

Parents aku decide untuk berubat ke darul syifa. Dari sini kami dapat tahu penyebab. Bomoh tersebut menghantar 3 jin mendampingi adik aku. Dan memang ada jin yang dampingi adik aku dari kecil.

Bohonglah kalau kami sekeluarga tak terkejut. Rasa sedih, marah, dan kasihan pada adik aku bercampur. Usia kecil dah kena macam2.

Ingtkan lepas dah jumpa ustaz semuanya kembali normal, rupanya tak. Bomoh tu hantar jin lagi sebab mak aku tolak untuk beli produk dia. Tau tak apa? Air mani gajah. Suruh adik aku minum. Ko gila ke sial benda kotor nak kasi adik aku minum,

Terus kami block number bomoh tu. Keadaan baik untuk beberapa bulan. Adik aku makin baik selepas follow up dengan pusat darul syifa.

Tapi bomoh sial tu datang balik. Dia hantar melalui panggilan telefon. Macam karut kan?

Ia jadi lepas tiba2 mak aku mendapat panggilan asing dari seseorang tapi nak ditakdirkan adik aku yang jawab. Ayat nya “ni **** ke?” bila adik aku jawab YA, terus adik aku rebah.

Esok pagi, adik aku mengamuk teruk sambil kata “aku benci keluarga ni menyusahkan hidup aku” sambil menjerit. Tapi suara adik aku garau padahal baru berumur 12 tahun masa kejadian.

Satu penumbuk hinggap di muka adik aku oleh abangku. Tamparan di pipi, tendangan di perut dan dicekik oleh ayahku.

Kalau aku lambat bertindak, mungkin adik aku dah tiada sekarang. Semua orang seakan hilang kawalan. Mak menangis. Adik2 kecil yang lain menyorok sambil menangis. Suasana pagi yang sangat kelam kabut.

Adik aku terus berlari keluar rumah. Mak ayah dan abang aku masing2 perlu pergi kerja. Kalau ditanya kenapa nak pergi juga? Sebabnya dah banyak cuti diambil before this sebab nak bwak adik aku berubat.

Aku ponteng kolej, aku cari adik aku merata tempat. Sebabkan rumah aku, rumah kampung. Jadinya agak susah untuk cari.

Lepas 2 jam baru aku jumpa adik aku. Tengah menangis di busut besar di sawah hadapan rumah aku. Kejap aku nak nanges bila ingat keadaan adik aku masa ni.

Muka lebam, baju terkoyak, luka2 kecil di badan sebab berlari masuk sawah. Muka polos tengah menagis sambil ketakutan.

Untuk pertama kalinya aku nampak “adik” aku yang sebenar. Aku nangis di situ. Hancur hati lihat adik aku sebegitu. Perasaan benci marah semua seakan lesap.

“Angah, kenapa badan adik sakit? Kenapa adik ada kat sini? Angah, adik takut”

Ucap adik aku lemah sambil menangis. Mukanya bingung dengan keadaan.

Perlahan aku peluk adik aku. Aku peluk erat dan menangis semahunya. Aku papah dia pulang ke rumah. Kau baru umur 12 tahun dah kenapa hadap sebegini rupa. Sungguh aku sayu.

Aku mandi kan adik aku. Sangat berhati2 aku jirus. Adik aku merengek sebab sakit bila aku cuci badannya dengan sabun. Aku belek seluruh badan adik aku. Lebam lama, lebam baru, luka lama dan luka baru. Ni kalau badan kebajikan tahu, mau dituduh adik aku didera.

Untuk pertama kali juga adik aku bersembang sambil tersenyum. Sumpah aku kaku kejap. Wajah adik aku berseri. Tak lepas aku pandang wajahnya walaupun ada kesan lebam.

“Angah, kenapa badan adik sakit” dia bertanya sewaktu menjamah bubur.

Aku agak hairan. Takkan dia tak sedar apa yang dia dah buat.

“Adik tak ingat apa2 ke?” aku tanya.

Dia geleng. “Adik buka ja mata adik dah ada dekat tempat gelap. Adik takut masa tu ngah. Adik dengar angah panggil tapi bila adik jawab, angah tak dengar. Angah pun dah banyak kali lalu depan adik. Tapi angah tak tengok pun adik” ujarnya perlahan.

Aku akui. Banyak kali aku lalu di kawasan busut tersebut. Lepas aku baca al fatihah dan ayat kursi terus aku nampak adik aku.

Lepas je adik aku makan, terus dia baring di pahaku. Lena. Yaa, dia lena. Sambil menyapu ubat di tubuhnya, air mata aku tak henti mengalir. Bertapa sakitnya adik aku rasa. Tubuh kecil dan kurus tersebut aku tepuk perlahan.

Tapi sewaktu semua ahli keluarga aku yang lain pulang, adik aku seakan takut. Lama dia menyorok di bawah katil. Aku cerita kan apa yang terjadi dan malam tu juga parents aku bawa adik aku berubat.

Walaupun prosesnya tak mudah dan memakan masa. Alhamdulillah, adik aku sembuh.

Kini, adik aku lah yang menjadi penceria dalam keluarga. Dia seakan tidak ingat langsung apa yang terjadi. Adik aku bagaikan orang yang baru. Kami semua menyembunyikan perkara yang terjadi daripada pengetahuanya.

Sentiasa senyum, gelak tawa, ringan tulang dan paling suka jika bergambar. Dan adik aku sangat rapat dengan aku. Apa sahaja pasti dikongsi bersama aku.

Aku bersyukur, adik aku dah pulih sepenuhnya. Tapi aku masih mengekalkan langkah berjaga2 takut si bomoh sial tu datang balik.

Nak tahu? Aku hampir bakar rumah bomoh tu bila aku dapat tahu dia punca. Nasib abang aku halang. Memang aku dah hilang pedoman. Dengan makcik aku sekali aku maki.

So sedikit perkongsian dari aku petang2 ni. Maaf ayat agak berterabur sebab menaip sambil berkerja hahaha. Tak curi tulang ya. Sekarang lunch hour.

Adik aku pun dah tingkatan 4 kut, hahaha. Makin ceria, dan tak berhenti vc aku malam2 sebab aku kerja di negeri lain. Keluarga aku, alhamdulillah, makin harmoni dan sentiasa pasang ayat suci al quran.

Adik, angah sayang adik sangat2 <3

Sekian, hehe.

– Angah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *