Adik Aku Juga Penghidap Skizofrenia

Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana siarkan confess aku ini. Terdetik nak share kepada kawan2 semua tentang kisah adik aku ini selepas baca confession tentang abangnya yang juga penghidap skizofrenia semalam (https://iiumc.com/abangku-penghidap-schizophrenia/). Jangan risau TT, anda tidak keseorangan dan tindakan anda juga betul sama seperti aku.

Memang pada awalnya susah aku nak terima bahawa adik aku penghidap Skizofrenia. Tapi lama kelamaan aku redho dan anggap ini ujian buat kami sekeluarga. Aku cuma ada adik aku je. Aku namakan dia Mohd. Ye kami dua beradik. Adik aku start sakit lepas dia tamat SPM, masa dia sekolah menengah aku tak perasan perubahan sikap dia sebab masa tu aku study jauh di selatan tanah air. Jarang balik. Habis study, jodoh aku cepat. Aku kawin. Kemuncaknya bila aku dalam pantang kat rumah mak aku, tiba2 satu malam tu adik aku menjerit-jerit masa tidur dan dia kata dia nampak hantu. Memang cuak beb masa tu.

Lepas tu nampak perubahan sikapnya sikit2… Dia jadi seorang yang pendiam, tak bergaul dgn org, duduk dlm bilik je dan tak keluar lepak. Lebih ganjil, dia yg sebelum ni memang tak hisap rokok tiba2 jadi perokok tegar. Sekali hisap boleh habis 5 batang. Lepas tu kuat minum air. Bayangkan satu malam dia boleh minum satu jug besar air masak. Dia kata dia panas. Dia kerja lepas SPM tapi tak lama… Lepas tu dia berhenti katanya kerja berat. Duduk kat rumah keadaan dia semakin menjadi teruk. Ada satu hari tu dia lari keliling rumah mak aku waktu maghrib. Arwah abah dah risau panggil pakcik2 aku. Bila nampak orang ramai2 dia terus lari ke jalan dengan tak berbaju. Apa lagi ramai2 kejar naik motor. Masa tu aku dengan mak aku memang dah menangis… Sedih tengok adik aku.

Lepas dari kejadian tu, makcik pakcik aku suruh bawa berubat tradisional. Merata pelusuk negeri ustaz/ustazah/tok bomoh kami berubat. Duit jangan cakap la memang banyak habis. Tapi adik aku masih macam tu keadaannya. Sampailah adik aku dihantar di satu pusat jagaan oleh pakcik aku. Mak abah aku dah tua jadi harapkan adik2nya. Ok nampaklah perubahan selepas setahun duduk sana, adik aku balik ke rumah. Nampaklah dia ‘bersih’, dan dia kerja semula. Boleh beli motor hasil duit kerjanya.

Tapi langit tak selalunya cerah. Tak lama lepas adik aku dah sihat sikit, abah jatuh sakit. Adik aku la yg banyak jaga abah kat hospital. Bila dia balik kerja terus pergi hospital jaga abah sampai tengah malam. Nampaklah pengorbanan dia sebagai seorang anak. Tak lama lepas tu abah aku meninggal. Mungkin kerana rasa kehilangan, penyakit adik aku jadi balik.Sampai satu tahap dia meracau2 kat tempat kerja sampai HR hantar dia ke hospital. Doktor pun takde terangkan apa2 pada aku kenapa dia meracau and so on. Tak lama lepas tu di berhenti kerja.

Ya seperti yang kami jangkakan, keadaannya jadi seperti dulu. Malah makin teruk. Dia pecahkan cermin2 yang ada kat rumah mak aku termasuklah televisyen. Handphone dia, dia campak ke dinding. Habis berkecai. Aku takde pilihan. Pindah duduk dengan mak aku sebab risaukan keadaan mak aku.Sampailah satu hari tu, dia pecahkan cermin kereta arwah abah aku. Aku tak faham apa yang sebenarnya dia rasa. Mungkin dia nampak ada bayang2 yang sedang mengejeknya…mungkin. Aku takde pilihan masa tu.

Aku dan husband terus pergi balai polis buat report sebab bimbang keselamatan kami. Bukan aku kakak yg kejam. Bukan. Korang bayangkan ye, masa dalam perjalanan aku buat report sampailah aku bagi keterangan, air mata aku gugur tak henti2. Macam2 aku fikir dan rasa saat tu. Aku takde pilihan. Malam tu polis datang tangkap adik aku bawa ke hospital. Adik aku melawan tapi polis pandai slow talk and guna kaedah spikologi, adik aku ikut juga. Yes adik aku warded di wad spikiatrik selama hampir 2 minggu.Hari2 aku melawat dia. Bawakan dia makanan kesukaan dia. Hari2 juga dia cakap dia nak balik. Dia tanya kenapa dia masuk hospital?.

Sedih aku bila tengok adik aku duduk dalam wad tu. Adik aku nampak normal cuma sometime tindakan dia nampak pelik tak macam orang yang normal. Sampailah doktor explain yang sebenarnya adik aku menghidap Skizofrenia. Menitik air mata aku. Satu je terdetik dalam hati aku waktu itu… Aku sayang adik aku…aku cuma ada dia adik aku seorang dan aku kena tolong dia.

Adik aku dibenarkan balik ke rumah dan consume ubat dari hospital. Alhamdulillah sekarang nampak perubahan positif adik aku.Selepas beberapa bulan, adik aku kembali bekerja. Oh ye, alhamdulillah adik aku baru beli kereta. Aku cuba tarik perhatian adik aku…Bagi apa yang dia suka, belanja dia makan, bawa dia jalan2 sebab aku tak nak dia rasa terasing. Ubat pun aku yang bagi dan control. Dia tak melawan sebab mungkin dia sedar yang dia sakit. Nampak keceriaan dia dah kembali malah dia dah mula senyum dan ketawa macam dulu.

Kepada kawan2 semua, bila kita rasa ada dikalangan sekeliling kita yang berubah sikapnya atau tindakannya sama ada ahli keluarga atau kawan sekerja cuba bantu mereka. Kerana mereka sendiri dalam kebingungan dan perlukan bantuan cuma mereka tak tahu nak luahkan bagaimana. Skizofrenia bukannya penyakit orang gila. Ia adalah penyakit mental di mana berlaku ketidakseimbangan otak. Dan percayalah, mereka sendiri pun tak nak mereka sakit begini.

Kepada adik aku Mohd, selagi aku ada aku akan jaga kau. Aku akan lindung kau. Aku akan bahagiakan kau. Banyak dah aku korbankan dalam hidup ini untuk kau. Tapi aku tak harapkan balasan. Aku cuma nak kau kuat hadapi dugaan yang kau terima agar kau boleh terus hidup normal seperti orang lain. Aku sayang kau Mohd kerana kaulah satu-satunya adik aku.

Kakak penghidap Skizofrenia,

– Nor

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *