Assalamualaikum, besar harapan saya agar admin sudi post confession ini. Terima kasih admin. Cerita ini saya ubah sedikit detailnya supaya tiada yang mengenali saya tapi jalan cerita yang sama.
Sebenarnya dah lama berkira-kira untuk tulis atau tidak mengenai perasaan saya ini sebab cerita ni macam childish dan mengarut bagi orang kalau dengar saya cerita,
Tapi harini saya rasa tulis sajalah sebab saya perlukan nasihat dan pandangan orang yang mana saya rasa tak boleh nak cerita ke keluarga sendiri.
Pertama sekali saya merupakan seorang perempuan berumur 23 tahun. Parent saya sudah bercerai sejak saya kecil lagi.
Adik beradik seibu sebapa saya mempunyai tiga orang, saya yang sulung dan saya satu2nya anak perempuan. Ayah berkahwin lain kira-kira setahun selepas bercerai dengan mak.
Ayah mempunyai lagi 3 orang anak dengan isteri barunya dan semuanya lelaki bermakna adik beradik kandung saya semuanya lelaki saya satu2nya perempuan. Adik-adik saya semua bersekolah dan tadika lagi.
Saya ini nak dikatakan manja memang manja tapi mak ayah tidak terlalu memanjakan saya cuma perangai saya memang macamtu manja selalu nak perhatian dan disayangi.
Oh ya nenek dan atuk di kedua2 pihak mak ayah juga, saya seorang saja cucu perempuan. Cucu sulung dikedua2 pihak dan satu2nya cucu perempuan.
Jadi saya memang disayangi oleh semua ditatang bagai minyak yang penuh oleh semua, nenek, atuk, pakcik dan makcik walaupun saya dah besar sampai sekarang. Saya sangat bersyukur.
Adik beradik lain pun mak ayah nenek atuk pakcik makcik sayang juga cumanya saya yang perempuan seorang ni rasa special la macam bagi hadiah baju tudung semua tu saya saja dapat.
Sayang dekat adik beradik lain tu sama normal saja tak ada kurang ke apa cuma point nya saya special la sebab saya satu2nya perempuan.
Hubungan saya dengan adik beradik semuanya okay termasuk adik beradik hasil perkahwinan ayah dan ibu tiri, saya sangat sayangkan adik2 saya dan saya nak jadi kakak yang baik lagi2 saya ni sulung.
Kira2 dalam hujung tahun lepas, ayah memberitahu saya bahawa ibu tiri hamil lagi dan saya bakal mendapat adik perempuan.
Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Saya rasa kecewa, sedih dan sedikit marah. Saya fikir kenapa sekarang tiba2 akan ada another girl in the family?
Ayah saya umurnya dah 50 an, ibu tiri saya taktahu umurnya dengar2 dalam 40an gitu tak tahula betul tak, saya fikir kenapa nak ada anak lagi? Saya kan perempuan, kenapa nak ada anak perempuan lagi?
Tapi saya juga fikir saya patut jadi matang dan perkara ini tak perlu difikirkan pun sebab saya sepatutnya gembira nak dapat adik?
Saya tahu rata2 orang dewasa akan cakap buang masa fikir perkara ntah apa2 dengan umur saya ni dah tak sesuai nak cemburu2, biasa cemburu2 gini budak2 kecik nak dapat adik saja (mesti orang akan cakap macamni)
Tapi saya dah try my very best untuk buang perasaan ni macam saya cakap diatas, saya berkira2 nak tulis confession ni sebab dari saat ayah saya beritahu, perasaan saya berubah2.
Sekejap saya dah boleh terima yang i’ll never be the only girl in the family soon, sekejap hati saya tak boleh terima langsung. Perasaan berubah2 dan bercampur baur.
Saya harap semua faham kenapa saya cemburu macam budak kecik, sebab dah lama saya memegang status special dalam family,
Mungkin tak ramai faham tapi memang perasaan saya sedikit terasa lah (Susah nak cakap kalau orang tak pernah berada di tempat saya, saya pasti ramai yang akan tidak faham dan kecam saya hmmm).
Saya terfikir berdosakah saya bila ada perasaan macamni seolah2 menolak rezeki dari Allah sedangkan bayi tu belum lahir pun lagi kedunia tapi saya tak rasa dia sangat close dengan saya sebab itu anak ibu tiri dan ayah walaupun itu adik kandung saya juga.
Saya tahu ibu tiri yang mahu sangat-sangat sebab dia belum pernah ada anak perempuan.
Tapi dia tak fikirkan saya? (Ibu tiri okay saja, baik dengan saya dan adik beradik, cuma kami tak berapa rapat, jarang bercakap dan dia tidak seperti ibu tiri yang orang selalu cerita tu),
Walaupun dia baik dan lebih tua dari saya, pada saya dia sepatutnya ada sedikit rasa hormat juga pada saya sebagai anak tiri sebagaimana saya sangat hormatkan dia.
Dia datang dan masuk dalam keluarga saya dia patut faham keluarga ini macamana, dia kena terima anak2 tiri dia mcmana sebab dia buat keputusan kahwin dengan duda yang dah ada anak,
Sebelum kahwin dia patut dah faham kerana saya yang hadir terlebih dahulu dalam hidup ayah dan keluarga sebelah ayah saya.
Saya lebih penting. Saya tidak minta apapa dari ibu tiri, tidak pernah kacau hidup rumahtangganya bersama ayah dan saya tengok Bahagia saja mereka.
CUMA SATU SAYA MINTA iaitu perkara ini, kenapa perkara ini berlaku, kenapa dia tak fikirkan perasaan saya sedangkan saya sangat baik dengan dia.
(Kami tidak pernah ada isu, saya sentiasa hormatkan dia, semuanya okay sehinggalah timbulnya isu saya yang memendam rasa ini. Honestly akan sentiasa rasa ada jurang itu kerana kami tidak sedarah masing2 masih terasa seperti orang luar)
Status saya sebagai satu2nya perempuan in the whole family saya rasa macam tarnished dan musnah macamtu saja.
Bukan saya pentingkan hadiah atahu nilai materialistik seperti yang saya sebutkan diatas. Saya tak kata nnti ada another girl saya dah tak dapat hadiah. Bukan. Bukan macamtu.
Concern saya bila status istimewa yang dipegang oleh saya selama ini sudah tidak istimewa lagi ialah perhatian dan kasih sayang mereka. Pasti sudah tidak sama lagi. Saya sudah tidak rasa special lagi.
Lain betul rasanya bila dah tak special lagi, rasa seperti kita tengah relax2 dalam hidup kita dtg ancaman merampas apa yang milik kita selama sepanjang hidup ini.
Rasa kosong, down, hilang… Lagi2 saya tak duduk dengan ayah, lagi la saya rasa dah tak jadi ‘daddy’s girl’ dah. Mesti ayah akan sayangkan anak perempuan dia tu lebih lagi. Mesti ayah akan lupakan saya.
Saya sampai fikir cepat2 la saya kahwin biar cepat ayah nikahkan saya dan lepaskan saya pada lelaki lain supaya dia boleh spend time dengan anak gegirl baru dia. (Walaupun hakikatnya saya tak terfikir pasal kahwin pun setakat ni, boyfriend pun saya belum ada)
Dah 23 tahun saya hidup dengan status yang saya rasa blessed and special ini tiba2? hmmm…. Saya ada tunjukkan reaksi yang agak awkward pada ayah apabila ayah cakap pasal baby tu. Saya akan diam saja kalau cakap pasal baby. Ayah perasan reaksi saya tu.
Lately, saya selalu gurau pasal kahwin dan saya tengok ayah perasan saya cakap pasal kahwin sebab nak tutup perasaan saya tentang baby girl dia tu.
Ayah pun tak pernah biased, sejak nampak reaksi awkward saya, saya perasan dia extra care kepada saya. Busy macamana pun dia cuba yang terbaik layan saya.
Mak saya kata saya akan tetap jadi istimewa sampai bila2 sebab saya anak sulung, takkan tergantikan dengan yang lain, katanya ayah takkan lupakan saya. Anak sulung lain perasaannya dan saya tak perlu risau katanya.
Tapi saya tetap rasa tercabar dengan kehadiran another girl in the family. Astaghfirullahalazim minta maaf kalau apa yang saya cakap ni salah.
Saya minta komen yang baik2 dan positif dari pembaca semua. Minta tolong jangan masuk bab lain pula.
Sebagai contoh saya ni tak ada kerja lain ke fikir benda ni orang lain umur macam saya sibuk fikir nak set up hidup muda2 ni. Itu dah bab lain. Saya alhamdulillah excellent dalam belajar dari zaman sekolah hingga universiti sekarang.
Sekarang pun saya sibuk dengan urusan belajar di universiti, alhamdulillah prestasi yang menggembirakan mak ayah setiap sem.
Tapi saya juga manusia biasa, didalam kesibukan saya, saya juga ada perasaan cemburu ini yang membelenggu saya sekarang.
Saya harap saya dapat komen2 macamana saya nak hadapi perasaan saya tentang kehadiran adik perempuan dimana saya harap perasaan saya tak berubah sebab setakat ni bila fikirkan hal ini hati saya berubah2.
Sekali lagi saya harap komen2 semua yang elok. Terima kasih banyak2 kepada semua pembaca dan admin. Sekian dari saya.
– Seri Aliya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit