Adik-Beradik

Dear family, for those yang ramai adik beradik. Tolonglah berfikir guna otak sebelum keluarkan apa-apa perkataan dari mulut. Ada diantara kamu kelebihannya itu, dan ada pula adik-beradik lain kelebihannya ini. Jangan bermegah diri disaat Allah pinjamkan kamu ‘bahagianya dunia’, dan jangan pula kamu merasa hina disaat Allah uji kamu dengan membuatmu ‘merasa kurang’ dengan bahagianya dunia.

Allah menguji kita dengan berbagai cara, kadang tak tercapai pun dek akal kita yang terbatas ni. Benar, ada yang terasa diheboh dan dibesar-besarkan hal nya. Ada juga yang perit, tapi masih berdiam kerana tahu menghormati itu adalah penting. Allah tidak menguji kita diluar kemampuan, Allah tidak akan membebankan kita. Cuma tinggal diri kita untuk kuat dan percaya, sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana Allah maha mengetahui segala sesuatu.

Allah Ta’ala berfirman,

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(QS. Alam Nasyroh: 5)

Ayat ini pun diulang setelah itu,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(QS. Alam Nasyroh: 6)

Akan tetapi, tetap juga ujian itu akan kita alami dan dari situlah pengalaman hidup kita semakin hari semakin bertambah. Sebenarnya, indahlah hari bagi mereka-mereka yang kuat dengan ujian Allah, jangan mudah melatah. Hidup umpama roda, hari ini mungkin kita di atas, esoknya tak mustahil kita di bawah. Rasa lapuk bukan perumpamaan tu?

Tapi itulah yang akan terdetik dalam diri seseorang selepas dia ‘berjaya melawan segala perasaan menghadapi ujian Allah’. Walaupun dia masih bukan di atas, tetapi dia mampu melihat besarnya kuasa Allah terhadap segala sesuatu. Yaa, pelajaran itu penting tapi jangan sesekali kita membuat perbandingan dengan taraf pendidikan seseorang. Kerana ilmu dunia tidak sepenting ilmu akhirat.

Aku melihat, yang berpelajaran tinggi yang kerja hebat pun masih tak mampu berfikir dengan baik tentang kebajikan kepada mak kandungnya sendiri. Sibuk merasa bahagia dengan keluarga yang dia bina sampai lupa siapa yang lahirkan dia gamaknya. Tapi itulah, Allah pinjamkan mereka kebahagiaan, kemewahan, sempat merasa terima menantu, menimang cucu.

Allah itu adil, kiranya kita tidak dapat merasakan bahagia itu didunia, berdoalah mungkin Allah ada hadiahkan itu semua masa kita ‘disana’. Husnudzon, bersangka baik dengan manusia pun banyak hikmahnya, inikan pula bersangka baik pada Allah kan?

Aku tunggal, tak berpeluang merasa nikmat kehidupan yang ramai adik-beradik. Berkongsi, berkorban, saling membantu satu sama lain dari kecil sehinggalah masing-masing melangkah ke alam ‘belajar’ jauh dari keluarga, masing-masing mempunyai keluarga kecil sendiri dan sehinggalah masing-masing meningkat usia, bermenantu, bercucu dan bercicit.

Alangkah indah sekiranya semua yang bahagia itu kekal, kekal dan semakin bertambah, iya kan? Tapi hakikatnya, pasti ada yang merasa sakit. Sakit yang disorokkan demi menjaga hubungan adik beradik. Ibu bapa semakin tua, mungkin ada yang sudah tiada dijemput Ilahi. Saat itu, hanya diri sendiri yang mampu memainkan peranan yang terbaik demi menjaga hati adik beradik.

Aku melihat, aku mendengar. Dari kecil hingga aku dewasa. Terlalu banyak yang aku simpan sehingga hari ini, dan sehingga hari ini jugalah aku hanya mampu simpan ‘rasa sebenar’ yang tak terluah dek kata-kata, yang tak akan difahami oleh hati dan akal manusia.

Sedarlah, kalau ada diantara kamu yang ada perselisihan faham antara adik-beradik. Fikirlah, fikir cara dan jalan terbaik untuk perbetulkan keadaan. Tak semestinya kita perlu mengikut kata abang yang sulung kalau dah caranya pun tidak benar, mungkin adik-adik ni Allah kurniakan akal yang lebih sikit, ikut mana yang betul. Selebihnya bertolak ansurlah sesama sendiri, Allah ada. Maha melihat maha mendengar.

Pesan dan ingatan oleh mama dan abah. “Disaat kita merasa tidak mampu berbuat apa, ingatlah bahawa kita ada Allah, Dia menunggu kita sujud mengadu segala resah gelisah, bahagia dan gembira”. Seterusnya “sabar, sabar dan sabar”.

Itulah, itulah sebabnya aku sering melihat air mata mama dan abah dalam melalui setiap dugaanMu ya Rabbi. Moga Engkau kurniakan kesabaran, keimanan, kekuatan, keikhlasan kepada mama dan abah dalam melalui setiap dugaanMu. Kuatkanlah mereka demi mendidikku menjadi yang baik dipandanganMu.

Aku bersyukur dengan hidup yang serba sederhana ini, aku bersyukur dengan segala rezeki yang Engkau berikan, aku bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau pinjamkan. Alhamdulillah ya Allah.

– Farah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *