Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana siarkan confension ni. Straight to the point kalau tengok tajuk pun mesti rasa aku nak confess tentang adik beradik aku.
Sedikit intro tentang diri aku. Aku dah kahwin dengan husband aku dah lebih tujuh tahun. Alhamdulillah perkahwinan aku bahagia dengan kehadiran 3 orang cahaya mata. Husband aku seorang yang penyayang dan tak pernah lupa tanggungjawab sebagai seorang suami.
Satu sahaja masalah aku sekarang ni. Aku mempunyai adik beradik yang tak pandai rancang kewangan dan selalu mengharapkan bantuan orang. Terutamanya bab duit ringgit. Aku mempunyai 6 adik beradik. 3 orang Kakak, 2 adik lelaki dan Mak Ayah yang sudah tua. Kesemuanya dah berkahwin.
Walaupun dah berkahwin masih lagi tak pandai nak urus hidup sendiri, dari kakak sulung sampai adik bongsu, semua masih harap ihsan mak ayah. Dari bab menjaga cucu sampai la bab makan seharian.
Allahu, kadang aku kesian tengok mak ayah yang dah tua letih terkejar dengan cucu, letih berfikir apa yang nak bagi cucu -cucu makan untuk hari esok. Sedangkan yang lain sibuk melepaskan diri dari tanggungjawab.
Dalam keluarga, boleh dikatakan aku dan suami sahaja yang tak banyak mengharapkan bantuan mak ayah. Disebabkan hal ini lah, kami tak terlepas dari menjadi tempat bergantung harap adik beradik.
Kadang aku kesian dekat suami aku, cukup bulan saja mesti dapat mesej/call dari adik beradik aku sendiri untuk meminjam duit. Sumpah aku malu dengan Suami. Keluarga suami sendiri pun tak pernah nak minta-minta. Kalau sekali dua okay juga la. Ni dah hampir tiap – tiap bulan.
Dah meminjam tak pandai nak bayar balik. Sentiasa cakap tak cukup. Allah aku memang dah letih. Bila berbunyi dicakapnya kita tak mahu membantu adik beradik yang susah. Kami pun kadang – kala bercatu makan nak tunggu sehingga hujung bulan.
Pernah sekali aku diperli oleh kakak sulung, gara-gara tak dapat bagi pinjam kereta suami. Katanya bukan selamanya kami suami isteri akan senang, nanti kalau susah nak cari adik beradik juga untuk tolong.
Bukan niat untuk berkira. Tapi kalau dah meminjamnya selalu, kereta orang buat macam kereta sendiri, Minyak selalu tak berisi balik, Bercalar sana-sini, macam mana tak berkira. Mujur Suami aku jenis tak kisah, tapi ada juga masa dia berbunyi.
Sebenarnya banyak lagi yang nak diluahkan. Nak kata mereka tak mempunyai pendapatan tetap, rasanya semua pun berkerja. Tapi dah jadi satu “culture” dalam family ni, tak cukup sahaja boleh pinjam – meminjam.
Ya aku tahu adik beradik kena saling membantu, kalau kita tak membantu siapa lagi nak bantu. Bak kata arwah Abam,
“Kita susah kita diuji. Kita senang lagi kita diuji sebenarnya. Tapi paling penting sebelum nak tolong orang lain, tolong ahli keluarga sendiri dulu. Sebab majoriti gelandangan di luar sana sebab dia susah sebab adik beradik dia tak tolong. Jadi ada rezeki lebih, kita tolong adik-beradik kita. Supaya mereka tak jadi macam tu”
Balik –balik ayat ni saja yang aku fikir. Mungkin aku tak sehebat Abam.
Bila dah selalu sangat membantu, tak cukup saja boleh meminta dengan kita, memang langsung tidak ada inisiatif untuk berusaha sendiri, tak hargai pula bantuan kita, memang susah lah hati kita yang nak membantu ni Redha dan Ikhlas.
Untuk adik beradik aku, Satu ja aku nak pesan. Usahalah semua atas titik peluh sendiri. Rancanglah kewangan keluarga sendiri, berjimat cermatlah jika perlu, sampai bila nk bergantung harap dengan orang even kita ada ikatan yang tak akan putus.
Hidup ini kalau tidak boleh senangkan orang jangan pula nak susahkan.
– – Adik & Kakakmu – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit