Assalamualaikum w.b.t buat semua.
Ni first time lah aku hantar confession kat sini. Harap-harap korang boleh faham lah apa yang aku nak luah kat sini.
Tengok tajuk mesti ramai boleh jangka cerita aku kan. Ya.. Apa yang aku nak tulis kat sini adalah cerita tentang adik beradik dan ipar duai aku.
Sedikit pengenalan. Aku merupakan anak kedua dari lima beradik.
Tapi aku ada tiga orang lagi kakak hasil perkahwinan pertama abah aku.
Ibu aku berkahwin dengan abah aku lepas arwah mak kakak aku meninggal dunia. Abah aku dah meninggal dunia pada tahun 2006.
Jadi, secara ringkas nya aku ada tiga kakak, satu abang, satu adik perempuan dan dua orang adik lelaki, haha.. harap korang tak pening ya.
Banyak yang aku nak share, tapi risau tiga malam tak habis taip pulak nanti. Haha..
Cerita pertama yang aku nak kongsi adalah kami adik beradik memang ada buat collection RM20 setiap bulan.
Tujuan duit tu dikumpul adalah untuk kegunaan semasa kami semua berkumpul.
Ye lah kan, Kami 8 orang. Tujuh orang dah berkeluarga. jadi, kalau sesekali berkumpul tu memang meriah la dengan anak-anak buah.
Dengan ada nya duit tabungan ni, Alhamdulillah kami tak rasa terbeban pun masa berkumpul ramai-ramai. Memang seronok sebab boleh masak dan makan beramai-ramai.
Bab buat kerja di dapur pulak, kami masing-masing dah tahu apa perlu buat. Semua ipar dan adik beradik aku akan masak bersam-sama.
Ada juga yang akan ambil bahagian mengemas sahaja. Jadi, walaupun kerja tu banyak, kami tak rasa penat.
Wahhh, bila dikenang semula,memang seronok sangat.Kalau sesekali mak nak buat kenduri arwah, kami semua akan pastikan kami pulang ke kampung.
Andai ada salah seorang tidak dapat hadir kami akan bincang semula untuk tukar tarikh kenduri tu. Ye la kan, time tu je la dapat jumpa sanak saudara. Rugi rasa kalau seseorang tiada.
Baru-baru ni, kami kehilangan seorang kakak. Allahu, sungguh tak kuat hati kami sebenarnya. Kakak kedua ku, Nyah. Nyah sebenar nya dah lebih setahun sakit kanser usus.
Awal bulan Februari hari tu, Nyah tetiba jatuh. Tak dapat berdiri. Dia sangat lemah. Nyah dihantar ke hospital.
Dokter pun dah cakap, Nyah tak dapat hidup lama. Mungkin setahun, mungkin sebulan atau seminggu… Selama sebulan lebih Nyah ditahan di ward hospital.
Sepanjang Nyah ditahan di ward, aku dapat tengok hubungan adik beradik kami makin kukuh. Mana tak nya, kakak aku sulung, Ayong sanggup berulang alik hujung tiap-tiap minggu demi untuk menemani Nyah.
Ayong akan balik ke Ipoh pada hari Sabtu dan terpaksa pulak semula ke Shah Alam pada Ahad malam sebab Ayong kerja.
Sama jugak dengan adik aku yang di Penang. Poktam akan pulang tiap-tiap minggu. Andai hospital telefon untuk berjumpa waris, dia lah yang pertama akan sampai dari Penang tu.
Wife dia, Maktam, tetap jugak datang untuk menemani kami walaupun Maktam bekerja.
Ada satu masa tu, Maktam minta untuk bekerja dari rumah sebab dia nak juga teman kan Nyah di hospital. Maka bermalam lah Maktam di Ward bersama Nyah.
Abang aku, aku dan adik bongsu aku,Paksu memang menetap di Ipoh.
Jadi sepanjang masa Nyah di hospital, mak aku, adik aku(seorang kelainan upaya), Ayong, Poktam dan mana-mana anak buah yang datang dari jauh akan bergilir-gilir tidur di rumah kami. Sikit pun kami tak rasa terbeban.
Adik ipar aku, Maksu dan kak ipar aku Maktun, bergilir menjaga Mak dan adik aku. Kakak aku yang ketiga, Kak Cik. Kak Cik seorang guru Tadika swasta di Hulu Selangor.
Kerana terikat dengan waktu kerja dia, dan dalam masa yang sama anak sulung Kak Cik jugak sedang SPM membuat kan Kak Cik susah untuk berulang alik selalu.
Kak Cik hanya dapat melawat Nyah dua kali sepanjang tempoh Nyah di Ward.
Hinggalah pada tarikh 5 mac 2023, Nyah tak sedarkan diri. organ dalaman Nyah gagal berfungsi.
Kami satu keluarga tak putus doa buat Nyah. Kami buat solat Hajat untuk Allah permudahkan urusan Nyah. Sedih sangat. Selalu kalau kami berkumpul ramai-ramai, Nyah mesti ada.
Tapi sekarang Nyah kat Ward sedang bertarung nyawa. Takpa, kami reda.
Pada minggu ni, kami semua ada di sisi Nyah. Kami berbincang untuk tak tinggalkan Nyah berseorangan. Malam, aku, Ayong dan Kak Cik akan gilir-gilir jaga. Siang Poktam, Abang dan Paksu pulak jaga.
Mak dalam usia 71 tahun, tetap nak berada di sisi Nyah. Nak jaga Nyah. Keadaan Mak pun tak berapa kuat. Kami risau Mak pula akan sakit.
Hinggalah pada tarikh 12 Mac 2023, Dokter menasihatkan suami Nyah untuk membuka bantuan oksigen. Dalam kata lain, Nyah tidak boleh diselamatkan lagi.
Kami semua ada di sisi Nyah sepanjang hari tu. Air mata terus mengalir.
Dalam jam 4 petang dokter membuka bantuan oksigen Nyah. Nyah sangat kuat. Nyah dapat bertahan sehingga jam 11.36 malam. Nyah pergi di depan kami semua.
Ayong, Kak Cik, Abang, Aku, Poktam, dan Paksu ada bersama Nyah di saat-saat akhir nafasnya.
Okeylah, setakat ni dulu perkongsian aku ya. Andai ada permintaan lagi, In shaa Allah, aku sambung. Mohon semua untuk doakan kami sentiasa bersatu hati. Sayang keluarga aku.
– Aku Makngah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit