Adik Beradik

Salam, saya student IIUM dan merupakan anak tengah (anak ketiga).

Baca past punya confessions, banyak yang cerita pasal masalah adik-beradik and… Apa salah anak ketiga??! Banyak fact cakap anak ketiga ni paling unique tau.

Ok balik pada cerita, aku ni anak tengah. Kira atas ada sepasang, bawah ada sepasang. And ditakdirkan yang dua pasang atas dengan bawah aku ni geng and kamceng gila lah.

Maka tinggalah aku keseorangan menerusi liku-liku onak duri kehidupan. Why?? Sebab aku tak ada geng dalam family.

Benda ni aku realise dari kecik umur tiga tahun sampai aku depress (kecik-kecik lagi dah ada depression ><).

Depress lah sebab dengan sepasang yang atas asyik kena buli, kira dorang geng senior lah. Sampai lebam-lebam kaki sebab kena cubit.

Yang dengan sepasang bawah pulak asyik nak gaduh sampai aku rasa dorang ni tak respect ke aku lagi tua kot. Gaduh super extreme pulak tu. Terajang, gigit, cakar-cakar, terkam-terkam.

Btw jarak umur aku dengan yang atas aku jauh jugalah sebab mak aku sambung study. Nak sambung depress-nya tu sampai aku sorok bawah katil and confess kat kayu-kayu yang ada kat bawah katil tu. Sampai bawah katil dah jadi macam bilik aku dah. Sedih oo memori kanak-kanak aku.

Tapi benda tu semua berlaku zaman sekolah rendah je. Lepas aku masuk Form 1, along aku kahwin. So kira geng waktu kecik dia tu dah tak ada geng lah kan.

Maka kami berdua pun rapat seperti adik-beradik normal walaupun waktu kecik aku memang paling benci yang nombor dua. Sekarang paling tak miss nak share story dengan dia.

Yang sepasang bawah tu pun makin besar makin diorang matang dan hormat aku as yang lagi tua. Apa-apa aku suruh pun diorang turut je. Bahagia ohoi.

Bila aku kenang balik zaman kecik rasa macam nak tersembur nasi. Kelakar hahahaha.

Pesanan penaja, saja nak kongsi pengalaman. Adik-beradik ni biasalah kita dengar, air yang dicincang takkan putus.

Only time will tell, as we grow up banyak kita akan sedar penting hubungan adik-beradik ni. Kerjasama kena ada. Kalau 24 jam asyik berenggang fikirlah kebajikan ibu ayah kita bila usia dah lanjut.

Benda ni sendiri ada jadi kat family kembangan aku. Satu case je lah, haha. Orang tua akan jadi extra sensitive.

Bayangkanlah perasaan dorang kalau tengok keadaan kita. Kalau kita ada problem between adik-beradik feel free untuk selesaikan. Family first ;)

– Relative (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *