Adik Beradik Penunggu Harta II

Hi. Aku Bella. Aku pernah hantar confession 3 bulan lepas. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/adik-beradik-penunggu-harta/).

Ayah aku masih belum sihat. Masih memerlukan penjagaan 24jam. Dan sekarang ni, aku sebagai satu-satunya anak yang apply cuti jaga ayah aku, dah kena masuk balik kerja.

Dah dekat 4 bulan aku cuti. Nak tak nak, aku kena masuk kerja semula. Jadi aku terpaksa cari jururawat peribadi untuk jaga ayah sepanjang aku & B bekerja.

Dalam masa yang sama, aku jemput adik beradik aku X, Y, C & D untuk balik jaga ayah. Memandangkan kami 5 beradik adalah penjawat awam. Dan sorang lagi tak bekerja.

Kalau taknak balik jaga, aku sarankan untuk mereka sumbangkan kos jururawat peribadi. Sebab kos jururawat untuk sebulan, adalah RM5k.

Tak termasuk susu, lampin, ubat tambahan & sesi fisioterapi. Sebulan, kos penjagaan dan rawatan ayah mencecah RM8k.

Memang aku & B tak mampu nak bayar. Dahla aku dah cuti lama, loan rumah & kereta aku berjalan macam biasa. Pengasuh anak-anak tetap kena bayar.

Mana aku nak dapat duit bayar 8k setiap bulan?

Pendek kata. Aku cakap, kalau diorang boleh cuti, sangat dialu-alukan balik jaga ayah. Seeloknya anak sendiri yang jaga. Tapi kalau tak nak atau tak boleh cuti, sumbanglah duit penjagaan ayah.

Malangnya…

Tak mendapat sambutan.

Balik jaga ayah tidak, sumbang duit untuk penjagaan ayah pun tidak. Mereka senyap membisu. Seolah-olah dah tiada ayah. Sudahla mak pun dah tiada, ayah yang masih ada dan sedang sakit, diabaikan terus.

Aku seru X & Y untuk bayar dulu. Sebab dua ni yang paling tak luang masa untuk jaga ayah. Tak balik-balik. Bayangkan lah, X ni dah lebih 4 bulan tak jumpa ayah.

Dia jumpa ayah masa ayah tengah kritikal di ICU dulu. Dan lepastu takde balik jenguk lagi dah. Y pulak, balik jaga ayah selama beberapa hari 3 bulan lepas. Pastu senyap membisu.

Yang menariknya, X ni sebagai anak yang dilihat sebagai orang yang paling PATUT ber tanggungjawab terhadap ayah (sepatutnya), yang selalu jadi tempat pertanyaan makcik pakcik sepupu sepapat yang nak tanya pasal keadaan ayah.

Malangnya, dia sebenarnya yang paling tak tahu apa-apa.

Dan dia goreng lah jawapan macam-macam nak cerita keadaan ayah ni.

Aku taktahu apa merepek dia goreng, sehingga aku dapat tahu dari pakcik yang tanya aku, betul ke keadaan ayah ni macamni? Memang tak betul. Dan aku jelaskan keadaan ayah yang sebenar.

X ni kau tak jaga ayah. Mana kau nak tahu apa-apa. Pandai-pandai kau je cerita merepek pasal ayah kat sedara mara.

Yang paling aku tak boleh terima, dia jaja cerita kat ramai sedara mara, cakap dia nak bawak ayah untuk duduk dengan dia. Bila cerita ni pulak sampai di telinga aku, aku macam kebingungan.

X ni jaga ayah pun tak, last jumpa ayah lebih 4 bulan waktu ayah tengah koma, dah lama dulu. Dan ayah dah boleh discaj ke rumah dah lama pun kau tak balik. Telefon ayah pun tak pernah.

Temujanji ayah di banyak jabatan di hospital pun kau tak pernah pergi, ubat apa ayah makan pun kau tak tahu, bancuh susu ayah pun kau tak pernah buat, tukar lampin ayah pun tak pernah.

Kau jaja cerita kat sedara mara yang kau nak bawak ayah duduk dengan kau? Punya sedaya upaya X ni telefon sana sini ye nak gambarkan yang dia ni anak yang bagus. Padahal…kau langsung tak peduli pasal ayah.

Y pulak, duk berdalih tak boleh balik jaga ayah sebab ada masalah peribadi. Masalah kewangan, itu dan ini.

Tapi, waktu cuti sekolah baru-baru ni, Y ni balik dengan pasangan & anak-anak. Tidur di rumah MERTUA. Ayah sendiri masih ada tapi tidur di rumah mertua.

Tergamaknya dia takde sekali pun datang jaga ayah masa balik ke negeri sendiri ni. Duduklah Y di rumah mertua, senyap membisu.

Sehinggalah hari Y nak pulang semula, dia singgah di rumah ayah selama kurang 15 minit. Singgah ye. Sekadar menyinggah sahaja untuk jumpa ayah & terus balik.

Y ni anak kesayangan mak & ayah. Anak yang tak pernah salah di mata mak ayah. Anak yang sangat diperajakan.

Anak yang kalau ada masalah duit di usia 40-an pun mak ayah terus bagi duit. Tapi bila mak sakit, tak balik. Mak meninggal baru balik. Dan sekarang ayah tengah sakit, Y Tak balik jugak. Duit jaga ayah pun tak pernah hulur.

C&D juga senyap membisu di negeri sana.

C cakap dia akan balik pada bulan oktober. Tapi sekarang dah november. Belum balik juga.

D, balik hampir 2 bulan lepas selama 3 hari dan lepas tu senyap membisu.

Tinggallah aku & B bersama ayah. Aku sangat sedih tengok ayah, kesian sangat sebab anak-anak yang dia susah payah besarkan dari kecik,

Anak-anak yang setiap kali cakap nak balik kampung, ayah akan susah payah cuci vacuum setiap sudut bilik dan katil supaya anak cucu selesa bila balik kampung.

Anak yang bila diorang balik je, ayah akan beli banyak makanan untuk dijamu.

Tapi sekarang diorang semua tu langsung tak rasa simpati dengan ayah yang tengah sakit. Sampai ke tahap, ayah aku ni mengigau dalam tidur. Mengigau tengah jamu anak-anak yang datang jauh ni makan sedap2.

Ayah sebut nama C, X & Y, jom makan. Ada sate, ada nasi ayam banyak ni. Jom makan sama-sama.

Aku nangis tengok ayah aku mengigau macamtu. Tengah sakit pun ayah masih ingat nak jamu anak makan sedap-sedap. Diorang ni pulak anak-anak tak guna, langsung tak ingat ayah.

Ya Allah. Ujian adik beradik yang kau bagi ni sangat berat ya Allah.

– Bella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *