Aku anak ke 3 dari 6 beradik. Sudah berkahwin dan duduk jauh dari mak ayah aku. Ini bukan kisah aku. Tapi kisah perangai pelik adik aku yang aku sendiri dah tak tau nak buat macam mana.
Aku dan A (singkatan adik aku yang bermasalah ni) bukanlah jenis yang rapat. Dari kecil aku tak boleh ngam dengan dia berbanding adik-beradik yang lain. Kalau main dengan dia mesti gaduh. Tak sangka sampai dan besar pun aku tak boleh sembang dengan dia sikit pun. Aku rasa dia ni jenis cakap tak nak kalah. Sombong senang cerita. Dapat rasa tak (sigh). Tak tau macam mana dia dengan circle kawan-kawan dia, tapi tengok ada je. Mungkin semua lebih kurang kot haha. Dengan adik beradik lain dorang terpaksa ‘layankan’ je sebab mungkin dorang lebih sabar dari aku.
Dipendekkan cerita, A ni pernah berkahwin, ikut suami duduk sarawak dan dihadirkan seorang anak. Pedihnya, jodoh dorang tak panjang. Honestly, aku awal-awal lagi rasa dorang ni tak sebulu. Sorang cakap tak nak kalah, sorang lagi (ex adik aku ni) jenis baran sebenarnya. Mula-mula kenal, kalau bercakap dengan dia biasa-biasa pun, mata kat hp tanya satu jawab satu. Ok. Jenis pendiam kot whatever lah. Sepanjang berkahwin, aku dapat tau A ni selalu kena makan kaki tampar laki dia ni. Kena dera.
Lebam-lebam macam kena iron, sampai ayah aku tengok gambar mengalir air mata jantan orang buat anak dia macam tu. Pasang dengan betina satu tempat kerja lagi (apa taste la minah ni hadap pulak muka kaki dera ni). So A ni pun mengadulah kat aku sambil menangis-nangis sebab aku je masa tu yang start approach tanya khabar dia & tetiba lembut hati nak bantu dia. Adik kot. Aku advise dia balik rumah mak ayah aku untuk keselamatan dia and anak dia. Tapi entahlah…agaknya makin ligat lah kot ex adik aku ni.
Happiest man in the world la kot masa tu boleh dia spend abis dengan skandal dia. Tau-tau je lepas A and anak dia duduk dengan mak ayah aku, dorang dah tak ada apa-apa. Itu pun kantoi dari surat mahkamah syariah yang sampai kat rumah mak ayah aku. Rupanya Ani tak cerita langsung kes dia dengan mak ayah aku makan tahun. Langsung. Perkembangan, tuntutan dsb dia tak cerita langsung even aku yang pernah nak tolong dia dulu. Maybe tak nak mak ayah aku susah ke, malu ke…tak sebenarnya. Sebab dia tak nak kalah.
So dari sini start perangai pelik A. Dia benci gila dengan abang sulung aku yang kitorang sendiri pun tak tau pasal apa. What? Try korek juga ada benda yang tak baik ke dia dah buat? No. Sebab abang aku tu malas. Tu je. Yang kelakarnya, abang sulung aku ni elok je kerja.
Tang mana malas tu biasa la budak lelaki zaman-zaman sekolah tu (sebab dia sorang lelaki lain perempuan). Tapi itu dulu. Sekarang dia antara anak yang boleh diharap bawak mak sakit pergi klinik dsb. Ni bukan stok benci sikit-sikit. Sampai anak dia yang kecik lagi 6 thn tu pun dia tak bagi jumpa salam tegur. Sampai macam tu sekali. Bila abang aku ni datang rumah mak ayah aku, dia masuk kunci bilik dengan anak dia sekali.
Sanggup berjam-jam. Yang paling menyakitkan hati, wife anak abang aku pun dia boikot. Dah kenapa? Abang aku 1 family sabar je. Bayangkan orang luar yang tak tau apa kena buat dengan ipar sampai macam tu, apa kau rasa?! A buat hal ni bukan masa dah kena cerai, tapi start dia kahwin (tiba-tiba) cuma lepas kena divorce dia punya benci meluap tu makin menjadi-jadi.
Yang paling sakit hati, secondly…adik aku boikot mak aku. Mak aku eh. Mak kandung dia. Yang lahirkan dia jaga dia besarkan dia bagi pelajaran sampai degree. Duduk rumah mak tapi langsung tak nak bercakap dengan mak aku yang dah 70s tu. Tiba-tiba. Tak tau sebab apa. Tapi kitorang adik-beradik agak sebab mak aku pernah tegur layanan dia dengan abang kandung dia. Sekarang ni, anak dia pun dia tak bagi salam nenek dia.
Eh ko dah kenapa syaitonnnn? Dahlah menumpang, orang yang kutip dia masa susah, mak kandung pulak tu? Patutnya dia jaga mak, tapi mak ayah aku yang tanggung dia. Jauh berterima kasih, maaf pun tak ada..lagi derita kau tambah kat mak yang dah berumur tu. Mengajar pulak anak yang naif tu bukan-bukan. Mak jenis apa ko ni. Banyak kali mak aku nangis masa aku telefon yang A torture mak sampai macam tu sekali. Ayah aku pulak jenis tak tegas.
Kalau anak aku, aku dah lempang se round. Puas aku suruh ayah aku ‘basuh’ adik aku ni tapi ayah aku positifffff sangat sampai kitorang adik-beradik give up dah. Aku pernah nak f2f dengan A tanya kenapa tapi aku takut jadi gaduh besar & mak aku jadi tambah susah hati :( Everytime aku balik kg, aku pun rasanya dah kena boikot dengan A ni. Dia salam tegur tengok pun tak kauuu. Aku biasa dah. Malas nak serabut otak fikir. Pernah jugak mintak tolong ustaz tengokkan dia ni. Katanya kena buatan orang. Wallahualam.
Satu lagi pelik, A ni janda yang tak kerja. Dia tak nak kerja. Kuasa tuhan kan panggil orang malas suka hati. Aku perati juga dia ni makan minum macam mana. Selain ihsan adik-beradik lain, ayah aku pun banyak tolong dia jadi ‘ayah’ pada cucu dia ambil anta pergi sekolah. Dia pulak actively masuk online competition daily routine jadi job dia, dapat barang jual balik. Modal juga nak follow requirement bagai. Ko dah kenapa?…hobi part time bolehla buat macam tu. Lepas tu skim apa entah dia masuk. Aku adik-beradik lain banyak dah senyap-senyap bagi link mintak kerja.
Advice sudah brain wash pun sudah. Dia tak layan ko. Company mcm petronas yang top meletop je kot dia nak. Sebab aku tgk history interview..wow kui kui kui. Agaknya attitude la kot. ‘Berkat’ buat mak keluarga susah hati. Sekarang ni macam tu lah, dah nak sekolah anak dia tak tau lah sampai bila merapu kerja dia kat rumah menumpang mak ayah aku tu. Kesian juga masa depan anak dia nanti. Dibuatnya nak further, sakit ke (nauzubillah) mak tak backup, tak ada caruman, tak kerja tetap…semua tu dia tak fikir. Sekarang ni bolehlah nak berlagak tau semua benda.
Yang baca ni tolonglah doa adik aku ni pulih dari buatan orang ke (i dont think so. Mmg perangai macam tu)…jadi normal, matang yang penting sempat maaf mak aku yang dah tua tu. Kitorang penat dengan dia ni sampai 1 tahap aku punya geram tolonglah allah tarik nyawa adik aku ni yang zalim dengan keluarga sendiri. Kesian mak aku. Aku dah tak tahan lah dengan dia ni.
Doa juga anak sedara aku ni jadi baik tak macam mak dia. Doakanlah dia sedar dan dijauhkan dari sihir. Kalau betul kena buatan, yang hantar tu harap janganlah buat keluarga aku macam ni.
– Mdm X
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit