Asalamualaikum semua. Adik yang aku maksud kan disini bukanlah adik kandung tapi sebaliknya adik berbulu iaitu seekor burung. Semuanya bermula sebulan yang lepas.
Aku seorang pengangur, dengar macam bahagia tapi aku mula rasa hidup aku kosong.
Jadi dropship mak aku suruh behenti sebab produk tu tak okey, jual kasut tak laku, boleh kata serba serbi aku buat untuk dapatkan duit tak menjadi.
Lama lama aku rasa,kosong, bosan, sunyi, asyik ulang benda sama jer setiap hari rasa macam nak tidur tak nak bangun.
Aku pula anak tunggal, ermm double bosan, cuma bestnya aku rapat dengan semua sepupu aku hehehe.
Tiba tiba satu hari ayah aku balik kerja dia bawa balik seekor baby burung, badan dia masih merah, bulu pun tak tumbuh habis, dia ambil dekat rumah kawan.
Menurut ayah, kawan dia kata mak baby burung tu dah banyak kali bertelur tetapi setiap kali bertelur, dia akan buang anak dia dari sarang, dah kena buang jauh sekali mak dia nak bagi makan.
Lalu semua anak dia mati kecuali yang ayah aku ambil ni, itu pun ayah aku tak jamin boleh hidup, sebab badan dia lembik.
Tuan asal tak sempat nak jaga baby burung betul betul sebab kerja.
Burung tu aku nama kan dia Dedek, sebab pada mulanya aku letak nama adik, tapi sepupu aku pun aku panggil adik, marah lah sepupu tu dia kata, ‘burung pun nak panggil adik huh’.
Jadinya bermula lah tugas aku menjaga Dedek, Dedek di letakan dalam gayung mandi.
Hari pertama Dedek tak nak makan, aku bukakan sedikit mulut dia suap, eh dia makan lah, tapi tengah tengah dia makan, mata dia tertutup, Aku kuis dia tak bangun, Aku angkat,
Aku peluk, Aku cium tak ada respon, lalu aku menangis, tengah menangis nangis dia pun bangun dan dia sambung tidur.
Ye Dedek suka tidur bila tengah makan, sekarang dah besar pun macam tu. Haih buat debor je ingatkan mati tercekik. Nakal!
Pernah satu hari, dek kerana Dedek dah besar sikit , Aku tukar letak dia dalam bakul, tapi seharian dia menjerit (ada beza ye dia menjerit, menagis, panggil dan bersiul)
Aku angkat peluk, diam sekejap, letak balik dia menjerit sekuat kuat nya, akhirnya aku biarkan je, Aku mati akal, Aku peluk dia diam sekejap, begitulah sampai tujuh petang.
Akhirnya ayah pulang, ayah kata ambil balik gayung dan bedung kan dia balik, dia nak tidur sebenarnya.
Aku buat macam ayah cakap, Aku ambil kain tebal balut dia sikit letak dalam gayung, eh senyap tidur sampai esok pagi.
Bermula dari tu setiap kali dia nak tidur, Aku kena bedung dia dulu baru dia tidur lena, (mungkin dia fikir dia manusia).
Lepastu hari tu semua tidur dalam bilik ayah sebab bilik ayah ada TV, Channel korea dan aku record berlambak cerita korea.
Jadi malam tu dengan Dedek Dedek sekali ayah bawa masuk bilik sebab kesian Dedek duduk seorang diri eh bukan sekor diri dekat luar.
Bilik ayah ada penghawa dingin, jadi selepas dari malam tu, andai malam menjelma je Dedek akan tunggu dekat pintu bilik ayah nak tidur bawa penghawa dingin.
Walaupun Dedek seekor burung tapi kami tak kurung dia dalam sangkar pun, walaupun sekarang dah besar dah boleh terbang, Dedek cuma duduk dalam sangkar bila kena denda ataupun tak ada orang nak tengok dia main.
Sekarang dah tak payah bedung, cuma dia nak kotak dia kalau malam, kalau siang okey je tidur dalam sangkar.
Lepas Dedek bermain maka wajib lah kawasan tersebut di mop, jadi Dedek ada tempat tidur dia dalam bilik ayah, dalam kotak dia tak terbang atau berjalan keluar pun, sampai pagi, Dedek biasanya bangun pukul 8 pagi.
Gila Dedek nak buat peragai, dia paling takut kene duduk dalam sangkar tidur sorang eh seekor diri kat luar, tak caya cuba malam ambil Dedek letak dalam sangkar, menjerit lah dia.
Pernah sekali kami kurung dia, tak ambil dia pukul 7 malam tu dia menjerit sampai ke isyak.
Masalahnya, semua ada dekat ruang tamu kot masa tu, haih bingit telinga, buka je sangkar terus terbang masuk bilik ayah, masuk dalam kotak, ayah buka penghawa dingin dan tidur lah dia.
Ye, ayah jenis tak berkira, sayang sangat dengan burung tu, balik kerja cium burung dulu, main dulu baru mandi, macam tu juga kalau nak pergi kerja.
Dedek manja dengan ayah tapi dalam masa yang sama Dedek dengar cakap ayah, sebab takut kena marah,kena denda.
Dedek sepenuhnya kami bela dalam rumah, sebab takut monyet atau kucing kacau dia, Dedek buat hari hari aku lebih bermakna.
Hari hari aku teruja sebab nak tengok apa Dedek pandai hari nie. Aku juga ada kerja nak buat iaitu hari hari basuh sangkar Dedek, mandikan dia, cium dia belai dia.
Baru baru nie ada juga tuan Dedek, tanya khabar, dia nak suruh aku jaga adik Dedek 2 ekor baru nak menetas, nanti dia bayar.
Tapi bila besar macam Dedek kena pulang kan balik, tapi aku tak sanggup bayangkan dah besar dah sayang nak pulang kan balik.
Sejak dari Dedek balik, ayah panggil aku kakak.
– Kakak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit