Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-7/).
Hai, I’m back haha. Aku dah baca komen² korang. Ada yang kasi tips guna bawang.
Hahaha lain kali kasi tip details baru best. Apa jadi? Bomoh sial tu akan bersin sampai terkeluar hidung ke?
Yang bertanya, ada tak bawa adik ke mana2 medical center. Dah bawa, masa adik aku mula buat perangai. Doctor cakap adik aku normal.
Kalau ikut perubatan Islam, ada yang cakap adik aku di damping sesuatu. And that benda actually jaga adik aku.
Ni aku & family tak berapa nak percaya sebab kitorang tau Allah lebih besar kuasanya. Cuma mungkin ada silap mana² yang boleh kan benda tu damping adik aku.
Yang kata family aku kurang sabar. Aku tak marah sebab saya pun cerita tak details. Untuk pengetahuan korang, dari umur adik aku tadika, ayah & yang lain tak pernah gunakan kekerasan.
Puas pujuk, puas nasihat2 tapi rupanya bukan adik aku yang buat perangai. “benda” tu yang buat perangai.
Tak guna betul. Sampai la kemuncak, semua orang jadi hilang sabar. Ayah aku retak jari akibat cuba tahan sabar dari tumbuk adik aku. Dia tumbuk dinding rumah.
Berbalut tangan ayah aku masa tu. Abang aku, hmm mungkin sebab tengok ayah& mak aku serabut. Dia pun ikut serabut. Mungkin tempias dari negative vibes adik aku.
Aku? Bohonglah kalau cakap tak hilang sabar. Aku sampaikan menagis malam2 sebab terlampau geram. Tapi aku banyak berdiam & cuba menenangkan keadaan.
Tiap kali adik buat perangai, aku yang akan ambil alih kalau semua orang seakan hilang waras. Tapi yang paling banyak bersabar, syurga aku.
Iaitu mak aku. Mak adalah orang yang paling banyak menangis, tiap kali adik mengamuk, pasti tubuh mak aku jadi sasaran. Lebam di badan, kaki tak payah cakap. Memang banyak.
Adik2 yang lain, yang masih kecik, aku cuba hilangkan trauma diorang dengan banyak luangkan masa bersama diorang if kekecohan terjadi.
Aku tarik diorang semua ke bilik then sembang. If ada yang nangis sebab takut, semua aku panggil then peluk sambil cakap “semua tak ada apa², angah ada sini”
Sampai kan aku yang ambil alih mandikan adik dengan air tawar ustaz kasi. Kalau tidak mak aku mesti kena sepak terajang adik aku bila terkena air tu.
Kalau adik mengamuk, aku yang akan peluk adik sambil baca ayat2 alquran. Sakit woo badan kena cakar. Tapi tak pe. Baru nampak macam jantan
Aku sejenis yang garang, tapi antara semua aku dah macam anak perempuan dalam rumah. Haha korang faham tak? Aku bukan nyah ye. Haha masih hensem & tegap. Masih bercirikan lelaki tulen.
Cuma aku tuhan kurniakan hati yang agak lembut. Sebabkan mak tak ada anak prempuan, aku lah yang selalu jadi pendengar luahan mak, tolong mak di dapur and so on. Sapa2 tak nak minang saya ke? Dah lama single ni
Mak aku pun dah mula tanya² bakal menantu. Tapi tu la. Aku ni malu nak tegur perempuan :’).
Bila dengan perempuan aku auto keras. Diam, senyum, sengih. Pergi kerja, buat kerja. Balik kerja, lepak dalam bilik sambil melukis. Bosan hidup. (cewah sempat iklan)
Dulu, mungkin keluarga aku kurang pendedahan berkaitan benda2 mistik ni sebab kitorang macam 50/50. Sekarang alhamdulillah, semua orang aware dan kami kerap amalkan ayat pendinding.
Tiap kali lepas solat mesti ayah & mak akan suruh anak2 baca al quran. Kalau ada yang degil, aku lah yang ambil alih. Tak rotan, hanger baju eco mak aku. Sekali libas, sakit sampai esok.
Hehe, best pulak luah kat sini. Sebab dah lama aku simpan benda ni. Dari sekolah sampai la aku dah kerja. Nak cerita dekat kawan2 rasa mcam aib family. Nak cerita dekat partner, lupa pulak single.
Untuk yang bertanya punca bomoh sial tu hantar jin dekat adik aku.
1) Mak aku macam dah kena pukau untuk beli entah apa cerair tu. RM400. Ye tak murah kawan².
2) Dia ajak mak aku pergi rumah dia untuk bincg pasal adik aku. Masa ni aku ikut sebab aku nak tengok rupa bomoh tu. Sumpah terkejut.
Dengan mak aku, dia senyum². Tapi bila tengok aku, dia cuba larikan pandangan. Masuk je rumah dia, bacaan ayat kursi memang sentiasa aku baca dalam hati.
Tapi aku memilih untuk ikut dan berdiam. Jangan tanya kenapa haha. Sebab masa kejadian aku baru 19 tahun. Tak tahu nak buat apa.
Tangan mak aku memang aku genggam kuat, tak lepas walau sesaat. Tapi alhamdulillah, dia cuba jual dekat mak aku air mani apa tah RM800 wey, aku cepat2 potong. Aku cakap, tak perlu.
Mak aku just diam. Padahal mak aku tak macam tu. Lepas je keluar dari rumah sial tu. Dia pesan dekat mak aku, jangan lupa datang lagi.
Tapi aku bagi jelingan sambil kata, “No need untuk datang. Kita serah ke Allah pulak”.
Ko tau? Bomoh sial tu terus berubah muka. Bohonglah kalau aku cakap, aku tak kena ganggu. Aku paling kerap kena ganggu tapi aku diam je sebab kalau aku cerita, akan effect yang lain.
3) Kitorang berubat dekat ustaz, then dengar cerita bomoh tu menggelupur panas. Sebab tu kut dia hanto. Ahh aku tak tahu. Yang penting kalau aku jumpa balik bomoh tu, aku nak bako rumah dia. Dengan makcik aku sekali aku bako. Syikin semua ni.
Sekarang, family aku semua okay. Kembali macam sedia kala. Adik aku makin aktif, ceria. Niat nak sambung belajar bahagian automotive.
Abang pun makin sayang dekat adik aku. Tapi abang aku dah palaukan aku sebab dia kata aku dah besar.. huhu sedih.
Adik2 yang lain membesar dengan baik. Mak & ayah, dah makin okay. Tak de dah marah2 and so on. Cuma marah kalau aku dengan adik beradik lain main hujan haihs.
Tiap kali hujung bulan, aku mesti balik kampung. Penat drive auto hilang bila tengok adik aku terpacak depan pintu tunggu aku. Dah besar2 pun nak manja lagi. Korang nak tau?
Adik aku ni, dekat sekolah bukan main pendiam. Buat hal sendiri. Ni pun aku tau bila aku hadir untuk jaya waris adik aku. Tapi kat rumah, alahai clingy. Buat apa, semua bagitau aku.
“Angah, adik dapat results ni”
“Angah, haritu adik jatuh motor”
“Angah, bila nak balik pindah sini?”
“Angah..”
“Angah, harini adik buat roti boy”
Haihs rindu pulak nak balik.
Btw kali ni aku tak type dekat office okay ahaha. Aku taip dalam kereta sambil tengok pantai. Subhanallah, cantik ciptaan tuhan. Sambil makan ayam goreng.
Erm tu je kut nak cakap hehe.
Just want to say thanks to korang sebab sudi baca luahan aku. Cuma nak ingatkan, setiap ujian yang datang pasti ada hikmah.
And sebagai lelaki, tolonglah jadi orang yang kuat bersabar & sentiasa tengok gerak geri ahli keluarga. Kita tak tahu mungkin ada antara adik2 kita yang tengah hadapi masalah.
Tak berdosa & jatuh maruah pun kalau kita take care dengan adik beradik sendiri. If adik beradik or parents ada masalah, cuba cari ruang.
Do a deep talk with them. Teknik psychology tu penting. Jangan guna teknik perli² or marah. Tak kan berkesan. Okey? Aku banyk kaji pasal ni.
Lagi satu. Harta paling berharga dalam dunia adalah keluarga. Cuba bentuk mereka dengan baik jika ibu & bapa kita tak dapat buat begitu.
Jadilah abang, kakak yang mampu pimpin keluarga seandainya ibu & bapa kita tak mampu.
Alright bye².
– Angah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit