Assalamualaikum semua. Buat pertama kali saya nak share cerita ini buat pengajaran untuk orang ramai. Bismillah…
Suami ku, ku namakan Sepul, seorang usahawan kecil. Mempunyai syarikat sendiri dan mengambil adik adiknya bekerja bersama dia.
Sebelum itu, adik beradik Sepul 7 orang dan Sepul anak kedua. Kay, Sepul, Iqbal, Nabila, Wan, Jempol dan Sharifah (bukan nama sebenar) dan ibu bapa mereka bercerai dan masing-masing sudah berkahwin lain.
Jadi yang bekerja untuk Sepul ialah Wan dan Jempol. Iqbal juga pernah bekerja sekali tapi berhenti kerana bergaduh bersama Sepul.
Seperti yang semua tahu, ketika PKP berlaku kebanyakan company gulung tikar kerana tidak dapat menampung komitmen dan liabiliti syarikat.
Tidak terkecuali perkara yang sama berlaku kepada company suami ku ini. Tapi bagi kami, ini adalah a blessing in disguise. Dari sini lah kami dapat tahu adik ipar suami itu seorang scammer.
Adik ipar, ku namakan Jempol, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum pkp, dia banyak meminjam ahlong dan berhutang dengan family dan kawan-kawan dengan alasan membayar ahlong.
Jempol kerap memberi alasan tidak makan seminggu dan elektrik tiada jadi semua yang bagi pinjam duit kepada dia adalah kerana kesian kepada anak kecilnya itu.
Makin lama makin pelik sebab ahlong berani datang ke rumah kerana mengejar jempol yang tidak membayar pinjaman tapi selalu pinjam duit adik beradik lain berpuluh puluh ribu dengan alasan untuk membayar ahlong.
Bini jempol mengambil keputusan bercerai dgn jempol dan larikan diri ke kampung dengan anak sebab baru tau segala kisah si jempol ni. Of course takut jugak sebab ahlong dah start kacau mereka sekeluarga.
Kebetulan habis pkp, bapa suami masuk ke hospital kerana sakit. Disahkan mild stroke dan sering mamai kerana efek ubat.
Sepul decide untuk stop urusan syarikat dan menjaga bapa selama 2 minggu dan meminta jempol untuk menggantikan dia menjaga bapa untuk 1 malam sahaja.
Masa bapa mereka sakit semua ada di rumah bapa bergilir gilir datang untuk ziarah bapa. Tapi hanya Sepul dan Sharifah yang tidur di hospital untuk menjaga bapa.
Kerana sakit badan, Sepul suruh Jempol jaga bapa untuk 1 malam sahaja. Itu pun Jempol buat muka sebab malas tetapi akhirnya Jempol setuju untuk jaga bapa. Hari berjalan seperti biasa.
Keesokan harinya, bapa baca mesej di telefon ada transaksi bernilai 5ribu di akaun banknya kepada akaun bernamakan cina.
Sepul nervous sebab bapa bagi Sepul kad debitnya atas urusan menguruskan keluarga bapa di rumah. Sepul gigih pergi ke balai polis dan bank untuk check akaun cina tu dan tarik balik transaksi itu.
Tapi pihak bank tak dapat buat apa apa sebab transaksi tu disahkan oleh bapa sendiri. Polis juga tidak dapat berbuat apa apa sebab pihak bank tidak keluarkan sebarang statement mengatakan itu adalah kerja scammer atau hacker.
Jadi semua adik beradik pun risau dan runsing jika benda berlaku sekali lagi kepada bapa. Kebetulan Sepul berbincang dengan suami Nabila, ku namakan Halim, mengenai perangai Jempol yang kuat meminjam duit adik beradik.
Sampai puluh ribu juga total kesemuanya dan menggunakan alasan yang sama setiap kali dengan cara last last minute.
Contoh ayatnya, “kak nab, jempol nak pinjam 2ribu sebab eletrik dah nak kena potong pukul 4 hari ni.” atau “kak nab, anak jempol nak datang rumah kejap lagi, jempol takda duit nak bagi dia makan.” membuatkan mereka kesian dengan jempol dan cepat cepat transfer duit.
Sepul pun bagi banyak kali duit advance kepada jempol tapi dengan syarat bagi bukti pembayaran so Sepul boleh keep track berapa dia pinjam dan bayar balik ahlong.
Sambil berbincang, Sepul tunjuk kepada Halim bukti bukti pembayaran Jempol kepada ahlong dan terjumpa resit dengan nama cina yang ditransfer dari akaun bapa dulu!
Allah meremang segala bulu bila dapat tau yang scammer tu jempol! Ketika dia menjaga bapa, dia yang transfer duit tu ke akaun ahlong ketika bapa mamai.
Jangan tanya la macam mana. Memang tak sanggup nak tau pun. Halim call jempol and cakap dah tau siapa yang ambil duit abah and dia boleh tuduh Sepul yang buat.
Mengamuk la halim cakap kau jempol yang ambik duit bapa, kita orang dah tau siapa cina tersebut, nama ahlong kau kan?! Jempol cakap kenapa nak tuduh jempol, jempol pun boleh tuduh abang halim yang ambil duit bapa.
Haihhh kalau depan muka memang dah kena dah budak ni. Memang syaitan bertopengkan manusia. Syaitan pun segan tengok jempol rasanya.
Sepul sekeluarga dan Nabila sekeluarga menjauhkan diri dari Jempol dan bagitau ibu dan bapa perkara sebenar.
Yang peliknya ibu buat tak endah walaupun jempol ni sampai hati nak curi duit bapa ketika bapa sakit teruk. Sebenarnya ibu dan bapa mereka ialah bad divorce.
Maknanya sampai bercucu sekarang pun hubungan masih tidak baik.
Ibu masih back up perangai si jempol kata dia terdesak, kita tak tau apa masalah dia, dan siap sound Sepul jangan nak toxic sangat perangai.
Ish macam-macam la ayatnya untuk pertahankan si jempol. Of course la Sepul sedih. Pasal ibu biar episod khas ya sebab kena mintak izin Sepul dulu takut terderhaka.
Oh sebelum kes jempol ni, Iqbal pun berhenti bekerja dengan Sepul. Pun ada kes juga tapi biarlah untuk episod seterusnya jika korang sudi. Hehehe.
Jadi Sepul teruskan hari seperti biasa. Dia berhentikan jempol dan Wan (sebab wan pun backup ibu dan jempol) dan decide untuk bekerja sendiri sahaja kerana krisis adik beradik yang sedang berlaku.
Sepul pun jumpa klien untuk membuat sales tapi terkejut dapat tau yang mereka dah bayar pun untuk produk Sepul dekat akaun si jempol.
Jempol register ssm dan akaun bank baru lebih kurang nama syarikat Sepul untuk mengaburi mata klien mereka. Aduh terkejut beruk la si Sepul bila dapat tau sebab bukan 1 tapi 5 klien dah buat bayaran kepada akaun bank baru jempol.
Produk mereka pula bukan ratus ratus tapi ribu ribu. Menangis tak berlagu Sepul dikhianati adik sendiri.
Jempol siap sediakan surat rasmi dari syarikat Sepul beserta invois ditandatangani si Sepul. Dia curi e-signature Sepul dan letterhead company Sepul untuk menipu klien.
Sepul membuat report di balai tapi polis kata ini urusan adik beradik. Perkara sivil macam ni bagi mereka ringan dan nasihatkan suruh cari peguam. Dah la baru lepas pkp, ditipu puluh ribu pula oleh si jempol, mana nak ada duit nak hire lawyer pula.
Sepul redha dan ceritakan segalanya kepada keluarga agar berhati hati dengan jempol. Ibu masih backup jempol kata sebab Sepul tak bayar gaji sebab tu dia terdesak. Masya Allah lagi sedih Sepul menghadapi dugaan ini.
Nanti lah ku sambung cerita ni. Panjang lagi sebenarnya kisah ni. Belum ceritakan kisah ibu, Iqbal dan Jempol pun tak habis lagi.
Korang tolong bagi semangat kepada suami ku si Sepul k. Kalau nak kecam, berpada pada la sebab kitaorang hati tisu hahaha. Thank you.
Yang kecewa,
– Ku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit