Hai pembaca IIUM Confession. Saya perlukan pendapat kalian yang bijaksana dan matang.
Saya telah berkahwin selama 9 tahun dan dikurniakan dua anak lelaki. Suami saya seorang yang penyayang, baik, dan sangat bertanggungjawab.
Namun, sifat bertanggungjawabnya kadangkala membuat dia memikul beban yang terlalu banyak tanpa berkongsi pandangan atau mencari penyelesaian yang lebih seimbang.
Adik lelaki suami saya, yang saya namakan R, kini tinggal bersama kami.
Alasan utamanya adalah untuk memudahkan dia mencari kerja di bandar kerana di kampung, katanya, peluang kerja yang sesuai dengan kelayakannya sangat terhad.
Tapi selepas empat bulan, dia masih belum bekerja. Bila ditanya, dia hanya mengangkat bahu.
Aktiviti hariannya sering kelihatan tidak produktif – pagi dia masih tidur, dan petang, kalau keluar, hanya berjalan di pusat beli-belah.
Saya rasa serba salah untuk menegur dia secara langsung, dan suami saya pula tidak pernah membangkitkan isu ini dengan R. Akibatnya, saya terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi yang tidak selesa.
Contohnya, bila saya bekerja dari rumah, saya memilih untuk duduk di kedai kopi sehingga R bangun dan keluar rumah. Saya risaukan soal berdua-duaan kerana anak-anak kami semua berada di sekolah sehingga petang.
Bukan itu saja, kerja rumah jadi lebih membebankan kerana saya terpaksa menutup aurat sepanjang masa di rumah. Memasak di dapur sambil bertudung dan berlengan panjang, dalam cuaca yang panas, sangat tidak selesa.
Ditambah pula dengan sikap R yang tidak membantu langsung dalam urusan rumah, termasuklah berkongsi bilik air.
Tandas yang dikongsi dari biliknya dan bilik anak-anak selalu dikunci, menyebabkan kami sekeluarga terpaksa bergilir-gilir menggunakan satu-satunya bilik air di bilik kami.
Saya pernah mengutarakan kepada suami supaya R mencari bilik sewa atau kembali ke kampung sementara dia mencari kerja. Namun, suami hanya mendiamkan diri.
Saya faham dia sangat menghormati keluarga, tapi keadaan ini tidak adil untuk saya dan anak-anak.
Saya rasa semakin penat dan tertekan, hingga ada kalanya saya hilang sabar dengan anak-anak. Emosi saya yang tidak stabil membuatkan rumah tangga terasa tegang.
Saya buntu dan perlukan nasihat. Bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan isu ini tanpa mencetuskan konflik besar?
Saya sudah memikirkan untuk balik ke rumah ibu bapa buat sementara waktu, tapi saya harap ada penyelesaian yang lebih baik. Mohon pandangan dan cadangan kalian.
– Pretty Zinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ajak husben tonton Ipar Adalah Maut, jika tak sedar lagi, tak taulah nak kata camne
Klaw suami awk seorang yg prihatin terhadap kebajikan isterinya, dia akn bercakap secara ‘gentleman’ dgn adiknya sendiri, atau pon berusaha untuk mencarikan adiknya kerja atau rumah sewa yg berasingan, atau pon, klaw dah dia x mau bekerja, hantarkan je dia blk ke kmpong.. klaw adk ipar tu perempuan, xpe lgi, x perlu mnutup aurat sepenuhnya di dlm rumah, bkn shaja dari segi aurat, tp yg plg ditakuti ialah ‘syahwat’ dan syaitan yg boleh merosakkan hubungan antara kluarga, jika terjadi sstu yg x diingini nt.. pandai2 la awk berdiskusi dgn hasben, supaya kehidupan berumah tangga jd harmoni.. wallahu a’lam bissawab
Saya dah pernah alami keadaan macam ni..suami takkan cakap dengan adik dia untuk keluar dari rumah kami sebab terikat dengan apa kata mak dia nanti…sebab dah tak tahan saya sendiri yang tegur adik dia untuk lebih berdikari,dah boleh dah cari rumah sewa sebab lama duduk dengan kami.sekejap kerja sekejap berhenti sekejap kerja balik.saya suruh cari rumah sewa pun masa dia dah kerja balik..disebabkan tu mertua tuduh saya busuk hati.terus lupa yang bertahun-tahun saya bela anak dia (adik ipar) tanpa minta sesen pun..tapi sekurang-kurangnya saya dah selesa kat rumah sendiri..lepas duk umah sewa ada juga adik datang ke rumah sebab tak boleh lagi nak urus kewangan sendiri..takde duit je datang rumah kami..tapi ok lagi dari terus duduk sini..pada saya kadang-kadang kita perlu juga berkeras,meletakkan jarak dan menyatakan pendirian kita untuk keselesaan kita sendiri..