Adik Ipar Luar Biasa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-ipar-luar-biasa/).

Assalamualaikum semua pembaca… Terima kasih atas semua komen di confession saya sebelum ini.

Saya menulis respon ini hanya 2 jam selepas ia disiarkan di fb. Walaupun rata-rata komen mengecam tindakan saya sebagai kakak ipar, entah mengapa saya tidak pula berasa sakit hati atau sedih.

Saya ingin meminta maaf sekiranya confession saya menyebabkan ada pihak yang sakit hati membacanya.

Saya juga bukan mengharap untuk diberi sokongan untuk tindakan saya. Saya juga tidak marah kepada mereka yang mentertawakan saya kerana dikecam teruk di situ. Tidak mengapa.

Saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa isu. Maaf jika tulisan sebelum ini mengandungi banyak ‘bunyi’ yang tak perlu seperti haha hihi huhu.

Kedengaran seperti psiko tetapi saya cuba menghasilkan tulisan yang kurang serius dan tidak mengundang kebencian anda kpd adik saya. Mungkin caranya salah. Maafkan saya

Ada yang mengatakan saya cemburu dengan adik ipar. Mungkin benar saya cemburu kerana dia dapat menghabiskan masa dengan mak ayah saya sedangkan saya jauh.

Tapi saya tidak lagi cemburu jika berkaitan dengan duit ayah. Sehinggakan jika rumah ayah itu hendak diwariskan kpd adik pun, saya tidak kisah. Kerana memang dia yang banyak menjaga ayah

Ada yang mengatakan saya toksik kerana sibuk mengambil tahu apa yang adik ipar kongsikan di media sosial. Sejujurnya jika sindiran itu tentang kawan2 tempat kerjanya, atau isu2 semasa, saya tidak pernah ambil peduli. Itu akaun dia.

Dia bebas untuk buat apa sahaja. Cuma saya tidak suka jika dia share sindiran tentang keluarga. Mana mungkin saya tidak terasa. Saya hanya manusia biasa. Tapi terasa itu hanya terhenti di situ. Tidak pula saya balas di mana2

Ada pula yang menyalahkan kami adik beradik kerana wujudkan group tanpa adik. Kami ada group berasingan yang ada mak ayah & adik.

Group tu tak pernah ada pertengkaran atau apa2 yang serius. Group ‘private’ kami adik beradik lebih kepada bersembang tentang kehidupan masing2 yang lebih selesa dan santai.

Memang benar ada masanya kami bercerita tentang adik di group kami, tapi bukanlah sentiasa mengutuk dia seperti yang anda semua katakan.

Di group itulah kami tau tentang bil yang tidak dibayar, upah mak yang tidak diendah, adakah logik untuk adik wujud dalam group itu? Bukan tujuan group itu untuk mengutuk dia, cuma kes2 adik memang datang selepas itu

Ada juga yang menasihatkan saya supaya bersyukur kerana adik ipar masih menerima keburukan adik saya. Ya, saya memang bersyukur.

Kerana dia bersabar dengan adik saya. Saya cuma highlight tentang perilaku dia yang suka sindir menyindir dan perli memerli di fb sahaja. Tidak pula saya burukkan halnya yang lain.

Tidak lupa juga ada yang mengatakan kami adik beradik lain berasa bangga dapat menghulurkan duit bulanan kepada mak ayah sedangkan adik yang bersusah payah menjaga mak ayah. Sebenarnya abang dan kakak yang berhampiran juga selalu dapat meluangkan masa juga.

Abang yang bawa mak ayah ke pusat vaksin baru-baru ini. Kakak juga ada memberi wang secara online kpd adik waktu PKP ni tanpa diminta. Jadi di mana bangganya kami ni?

Ada yang mengatakan saya hipokrit dan bermuka-muka kerana berlakon baik di hadapan adik ipar sedangkan sering tidak puas hati dibelakangnya. Ya, saya memang memilih untuk jadi bermuka-muka daripada bermasam muka atau bergaduh di hadapan satu sama lain.

Tak patut rasanya kami bermusuh dengan adik sendiri atau isterinya. Lebih baik kami diamkan diri daripada bertengkar mulut yang tidak berkesudahan. Bukankah hipokrit itu lebih baik dalam hal ni?

Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang pengguna fb yang pernah meninggalkan komen di mana2 page seperti yang anda semua lakukan.

Saya lebih selesa berkomunikasi dengan kawan2 rapat sahaja di fb. Jika di page lain, saya hanya membaca untuk mengetahui info dan tidak menekan butang like.

Apatah lagi komen. Jika saya tidak suka pun, saya tidak pernah meninggalkan kecaman di situ. Saya hanya seorang pemerhati. Atau anda boleh gelar saya sbg stalker. Atau penakut. Saya tidak kisah. Kerana itulah diri saya. Saya tidak berani seperti anda

Tujuan saya menulis confession itu supaya niat teguran saya sampai ke adik ipar saya. Saya rasakan itu medium terbaik yang saya dapat luahkan rasa hati ini.

Saya tak nak mengeruhkan keadaan dengan meninggalkan komen di artikel yang dia share. Cukuplah sekiranya dia baca confession saya, dia tau yang dia perlu hentikan tabiat perli memerli di fb kerana Allah masih menjaga aib suaminya

Saya tau Allah uji hidupnya dengan kehadiran adik saya yang bermasalah tu. Jika dia pilih untuk beritahu satu dunia yang adik saya jaga mak ayahnya, kami adik beradik lain tak jaga, apa yang saya boleh buat? Jauh sekali untuk saya burukkan adik saya pula.

Saya hanya berani ceritakan perihal adik saya di platform inipun kerana pembaca tidak mengenali saya. Bukan niat memburukkan dia. Saya cuma nak pembaca tau apa situasi saya, apa situasi adik ipar saya

Saya sangat tersentuh dengan komen pembaca yang bernama IBTISAM NOTES. Beliau seolah-olah sangat memahami situasi saya. Ayatnya menggambarkan keadaan saya dengan tepat sekali!

Membaca komennya membuatkan saya rasa bagai hilang segala beban yang ditanggung selama ini. Terima kasih sis! Jika sis ada di depan mata sambil mengucapkan bait-bait ayat tersebut, saya pasti menangis memeluk sis!

Jika adik ipar saya tidak baca sekalipun luahan sebelum ini, saya sudah sangat berpuas hati kerana mendapat komen yang menyejukkan hati seperti itu.

Kepada yang mengecam pula, saya tidak mengambil hati. Saya tau anda meninggalkan komen seperti itu kerana anda tidak mengenali saya.

Terima kasih semua…

– Kakak iparmu juga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *