Aku tak tahu nak mulakan macam mana tapi aku rasa kecewa dan terkilan.
Ceritanya begini.. Aku seorang yang bekerjaya. Suamiku juga tidak kurangnya. Ya betul tiada rumahtangga yang tidak dilanda badai. Tipulah kalau aku katakan kami sentiasa aman.
Tapi sebenarnya memang kami aman dan bahagia kalau tidak ada adik ipar yang toksik dan gila.
Silapnya bermula apabila suamiku tak mahu pindah dari rumah ibunya walaupun aku menyatakan hasrat itu demi kebaikan rumahtangga kami.
Ya. Adik iparku yang masih belum kawin, andartu, gemuk, hitam dan sekolah pun tak habis. Pantang ibu mertuaku puji dan sayangkan aku. Dia mula mencari onar dan menabur fitnah agar aku dibenci oleh ibunya.
Ibu dan bapa mertuaku? Ada kalanya sebelah aku. Adakala goyang juga dan termakan hasutan dan fitnah adik iparku. Begitulah rutin harianku di rumah itu.
Aku? Terus bersabar dan suamiku memujukku agar sabar dan katanya memang adikknya itu cemburu dan memang mereka tidak sebulu.
Tambahan pula aku ni kakak ipar yang jauh muda umur dengannya. Tapi apakan daya dia terpaksa menerima aku bertitle kakak iparnya.
Kalau ada konflik diantara aku dan suami dirumah itu sudah tentulah dia tahu dan campurtangan untuk memanaskan keadaan.
Cerita luar dalam segalanya dalam rumah itu dijadikan bahan cerita ditempat kerjanya. Nak tahu kenapa?
Kerana bekas kekasih suamiku satu tempat kerja dengannya.
Maka mudahlah dia menyebarkan aibku dan suami dengan tujuan mahu mengembar gemburkan ketidakbahagiaan kami suami isteri setelah suamiku berkahwin dengan aku.
Dulu dia jugalah yang menjadi pemisah antara suamiku dan kekasih suamiku. tetapi sekarang dia menjadi penyebar aib kami pula.
Alhamdulillah kehidupan kami makin berjaya,berkereta besar dan anak-anak yang hebat setelah jauhkan diri dari keluarga mertua dan adik iparku.
Dia? Bercerai berai. Masih mencari salah kami dan memburukkan aku dan suami. Ibu bapa mertuaku? Apabila melihat kesenanganku mereka menjadi penguat adik iparku pula. Sama-sama naik orang kata. Cemburu.
Kehidupan kami seperti biasa walaupun sering diganggu.
Makin jauh makin kami aman. suamiku tetap memberi layanan seperti biasa kepada ibu bapanya sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai anak.
Apa yang kami berikan tak pernahnya cukup dan bersyukur. Padahal semuanya aku yang banyak memberi melalui suamiku.
Mereka tahu tetapi disebabkan iri hati dengan kehidupan kami. Mereka mencari salah dan sentiasa merasa tidak cukup.
Sehinggalah ibu bapa mertuaku sudah pun meninggal dunia. Aku ingatkan segalanya selesai disitu. Ternyata ada dugaan yang Allah berikan lebih pahit dari aku lalui sebelum ini.
Ya. Perkara lalu aku lalui dengan penuh jayanya walaupun perit.. Tetapi tidak kepada perkara ini. Aku memaafkan tetapi aku tidak dapat melupakan.
Ujian yang Allah berikan ini amat mencabar dan Allah uji suamiku sehingga dia tewas.
Suamiku dan kekasih lamanya berhubung tanpa sengaja setelah berpuluh tahun terpisah. Melalui siapa wallahualam. Tapi aku dapat rasakan siapakah dalang disebalik ia berlaku.
Yang membuatkan aku tergamam. apabila kekasih lama nya menyatakan dia tahu semua apa yang berlaku dalam rumahtangga aku selama ini dan berasa terkejut kerana menyangka suamiku bahagia setelah meninggalkannya dan berkahwin denganku.
Sumpah sejujurnya aku tidak tahu pun mereka terpisah kerana kejahatan dan fitnah adik iparku juga.
Keluarga suamiku menolaknya kerana fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Aku kesian. Tapi bukan salah aku.
Aku dapat rasakan apa yang kekasih suamiku rasa. Hubungan mereka ditentang dan terpisah. Sehinggalah suamiku berkahwin dengan aku. Jahatnya adik iparku.
Memang selepas kawin suami aku ada menceritakan tentangnya. Tetapi masing-masing sudah berumahtangga.
Tapi apakan daya sudah tertulis suratan mereka bertemu semula dan berwasap tanpa pengetahuanku.
Aku dapat rasakan beberapa perubahan suamiku dan mula membuat wassap web. Ternyata gerak hatiku betul. Berapa lama mereka mula berhubung aku tak pasti. Nak tahu apa yang terjadi..
Part 2 akan menyusul….
– Madam Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit