Adik Ipar Neraka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/adik-ipar-neraka/).

Malam itu semuanya terbongkar. Mereka berhubung dan meluahkan rasa sedih dan kecewa terpisah kerana onar dan fitnah adik iparku.

Aku baca dengan teliti satu persatu. Aku gelarkan kekasih lama suamiku “S”. 

Dalam wassap mereka “S” menyatakan sebelum suamiku meninggalkan nya tanpa berita adik iparku menyerangnya dan menyatakan dia tidak suka “S” menjadi kakak iparnya.

“S” sedih dan berusaha menghubungi suamiku tetapi hampa. 

Suamiku pula. Ibu bapanya menyatakan “S” tidak layak dijadikan isteri. Suamiku anak yang taat dan meninggalkan “S” tanpa pesan.

Bagaimana ibubapa suami ku tahu siapa “S”. Sudah pastilah dari adik ipar neraka itu.

Sejak itu suami ku dikawal ketat dan telefon juga dikawal rapi oleh keluarganya. Maklumlah anak lelaki tunggal dalam keluarga itu. Akhirnya mereka terpisah tanpa satu lafaz perpisahan. 

Dalam wasaap itu juga “S” menyatakan, selepas kejadian itu “S” berhenti kerja dan berhijrah jauh akhirnya berkahwin. Suamiku pula berjodohan denganku. 

Menurut wassap mereka, mereka rasa gembira dan barulah mereka tahu apa terjadi dan mengapa mereka terpisah tanpa lafaz sepatah pun. Aku turut sedih dan memahami keadaan itu. 

Kisah cinta mereka yang tragis. Tapi apakan daya seperti yang aku katakan sebelum ini “bukan salah aku”. Aku tak dapat membantu dulu tetapi aku akan cuba bantu di masa kini. 

Aku selami wassap mereka satu persatu dan akhirnya aku mengambil keputusan call “S”.

Suamiku tergamam apabila aku mendail nombor telefon itu. Aku menenangkan suamiku dan mengatakan aku dah tahu semuanya. Suamiku mengelabah dan merayu agar tidak menghubungi “S”. 

Aku?. teruskan niatku. Suamiku menangis. “S” menjawab panggilan tetapi selepas mendengar suara ku dia terus putuskan talian. Mungkin “S” dapat syak siapa aku dan apa terjadi. 

Aku meminta suamiku membuat panggilan menggunakan handfonenya pula. Suamiku turutkan sambil menangis.

“S” menjawab panggilan dan terus bertanyakan apa terjadi.

Sepantas kilat aku menjawab . “Jangan bimbang dik. akak dah tahu semuanya.”

Sekali lagi talian diputuskan. bagaimana nak memberitahu kepada “S” aku restu mereka. 

Dengan tenang aku menyatakan kepada suamiku jangan bimbang aku benarkan kalian berdua teruskan hubungan. Tetapi pasti ada syaratnya iaitu lepaskan aku. 

Aku juga menyatakan aku sedih dengan kisah mereka dan pada masa yang sama aku sangat kecewa dan terasa hati dengan ayat suamiku dan “S”. Ayat itulah yang membuatkan aku sanggup melepaskan dan berundur. 

“S” masih bersuami. Menurut wassap “S” suaminya kaki pukul dan mengambil dadah. Sudah pastilah dia bersedia meninggalkan suaminya dan menunggu suamiku menjadi hak nya kembali.

Suamiku pula dalam wassap tersebut menyatakan rela melepaskan aku jika aku minta dilepaskan demi cinta mereka. 

Ya.. aku tunaikan hajat mereka dengan meminta aku dilepaskan. Aku tahu aku akan dilepaskan kerana suamiku sudah menyatakan hasrat itu. 

Aku faham dan aku kuat. Sedangkan sebelum ini aku kuat melalui ipar neraka dan telah memperolehi kemenangan buktinya aku kekal bahagia berpuluh tahun lamanya dengan suamiku. 

Bisik hatiku, apalah sangat dengan dugaan sekecil ini iaitu kalah dalam pertempuran cinta. Siapa aku untuk memaksa aku dicintai setulus cinta mereka.

Dihujung usia ini aku hanya mahu tenang dan lakukan yang terbaik buat diriku dan keluargaku. 

Disebabkan panggilan sudah tidak dijawab, aku wassap “S” dan menyatakan aku ok dan tahniah kerana berjaya mendapatkan semula cinta lama. 

Cuma ada satu perkara yang “S” tiba-tiba tak tentu arah iaitu apabila aku meminta nombor telefon suaminya. Aku menyatakan suaminya perlu tahu kejadian ini.

“S” merayu sehingga teresak-esak meminta maaf kepadaku dan meminta agar aku rahsiakan dari pengetahuan suaminya. Dia berjanji tidak akan menghubungi suamiku lagi. 

Aku teruskan misi dan visi mendapatkan nombor telefon suami “S”. Setelah beberapa minggu aku berusaha akhirnya aku berjaya dapatkan. 

Suamiku terus merayu meratap dan meminta maaf diatas kejadian itu. Aku?. aku tetap memikirkan aku selayaknya pergi. lebih baik pergi. 

Suami “S” telah sedia maklum perkara ini. selebihnya aku tak mahu tahu apa terjadi diantara mereka suami isteri. Aku lega kerana berjaya dan kekal tenang setelah memaklumkan perkara ini kepada suami “S”. 

Aku? Teruskan perjuangan di hujung usia ini dengan langkah yang lebih berani. Cukuplah sekali. aku memaafkan tetapi tidak melupakan. 

Kepada adik ipar neraka terima kasih diatas percaturan ini. Berjaya juga akhirnya kan. Puaskan lah hatimu dik.

Jangan cari aku dengan merayu dan meminta maaf lagi. Aku dah jemu dengan rayuanmu dan tak mampu melupakan apa yang engkau lakukan. 

Aku berjaya melangkah pergi dari segalanya. Suamiku yang dicintai sebenarnya amat baik. Kami sama -sama berjuang dulu. tapi apakan daya tewas juga di landasan percaturan ini. 

Aku kekal tenang. Dan suamiku kekal mencariku. Adik ipar neraka juga mencariku.

Satu pesanku tolong jangan cari aku lagi. Selamat tinggal semua.

Aku harap kalian dapat bahagian kalian masing-masing. Aku berserah pada yang satu. Aku bahagia sekarang. Aku harap kita tak akan berjumpa lagi. 

Selayaknya aku pergi. Jangan berusaha cari aku. Teruskan langkah kalian. Aku tak mahu tahu apa pengakhiran kalian. Aku ingin kekal tenang bersama anak-anakku. 

– Madam Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *