Buat adik perempuan,
Kalau umur adik masih belasan, baru habis SPM, baru berumur 20, 21, akak nasihatkan, jangan serahkan hati awak pada sesiapa pun.
Walaupun si dia awak suka, admire, confess pada adik, katanya, “saya sukakan awak, saya nak jadi imam awak” tapi dia cakap, “tunggu saya habis degree, nanti saya masuk meminang awak” lagi parah kalau mintak tunggu habis master/phd. Waktu confess, matrik pun tak habis lagi. Allahurabbi.
Kalau ada begini adik-adik, tinggalkan dulu. Siapa dia nak pegang hati kita 4-5 tahun? Siapa jamin awak hidup 4-5 tahun?
Dan awak boleh jamin, awak akan menjaga hati selama tu? Boleh mesej hanya perkara penting dalam masa 4-5 tahun tu? Boleh berhubung tanpa ada kata ‘rindu’, ‘sayang’, ‘cemburu’ dan kata2 lain yang sepatutnya hanya pada yang selayaknya? Boleh jamin? Akak yakin tidak. Tidak adik..
Kenapa terlalu berani meletakkan hati di tempat yang rapuh? Kalau 4 tahun sudah berhubung, akhirnya keluarga tak merestui? Lagi tragis, si ‘abang’ dah terjumpa yang lebih baik? Hatta sebulan pun macam2 perkara boleh terjadi dik. Inikan bertahun-tahun.
Hati tu 1 je adik. Kalau pecah, sampai mati pun masih berparut. Kalau betul dia jodoh kita, dia kutub utara, kita kutub selatan pun akhirnya Allah akan temukan. Kalau masing2 sudah bersedia, silakan, kawen cepat2. Jangan dok couple, mesej2, sweet2 tanpa ikatan.
Buat adik lelaki,
Kalau umur adik masih mentah, jangan sesekali memberi harapan pada anak dara orang dik. Kalau adik rasa nak confess, akak nak tanya 1 soalan.
Hari ini, saat ini, awak mampu untuk jadi suami orang? Mampu pimpin seorang wanita yang lemah menuju syurga Allah sama-sama? Mampu sediakan si dia makan, minum, pakaian, tempat tinggal? Mampu bahagiakan hati dia?
Maaf, banyak pulak soalan akak. Tapi cuba jawab semua soalan tu hanya dengan 1 jawapan. Hanya MAMPU atau TIDAK. Kalau MAMPU, Alhamdulillah, silakan. Teruskan niat awak. Terangkan pada dia niat, terus masuk meminang dan kahwin.
Kalau jawapannya TIDAK, tangguh dulu niat. Sempurnakan diri dulu dengan soalan2 akak tadi sampai jawapannya ‘mampu’. JANGAN minta dia simpankan hati dia untuk awak pada masa depan yang awak langsung tak layak untuk jamin.
Buat adik perempuan dan adik lelaki,
Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah. Akak tak cakap salah. Islam tak larang pun kalau kita jatuh hati pada seseorang. Allah yang ciptakan rasa tu. Dan adik patut rasa bersyukur sebab adik normal, jatuh hati pada gender yang berbeza.
NORMAL untuk adik rasa suka pada seseorang. Tapi, adalah TIDAK NORMAL, asal minat je couple. Asal suka je confess. TIDAK NORMAL kalau adik melayan perasaan tu. Rasa itu mungkin datang dari nafsu.
Akak nak ajar ni, kalau ada insan yang kita rasa selayaknya boleh jadi teammate kite untuk race ke syurga, simpan dulu nama dia dalam doa kita. Minta pada Allah, tolong jaga hati awak supaya tidak melebih2 dalam menyayangi insan bukan ajnabi. Tanya pada Allah, benar/tidak pilihan awak.
Andai dengan jodoh kalian, maka tenanglah hati, bertambahlah iman, bahagialah ibu bapa awak, senang masuk syurga, maka, minta pada Allah, jodohkan kalian, dekatkan hati kalian, mudahkan perjalanan kalian, dan minta Allah pegang hati si dia. Takut2 nanti dia berubah hati.
Tapi, andaikata banyak kemudharatan andai kalian berjodoh, maka mintak Allah jauhkan hati awak dari dia, hilangkan rasa suka tu, dan mintak Allah dorongkan kita ke jalan yang benar, dan moga perjalanan kita mencari pasangan hidup dipermudahkan Allah.
Allah kan maha mengetahui. Allah tahu dah dia sesuai ke tak. DIA tau si dia jodoh kite ke tak. Kan senang macam tu, sandarkan harapan kite pada Allah.
Bile sandarkan hati pada Allah, akak jamin, adik2 tak kan kecewa dan patah hati. Even si dia yang adik masukkan dalam doa, akhirnya terbukti bukan milik adik pun, adik tak kecewa. Sebab adik tahu, rupanya selama ini adik mintak Kancil, tapi Allah tak nak bagi sebab ada Audi yang Allah tengah siapkan untuk kita.
Dan yang paling penting sekali, persiapkan diri adik mentally, physically, economically. Dah ready semua ni baru mulakan misi pencarian the other half ye. Kalau tak de, jangan gatai nohh.
Oh, economically tu, bukan sebab akak materialistic, tapi akak realistic. Memang duit bukan syarat bahagia. Tapi kalau tak de duit memang merana. Setuju?
Dan sebelum tu, mungkin nanti ada yang komen. Asyik2 cinta, asyik2 kawen. Muda lagi, banyak lagi benda boleh fikir, banyak lagi benda boleh buat. Hmmm.
Adik, kalau bab subjek, politik, resepi, orang tak tanya anonymously. Bab perasaan kita malu sikit. Tu pasal confession banyak pasal cinta. Sebab bab lain diorang tak payah confess sini, bukan diorang tak buat keje lain. Tapi diorang buat keje lain kat tempat lain.
Lagi 1, umur2 yang join IIUM Confession ni saya yakin umur2 orang kata tengah risau pasal jodoh. Biarlah mereka. Kalau tak suka, scroll je ye? Orang tak paksa baca :)
Sekian..
– Akak yang penat menaip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tapi akak.. haritu ada yang confess pun isteri orang yg suka suami org pastu salah Allah hadirkan rasa cinta tu. Acaner tu kak? Ha ha ha
IIUM confession ni pelbagai latar belakang yg join dah. Bukan budak uiam je. Dah jadi macam dulu2 punya column Di Celah Celah Kehidupan masa zaman2 kegemilangan utusan printed.