Adik, Kenapa Jadi Macam Ni?

Hi assalamualaikum semua. Pengenalan sedikit, nama saya Kuntum (nama samaran). Saya berusia dalam 20-an dan sudah bekerja.

Untuk pengetahuan semua, saya merupakan anak ketiga dari lima adik beradik. Yang paling bongsu baru nak masuk 13 tahun. Dekat sini saya nak ceritakan pasal adik bongsu saya ni.

Adik saya ni lelaki, baru akil baligh sebab saya perasan suara dia start garau awal tahun ni. Adik saya berada di kelas last di sekolah dan aktif sukan. Sejak masuk sekolah menengah ni, dia semakin kurang ajar dan biadap dengan adik beradik lain serta parents saya.

Tahap kurang ajar yang bila kita panggil dia, dia akan jawab “Nape?!” dengan nada yang tinggi. Itu belum lagi kalau nak minta tolong. Mak saya selalu berendam air mata sebab terasa hati dengan dia.

Adik saya ni pernah kantoi hisap rokok dan vape sebelum ni. Dulu dia selalu keluar malam melepak dengan rakan sekampung yang umurnya jauh lagi tau dari dia.

Mula-mula kantoi bau rokok lepas balik melepak, mak dengan ayah saya cuma bagi amaran. Then, kantoi hisap vape, time tu memang kena belasah kaw-kaw dengan ayah saya. Dia janji taknak buat lagi, tapi kantoi juga lagi masih simpan vape.

Masa kali kedua ni, abang saya tahu dan dia memang bagi amaran keras (abang dan adik lelaki saya lagi seorang tak merokok/vape).

Lepas dapat amaran dari abang saya, adik bongsu saya memberontak, dia cakap pasal tak ada siapa yang sayang dia, tak ada siapa nak kisah bila dia menang sukan di sekolah dan dia ungkit pasal mak dan kakak-kakak selalu berkata pasal dia tak pandai belajar.

Padahal semua benda ni takde pun, maybe sebab dia tengah hanyut dengan emosi lepas kena marah teruk dengan adik beradik. Kitorang sayang dia sangat-sangat, tatang bagai minyak yang penuh, apa yang dia nak semua dia dapat.

Kalau lah dia tahu bertapa susahnya hidup kakak sulung dia dulu, mesti dia tak terfikir nak cakap macam ni. Sebab dia tak hidup lagi masa zaman kami susah dulu, jarak umur dia dengan kami terlalu jauh.

Lepas kes ni, memang ayah saya tak bagi dia keluar malam dah kecuali nak pergi silat dan mengaji. Kalau dia keluar pun, kena inform nak pergi mana dan kena balik pada waktu yang ditetapkan.

Tapi baru-baru ni ada peristiwa lain pulak yang buatkan mak saya sangat makan hati dengan adik saya (dan ayah saya). Kami satu keluarga keluar berjalan ke negeri lain.

Semasa nak berhenti makan, mak saya panggil adik saya, nak pimpin tangan. Adik saya tepis dan cakap “huh!” seolah-olah geli sangat nak berada dekat dengan mak saya.

Ditambah pula ketika tu, ayah saya tak ada rasa nak ambil tahu pasal mak saya. Takde tanya dah makan ke belum (sebab mak saya pergi tandas sebelum tu). Memang mak saya emosional sangat-sangat dengan dua beranak ni sampaikan tak bertegur berapa hari dan asyik menangis je.

Sebenarnya mak saya dah lama terasa hati dengan adik bongsu saya, tapi peristiwa ni yang buat dia meletup sampai tak bercakap dengan adik bongsu saya.

Saya pun dah taknak ambil kisah pasal adik saya. Dia macam tak ada perasaan bersalah buat dekat mak dia macam tu. Haritu saya bising dekat dia. Saya cakap “Kau nak ke mak menangis hari-hari sebab kau sampai mak mati? Kalau mak mati esok, masuk neraka la kau”.

Tapi dia macam takde perasaan, takde inisiatif nak pergi minta maaf dengan mak saya. Even pergi sekolah pun dia tak salam dengan mak saya sebab mak saya tak tegur dia.

Malam tadi mak saya ada lipat baju dia. Dia angkat dan letak bodoh je dekat tepi rak baju dia sampai baju yang dilipat tu nampak macam dah tak terlipat dah. Mak saya marah dekat dia, dan saya pun sambung marah.

Di akhir kata saya tu, saya cakap “aku harap kau mati cepat!” sebab saya marah sangat, pent-up frustration saya dah terlalu tinggi.

Saya sebenarnya rasa berdosa tapi hati saya masih tak boleh nak dilembutkan untuk layan dia macam dulu. Menitik air mata ni bila ingat semua benda yang saya buat untuk dia. Itu baru saya, apalagi perasaan mak saya yang mengandungkan dia?

Saya nak minta pendapat semua, apa cara yang saya boleh buat untuk lembutkan hati adik bongsu saya ni?

Saya jugak harap sangat-sangat dia berubah. Tambah-tambah bila dia masuk kelas belakang ni, semakin susah nak kawal bila berkawan dengan budak yang merapu-rapu.

Saya cukup susah hati bila tahu dia masuk kelas belakang semasa daftar kelas dulu sebab masa sekolah rendah dia di kelas kedua sahaja, dan pelajaran dia pun bukan lah teruk sangat.

Harap pembaca-pembaca sekalian dapat bantu saya. Terima kasih semua.

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *