“Adik Ni Student Lagi Ke?”

Assalamualaikum semua. Aku budak luar. Tapi, serius aku suka sangat baca IIUM Confession. Kadang-kadang rasa macam disentap-sentap bila baca status korang.

Kat sini, banyak sangat aku baca status pasal sedekah. Dan aku rasa macam berminat nak share kisah aku. Bukan nak riak, ok? Tapi untuk kita ambil ibrah berjemaah. Tarik nafas..

Dulu, aku tak pernah minat nak sedekah. Setakat seringgit sebulan tu pun dah kira kebabom. Kira jahil la aku ni dulu, kan? Tapi, semua tu berubah bila aku tengok orang susah, baca fadhilat tentang sedekah. Semua tu buat aku insaf tak terkata.

Pengalaman first aku, pernah masa tu aku jejalan dengan kawan-kawan aku. Style aku ni, kalau tak ada duit pun aku nak juga berjalan.

Masa tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba ada budak kecil datang minta sedekah kat aku. Aku pandang muka dia. Aku pandang purse aku. Serius, dalam purse aku ada RM3 je weh. Dah la masa tu aku dah plan nak teman kawan makan. Kalau aku bagi, sah-sah aku telan liur je nanti.

Then, duit juga aku nak guna untuk naik bas. Tambang bas RM1. Tapi, sebab kesiankan budak tu… Aku hulurkan juga RM1. Aku yakin, Allah akan gantikan yang terbaik untuk aku. Insya-Allah.

Berbekalkan RM1 yang ada, dengan muka over confident aku pun masuk kedai makan dengan kawan. Tiba-tiba, ada sorang pakcik datang kat aku dengan kawan aku.

“Adik ni student lagi ke?”

Termangu aku. Dah kenapa pakcik ni. Rela tak rela, aku angguk juga.

Pakcik tu senyum. “Nah, pakcik bagi RM10. Ambillah…”

Weh, ternganga mulut aku. Mana pakcik ni tahu aku tak ada duit. Sungguh, inilah ‘bayaran’ dari Allah untuk aku. Aku cuma hulurkan RM1 pada budak tu, tapi Allah bayar dengan RM10. Sebak..

Lepas kes tu, buat aku semangat nak sedekah. So, aku mulakan dengan buat ‘tabung subuh’. Maksudnya, setiap kali lepas subuh aku akan masukkan ‘duit ikhlas’ aku dalam tabung. Duit-duit tu nanti aku akan sedekahkan pada masjid ke, orang susah ke…

Aku istiqamah dengan wang yang paling kecil. Bukankah Allah menyukai perkara yang sedikit tetapi istiqamah? Aku bulatkan tekad. Tak ada duit pun, sedekah must go on. Janji buat. Sungguh menakjubkan, Allah tak pernah kurangkan walaupun sedikit duit aku.

Fyi, aku ni kadang-kadang boros juga. Pantang tengok benda cantik, cepat je aku beli. Makan pun aku tak berkira.

Kadang-kadang aku pelik, kenapa duit aku masih ada? Aku tak perlu minta duit kat mama baba aku selama sebulan. Cukup pula duit yang ada ni.

Selalu, kalau hujung minggu confirm-confirm aku akan buat suara sayu telefon mama. Aku pun bukan anak orang kaya. Cuma cukup makan pakai. Stop.

So, kat sini aku nak highlight… Sedekah akan selalu buat korang kaya dan bahagia. Tak percaya? Cubalah dahulu. Paling penting, istiqamah sedekah setiap kali lepas subuh. Masukkan seposen pun tak apa. Janji ikhlas, bukan kedekut, ok?

Ok, sekian saja dari aku… Thanks sudi luangkan masa baca cerita berjela-jela aku. Wink..

– Cik Idora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Sedekah juga boleh beri kita ketenangan. Bila tenang, muka taklah asyik ketat macam nak makan orang, kita akan mudah tersenyum. Orang pun senang nak approach dan tegur kita.
    Untuk orang2 muda, berlatih lah untuk rajin bersedekah walaupun sikit, sedekah duit ke, tenaga ke, ilmu ke.. Ada rezeki berjumpa orang2 tua pakcik makcik warga emas yang baik2, dorang suka tanya2 tegur2 anak2 muda dan layan macam cucu2.. Bagi nasihat.. kalau ada rezeki dorang siap sedekah duit sebab masih student.. Syukur.
    Tapi apa2 pun niat sedekah yang utama adalah kerana harap redha dan pahala Allah. Kalau mengharap kepada rezeki datang, takut kita akan frust bila rasa dah banyak sedekah tapi tak kaya2.. sebab saya pernah dengar orang cakap camni “Sedekah dah, baca ngaji al-waqiah hari2 dah, tapi tak kaya2, sale tak naik2 pun..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *