Adik Perempuan Aku Yang Pemalas

Story yang aku nak ceritakan ialah tentang perangai adik perempuan aku yang pemalas.

Adik perempuan aku dia dah habis study dan bekerja dengan banyak syarikat. Suka tukar-tukar syarikat lompat syarikat sana sini.

Dapat gaji besar sikit dia beli kereta hutanglah.

Itu lantak dia kau nak hutang kau punya pasal janji jangan menyusahkan aku.

Adik perempuan aku ini tahap pemalasnya tak boleh bawa bincang.

Bela kucing sampai mati 2 ekor sebab duit tak cukup habis enjoy dan bayar hutang kereta. Bela kucing sebab nak ikut kawan. Kawan bela awak pun nak bela.

Dia ini duit bil air, elektrik, internet unifi tak bayar aku yang bayar semua..

Tapi bila makan buang dekat sinki sampai tersumbat sinki. Dah itu, dia tak pernah nak basuh pinggan mangkuk. Menyapu rumah lagi pemalas.

Keluar rumah bersolek sana sini pergi gym kononnya, tapi bilik bersepah dengan baju.

Harapkan minyak wangi spray je bagi wangikan bilik. Langsir berhabuk dan tingkap tak berlap pun.

Perempuan lagi banyak koleksi baju, kasut dan tudung lagi pemalas.

Aku ulang sekali lagi, “perempuan lagi banyak koleksi baju, kasut dan tudung lagi pemalas!”.

Dia ini pula suka habiskan duit beli air S* dan Z* coffee.

Kalau donut B* A* pun dia suka beli.

Tapi jahanam punya perangai dia beli tak minum biarkan atas meja makan sampai seminggu tak pun dalam peti sejuk dua minggu.

Aku nak simpan air botol aku yang aku nak sejukkan untuk bawa esok pagi ke tempat kerja pun tak boleh.

Aku kadang-kadang angin tak kena aku buang je dalam tong sampah.

Plastik sampah pun aku beli. Dia mana beli.

Memang semua perangai orang perempuan yang suka lepak S* dan Z* coffee dengan geng OOTD ini pemalas macam tenuk eh!

Aku ulang sekali lagi “memang semua perangai orang perempuan yang suka lepak S* dan Z* coffee dengan geng OOTD ini pemalas macam tenuk eh!

Dia ini 1 hal suka makan ramen. Dia boleh simpan ramen tak habis letak dalam bilik sampai 3 hari. Apa ke bingai dia ini. Boleh eh dia hidup macam itu. Dahlah minat tengok filem Korea dekat netflix.

Ada sekali itu aku buang terus mangkuk dengan ramen busuk dia dalam tong sampah. Biar lantak mangkuk mahal dia itu.

Perempuan ramen dan peminat Korea memang busuk macam ramen Korea kimchi tenuk!

Aku ulang sekali lagi “perempuan ramen dan peminat Korea memang busuk macam ramen Korea kimchi tenuk!”.

Lagi satu dia tiktoker addict live. Seminggu 4 kali buat live. Dahlah buat live tapi bilik berhabuk, meja penuh dengan alat solek taik tenuk. Aku tak tahu macam mana dia cover bilik dia dalam live.

Perempuan tiktok addict live memang bersolek taik tenuk!

Aku ulang sekali lagi, “perempuan tiktok addict live memang bersolek taik tenuk!”.

Aku dah cukup duit nak chow dari rumah ini. Aku dah kerja 10 tahun tak ada tukar syarikat kerja. Inilah masanya aku merantau balik pergi kerja Singapore tinggalkan rumah aku ini.

Lelaki boleh hidup dekat mana-mana dan bukan pengotor macam perempuan.

Cukup baju seluar duduk rumah dan untuk berjalan, baju dan seluar kerja, boxer, selipar, sandal, kasut kerja dan kasut jalan bawa pergi JB sewa bilik kerja Singapore dah boleh hidup.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. fuhhh dasyat confessor rupenye lelaki..sis igtkan perempuan. apepon bro, just keluar je dari rumah tu..biar adik hang berdikari sikit..hang enjoy your life to the fullest..

  2. rumah tu yg ko beli ke? jual je rumah tu.. aku cukup rimas dgn pengotor mcm adik ko tu.. aku ulang sekali lagi, “aku cukup rimas dgn pengotor mcm adik ko tu” … ni nak bela kucing tapi tak jaga, dpt dosa je.. ish3…

  3. geram sangat ni, mesti sebab dah penat nak membebel dan penat nak jadi bibik tak bergaji dekat rumah sendiri kan.. hahahha.
    keluar la bro, biar dia duduk dengan orang bergaduh dengan org lain pula. nanti dah kawin jangan bawa dia duduk dengan bini kau, nanti bini kau mental.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *