Assalamualaikum,
Terima kasih admin approve entry saya.
Nama aku SUKO dan masih belum berkahwin. Kisahnya begini, maghrib semalam aku rasa macam ada something yang tarik aku nak pergi masjid tau. Kalau ikutkan hati aku memang malas sebab siang tu aku pergi hiking dan melawat anak buah kat hospital. So, malam tu aku nak rehatlah kan?. Tapi, hati aku macam kuat sangat nak pergi masjid.
So, aku pon pergilah dengan adik aku ke masjid selepas maghrib sebab nak kejar jemaah maghrib tak sempat. Tempat aku malam Jumaat diorang buat ceramah tau. So, aku pon sampai masjid duduk belakang seorang perempuan berpurdah. Dia suruh aku duduk depan dia sebab mungkin dia tak selesa aku duduk belakang dia. Tapi aku tolak sebab aku tak nampak muka ustaz tu kalau duduk sebelah dia.
Selepas beberapa minit, dia bangun dan duduk belakang aku. Aku pon ok jelah kan. Tak lama tu, aku rasa orang cuit aku so aku pandang lah belakang. Oh, perempuan purdah tu tegur aku. Kiranya, dia ajak berborak lah kot. Aku pon layankan jelah.
Bermulalah perbualan kami. Dia share pasal dia khawin dengan suami dia. Umur dia baru 19 tahun dan suami dia aku tak tahu. Mungkin lebih tua dari aku sebab suami dia dah kerja. Dia share dengan aku, majlis perkahwinan dia sangat ringkas baju biasa, jemput kedua-dua belah family dan sedara dia just dua tiga orang, jiran pon tak jemput dan hanya MAS KHAWIN sahaja iaitu RM 22.50 (so, korang boleh tahu lah aku orang mana kan? Hahahah). Takde hantaran, suami dia tak nak sebab katanya takde duit. Tapi sebenarnya, lepas kahwin suami dia beli rumah tau. Duitnya semua dia beli untuk rumah. Sebenarnya, dia share dengan aku macam mana dia boleh kenal suami dia dan macam mana suami dia ajak dia sampai pakai purdah. Tapi, aku malas nak cerita satu-satu. Panjangggg.
Ok, masa imam dah iqamat, dia cakap “Kesimpulannya, jangan lah bercinta sebelum kahwin. Jagalah apa yang sepatutnya. Saya ni sampai sekarang masih tak percaya dah berkahwin. Bila suami panggil “sayang” pon rasa pelik je. Hahahha”.
So, apa kaitan dengan pulut kuning nya kan? Hahaha. Sabar guysss. Ok, lepas solat isyak kami sambung lagi borak. Kahhhh. Lepas salam semua, dia cerita sikit pasal lepas perkahwinan dia. Yang aku paling ingat sampai sekarang dia cerita pasal pulut kuning.
Satu hari, dia teringin sangat makan pulut kuning. Dia pon cakap kat suami dia. Lepas itu suami dia cakap “tak payah layan sangat tekak awak tu”. Pastu, dia pon cakap “em, takpelah”. Dia tak melawan pon guys. Kalau aku tengok isteri zaman sekarang ni kalau tak dapat makanan hipster mampuih merajuk seminggu. Ni pulut kuning je weehh. Tapi, berkat dia redha suami dia tak nak beli tiba-tiba je jiran dia ketuk rumah bagi pulut kuning. Kikiki. Dia cakap berkat taat dia pada suami tak memaksa lah maksudnya. Dannn tengah dia syok bercerita pasal pulut kuning tetiba ada sorang budak bagi salam kat kami pastu dia cakap “nak tak pulut kuning?” sambil hulurkan polisterin pada kami. Gulppp. Adik purdah tu terus ketawa sebab mungkin dia teringin pulut kuning kot masa dia cerita kat aku tu. Hahaha.
Oh, masa duduk borak tadi dia ada cakap kat aku, dalam perkahwinan kena banyal sabar. Nak kahwin sangat susah tapi nak cerai sangat senang. Hanya satu lafaz sahaja. Aku pon terdiam. Betul juga apa adik tu cakap dengan aku. Huhuhu
Ok, itulah cerita aku. Maaflah kalau tak best kisah aku. Tapi, aku harap korang faham apa yang aku nak sampaikan. Jap, aku buat kesimpulanlah ea apa yang aku dapat dari berborak dengan adik purdah tu:
1. Jagalah kemanisan sebelum berkahwin. Dia ada cakap juga suami dia pesan sebelum kahwin letakkan cinta pada ALLAH bukan pada dia.
2. Bila dah kahwin kene banyak sabar. Bila ada masalah bawak berbincang.
3. Taatlah pada suami. Jangan memaksa suami kalau dia tak mampu. InshaAllah, kalau kita redha Allah akan bagi rezeki yang tak disangka.
Ok, sekali lagi aku minta maaf kalau apa aku ceritakan ni tak menarik. Semoga korang dapatlah apa yang aku nak sampaikan.
– Suko
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit