Adik Tawar Hati

Hai readers. Nama saya Mangga. Anak bongsu. Sebenarnya saya rasa berisiko juga tulis confession dekat sini sebab rasanya akak-akak Mangga memang selalu baca sini. Tapi sejujurnya Mangga rasa buntu. Buntu dengan ‘dosa’ bergaduh dengan darah daging sendiri.

Nak maafkan perit. Nak minta maaf lagi bertambah perit. Ni bukan dalam drama, adik beradik macam bersayang-sayang.

Mangga dibesarkan dalam adik-beradik yang beraku-kau tapi takdelah selalu gurau kasar memaki-maki. Ada abang, ada akak. Ada yang dah kahwin. Ada yang masih belum kahwin. Mangga masih belajar.

Mangga sekarang ni tengah gaduh besar dengan seorang akak yang belum kahwin, nama dia Guruh. Sesuai dengan suara dia yang macam guruh bila marah. Hahahaha. Dia tengah buat part time job dan duduk rumah. Maaf kalau macam panjang bercerita.

Mangga nak cerita dari awal macam mana pergaduhan ni bermula dan makin melarat. Awalnya, akak Mangga yang dah berkahwin, Leya minta tolong transferkan duit ke akaun bank dia secara online sebab dia tengah urgent.

Dia akan bayar cash. Mangga ni pula dikira dalam golongan kedekut tapi masih baik hati. Eh eh. Selepas Guruh pujuk Mangga untuk tolong Leya dan beria-ia bagi jaminan yang Leya akan bayar, Mangga pun tolonglah tranfser.

Leya memang bayar cash pada beberapa hari berikutnya tetapi short beberapa ringgit. Kata nak bayar nanti, kesudahnya lambat bayar. Demi Allah, Mangga bukannya berkira sangat. Kalau Leya tak bayar, Mangga boleh je halalkan. Sebab sikit je nilai dia. Tapi Mangga nak usik Guruh.

Asal nampak Guruh dalam rumah, Mangga kata, “Haaa. Masa tu bagi jaminan. Takda hasil pun’. Dalam erti kata lain, kalau tak boleh jamin Leya akan bayar, tak perlulah bagi jaminan beria-ia. Hue sakit itu fake hope. Guruh pun bagi respond okay je. Kami belum bergaduh waktu ni.

Suatu hari, waktu tengah masak-masak untuk berbuka puasa, Leya singgah rumah. Sebab rumah family Leya dekat je dengan rumah. Mangga dengan Guruh ada di dapur. Waktu ni, Guruh cakap direct dekat Leya yang Mangga ni asyik cakap dekat dia yang Leya belum bayar baki duit.

Kemudian, Guruh suruh Mangga minta dekat Leya sendiri, Mangga terciduk lah. Mangga pun kata, “takpelah, bila2 boleh bayar’.

Haa, lepas tu Guruh kata, “Ehhh, kemain, bila belakang beria-ia nak duit baki. Sekarang malu-malu pula.’ Mangga diam je sambil sengih. Dan Leya takde pula terasa atau marah, dia senyum je.

Kemudian, semasa berbuka puasa, kami tiga beradik berbuka di ruang tamu. Ada Mangga, ada Guruh dan seorang lagi akak perempuan Mangga, nama dia Dora.

Guruh mungkin nak mulakan borak, kemudian dia ulas balik apa yang jadi petang tadi, yang Mangga malu2 nak minta duit baki.

Mangga pun balas ,”Tak baiklah kau mengadu domba. Berdosa lah sebab cara kau cerita tadi dekat Leya macam nak jadi batu api.” Lepastu, Guruh koyak dan cakap. “Ha aku dosa , aku masuk neraka sebab jadi batu api.” Ya. Dialog kami macam budak-budak. Tak matang.

Hal kecik je pun. Tapi benda ni makin melarat bila nak sahur keesokannya. Mangga memang dah lupa hal gaduh semalam.

Lepas sahur, Mangga nak letak pinggan kotor dekat singki. Otw nak basuh pinggan. Kemudian, Guruh datang. Rampas paip singki kemudian merengus marah2 tak puas hati sambil cuci tangan lepas makan.

Mangga terus tergamam. Eh, kenapa pulak Guruh terbawa-bawa nak marah sampai sekarang. Sepatutnya, Mangga yang marah. Duit dahlah tak dapat. Kemudian, bila nak minta hak, gaya Guruh cerita macam nak malukan Mangga depan Leya.

Mangga terus berhangin. Waktu ni, memang dirasuki syaitan. Mangga mengaku, salah Mangga bila mana Mangga terus pegi dekat Dora dan keburukan keburukan Guruh depan mata Guruh dengan tujuan nak sakitkan hati dia. Mangga nak cerita detail kat sini, macam panjang sangat pula.

Tapi Mangga mengaku memang salah Mangga 100% sebab ungkit benda lama dan burukkan Guruh. Guruh marah dan justify waktu tu dekat Dora sebab keburukan tu memb**itkan Dora.

Kemudian, Guruh whatsapp jiran, leya, sepupu dan cerita kesalahan Mangga yang cuba memburukkan dia. Kemudian, Guruh hantar screenshot dekat Dora sebab nak buktikan yang Guruh tak bersalah.

Mangga pun marah lah sebab sepatutnya gaduh adik-beradik settle dalam rumah jelah. Buat apa b**itkan orang luar.

Ha sekarang ni pun, Mangga dua kali lima juga sebab share confession dekat sini huhuhuhuhuhuhu. Sejak tu, Mangga diam je. Bila gaduh, memang style kami diam je.

Tapi kadang-kadang bila selisih dekat dalam rumah, Guruh akan merengus, kemudian langgar bahu atau buat benda remeh temeh untuk sakitkan hati Mangga. Mangga pun balaslah. Sebab moto hidup Mangga. “Aku takkan kacau orang kalau orang tak kacau aku”.

Perkara ni makin menjadi-jadi bila satu peristiwa yang menambah minyak ke atas api pergaduhan kami. Mangga selalu habiskan 24 jam masa dalam bilik sebab online class. Buzy settle assignment berlambak. Tapi tengah-tengah buat kerja, terbau aroma dahsyat.

Betul-betul di luar pintu bilik Mangga, ada tahi kucing. Depan bilik Mangga, adalah bilik Dora. Bilik kami berjiran. Kami memang ada banyak kucing. Dalam 12 ekor.

Tapi, kucing-kucing yang selalu tidur dalam bilik Mangga dan Dora memang kucing yang pandai berak di luar rumah.

(Kami rumah kampung, bukan taman). Mangga pun bersihkan najis tu. Kemudian, beberapa hari kemudian, ada najis lagi di tempat yang sama. Dan Mangga pun bersihkan dua tiga kali sebab bau najis tu betul-betul menganggu fokus nak buat kerja.

Suatu hari, Dora nampak Lily, salah satu kucing yang kedua-dua matanya buta. Lily ni kucing kesayangan Guruh. Bila ada kesayangan ni, seolah2 tuan kucing memang kena bertanggungjawablah. Contohnya, kalau Mangga ada kucing kesayangan nama Jelly.

Kalau Jelly berak, Mangga lah yang bersihkan. Dora nampak Lily dekat area luar bilik kami. Malamnya, ada lagi najis di spot yang sama. Maka, Mangga dan Dora memang syak Lily yang berak. Dora pun suruh lah Guruh bersihkan najis. Guruh pun bersihkan.

Beberapa hari kemudian, Mangga nampak Lily berlegar-legar lagi depan bilik. Kemudian, tak lama lepas tu, ada lagi najis di spot yang sama. Dora tanya, Mangga ada nampak Lily ke lalu depan bilik. Mangga cakaplah, ada.

Kemudian, Guruh bising. Guruh kata, dia baru je nampak Lily masuk rumah dari luar rumah. Sejak bila dia lalu depan bilik. Cara Guruh seolah-olah nak mengatakan yang Mangga ni macam menipu.

Mangga pun marahlah, Mangga ni bukannya penipu. Kemudian, Mangga kata kalau tak reti bela kucing, janganlah bela. Sebab Lily tak berak depan bilik Guruh lah, Guruh tak kisah sebab tak bau najis.

Masalahnya, Mangga yang bau. Dahlah stress dengan assignment, tambah pakej bau najis. Kami perang mulut.

Inilah klimaksnya. Guruh datang ke arah Mangga dengan tujuan mencederakan Mangga. Mangga pun tendanglah Guruh untuk pertahakan diri. Kemudian, bertumbuk. Tarik-tarik rambut.

Abah terus datang ke arah kami. Kemudian, Abah peluk Mangga sebab Mangga yang nampak lagi kuat.

Kemudian, tangan Mangga dah terkunci sebab Abah dah peluk. Guruh ambil kesempatan dengan tangan sebelah tarik rambut Mangga, dan tangan dia yang lagi sebelah kaut najis kucing tu kemudian LUMUR DEKAT MULUT MANGGA !!!!

Peristiwa ni yang buat Mangga tak boleh move on sampai sekarang. In fact, kalau Mangga terkenangkan, Mangga confirm menangis.

Sekarang ni pun Mangga menangis sambil taip. Sebab sedih sangat. Apa yang Guruh buat sebagai seorang kakak, seolah-olah macam Mangga ni binatang. Hina sangat-sangat.

Mangga tak kisah kalau dia lempang ke, tampar ke, tapi apabila melumurkan najis, ini adalah satu perbuatan yang sangat melampau.

Perkara yang menyedihkan ialah apabila Abah tak marah pun perbuatan Guruh. Abah cuma kuatkan suara dan bagi arahan, “Masing-masing diam dan masuk bilik sekarang!!!” Abah sedikit pun tak marah perbuatan melampau Guruh.

Dora terkejut dan marah dengan tindakan Guruh dan kata,”Sampai hati kau buat macam tu kat adik kau. Tu najis kau tau tak”. Dora pun suruh Mangga pergi ke bilik air untuk bersihkan muka.

Mangga nangis-nangis sambil bersihkan muka. Mesti tertanya-tanya, mana ibu kan? Ibu dah takda. Ibu dah meninggal dua tahun lepas. Demi Allah, kalau ibu masih hidup, mesti ibu marah apa yang Guruh buat sebab melampau sangat-sangat.

Sejak hari tu, kami tak bertegur sapa sehinggalah sekarang. Dari puasa hingga ke raya Haji. Lama, bukan? Guruh tak pernah langsung minta maaf.

Guruh ni sejenis yang sangat-sangat menggila bila marah. Sebelum ni kalau gaduh, dia pernah baling helmet dekat Mangga. Panas baran dia tu tak boleh bincang walaupun bab ibadah dia tiptop. Solat lima waktu on time. Mengaji tak tinggal.

Lagi satu, bila dengan kawan2, baik sangat sangat. Walaupun perangai kawan dia toksik, dia tak berani nak marah atau luah kepada kawan dia. Dia seorang yang penakut bila dalam persahabatan. Tapi bila dengan adik sendiri, perangai ‘panas baran’ dia menjadi-jadi.

Dalam tempoh pergaduhan, banyak benda remeh temeh yang Guruh suka cari pasal.

Contoh, sewaktu nak hari Raya Aidilfitri, Mangga menganyam ketupat seorang diri. Kemudian, tugas Guruh untuk masukkan beras. Waktu ingin mengambil bakul ketupat yang dah dianyam tu, Guruh hentak2. Padahal esok nak raya, tapi masih cuba cari pasal.

Sedangkan, umur dah 28 tahun :’) Sejak bergaduh tu, Mangga buat haluan sendiri. Mangga dah tak tolong Guruh kemas rumah. Mangga basuh baju sendiri, dah tak basuh baju family. Mangga cuci pinggan sendiri, dah tak basuh pinggan orang lain dekat singki.

Sampaikan Abah marah sebab Mangga duduk dalam bilik je, tak tolong kemas rumah. Macam mana nak tolong, sedangkan setiap kali nampak Guruh, Mangga teringat kesalahan dia?

Tapi dalam gaduh-gaduh ni, Mangga takdelah firaun sangat dengan Guruh. Pernah je Guruh takda dekat rumah, tapi baju-baju dia berjemur dekat ampai.

Kalau hujan ataupun dia keluar rumah balik malam, Mangga tolong kutipkan walaupun itu semua baju dia, Mangga yakin 100% kalau baju Mangga yang dekat ampai, datanglah ribut taufan sekalipun, Guruh takkan tolong ambilkan.

Lagi satu, baru-baru ni, cikgu Mangga ada whatsapp Mangga. Cikgu tanya availability Guruh, nak ke jadi guru ganti di Tingkatan Enam. Cikgu memang rapat dengan Mangga dan juga merupakan bekas cikgu Guruh. Mangga katalah, Guruh cuma kerja part time.

Kemudian, Mangga screenshot whatsap tu dan forward dekat Dora untuk hantar dekat Guruh.

Maksudnya, Mangga masih tolong Guruh walaupun kami tengah gaduh, tapi Guruh tetap tak pernah mengalah dan masih kadang-kadang cari pasal hal remeh temeh (seperti hentak-hentak dan merengus).

Pernah satu hari tu, Mangga masak walaupun Guruh dah sediakan lauk makan malam. Abah tegur Mangga dekat dapur, kenapa masak lagi. Mangga pun kata,

“Orang dah tak kawan dengan Guruh. Buat apa nak makan apa dia masak lepas dia dah letak taik kat mulut orang.”

Lepastu, Abah balas. “Janganlah gaduh. Dia tu kakak kau. Waktu kau kecik-kecik, dia tolong jaga kau.”

Lepastu Mangga pun dengan suara kecewa balas balik. “Abah, kalau Pakcik lumur tahi dekat mulut abah, abah nak maafkan pakcik, tak?” Abah terus diam seribu bahasa.

Yaaa. Mungkin akan ada ramai yang kata, maafkan jela. Memaafkan satu perbuatan yang suci. Tapi, macam mana Mangga nak maafkan, bila teringat je, Mangga autom4tik nangis.

Okay, ni kali kedua Mangga nangis sebab teringat benda yang sama. So, kalau dah tak boleh maafkan, buat jelah macam biasakan?

No. Susah. Bila tak bertegur sapa bila dalam satu rumah, Mangga rasa berdosa. Mangga takut dosa putuskan silaturahim dengan akak sendiri. Mangga takut dosa tak bertegur sapa lebih berhari-hari. Takut sangat. Sebab ini adalah antara dosa besar dan berkait dengan keredhaan Allah.

Tapi peristiwa tu sangat menyedihkan hati Mangga. Mangga takut tapi tak kuat untuk memaafkan. Mangga jahat. Kadang-kadang, Mangga doakan supaya Allah balas dengan setimpal apa yang Guruh pernah buat tiap kali lepas solat. Tapi doa tak diperkenan. Sebab doa tak baik.

Apa patut Mangga buat?

– Mangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *