Assalamualaikum admin, terima kasih kerana menyiarkan artikel saya. Saya merasakan medium page ini, pengomen lagi mesra alam berbanding medium page lain. Terlebih dahulu saya kenalkan diri saya A, saya berumur 27 tahun dn sudah berkahwin selama 2 tahun. Suami saya berumur 29 tahun. Alhamdulillah perkahwinan kami tiada masalah, tipulah kalau saya katakan tidak pernah bergaduh. Isteri ada juga bertelikah tapi tak lama sebab kami masing2 sudah tahu tanggungjawab masing2..
Masalah yg saya hendak ceritakan dia sini berkenaan adik saya sendri. ok saya singkatkan disini, saya mempunyai 3 adik beradik, saya anak yg tengah. saudara yg sulung adalah abang saya berumur 30 tahun dan yg bawah saya adalah adik perempuan saya berumur 20 tahun. kami sudah kehilangan ibu dan bapa sejak kecik. sejak kehilangan org tua, abg saya yg mengambil alih tugas mak ayah utk menjaga kami, besar pengorbanan abg saya. dan utk pengetahuan semua hanya saya yg sudah berkahwin. abg dn adik saya masing2 belum berkahwin dan sudah bekerja. Ok, masalahnya bermula di sini …
Sedari awal perkahwinan saya, saya tinggal bersama suami di rumah berasingan dari mertua mahupun keluarga saya, dan rumah saya terletak berdekatan dgan tempat kerja adik saya. permulaannya suami dn saya bersetuju utk mempelawa adik saya utk tinggal dgan kami kerana kasihan bagi akan adik saya utk berulang alik jauh dari rumah dikampung ke tempat kerjanya di pekan. dgan syarat apabil adik saya kerja shift malam shaja, jikalau shift siang adik saya kena balik ke rumah kampung. ini kerana, kami kasihan akan adik saya yg kena pandu motosikal ditengah malam utk pulang ke rumah kampung. tambahan lagi adik saya adalah perempuan, dan kami hanya prihatin. jarak rumah kampung ke pekan tidaklah jauh hanya mengambil masa 30 mnit utk motosikal dan 20 minit utk kereta …
Utk permulaan proses adik saya menumpang sementara di rumah apabil shift malam berjalan dgan lancar. lama kelamaan adik saya menjadi semakin jarang balik ke rumah kampung, dengan alasan letih bekerja malam. permulaan tu bgi saya okaylah sebab saya ada peneman jika suami saya bekerja balik lewat. ini kerana saya suri rumah dan bosan tiada peneman dirumah. cumanya saya berkata kepada adik saya, balik tgok juga keadaan rumah kampung walaupon sebulan 2 kali. balik bersihkan apa yg patut dirumah, korg faham saje lah kalau abg yg tinggal di rumah kampung sorg2, bkannya nk kemas sngat rumah. ok adik saya bersetuju mulanya …
Lagipon pula, rumah yg saya duduki sekarang bersama suami lagi selesa kemudahan berbanding rumah kampung. mngkin itu salah satu sebab adik saya lagi suka tinggal dengan saya. dan utk pengetahuan semua, abg saya kurang bersetuju dgan keputusan saya dan suami mengajak adik saya tinggal sekali dgan kami. ini kerana abg saya tahu mcam mna perangai adik saya. tetapi saya berkeras mengatakan tiada masalah dan lagipon pula saya tinggal dirumah dn tidak bekerja, mesti tiada apa2 yg berlaku. dan utk permulaan semuanya berjalan lancar ….
Lama kelamaan adik saya semakin menunjuk belangnya, utk pengetahuan adik saya seorg yg mudah memberontak dan dia perangai seperti budak2 sedikit walaupun sudah berumur 20 tahun. tidak dinafikan saya bnyak kali hilang sabar dgan perangai dia, apabila saya hendak menegur dia berkenaan masalah apa2, saya kena tegur dgan masa yg sesuai. jika tidak, dia akan menangis dan memberontak. walaupon jika saya menegur dia jika dalam keadaan nada yg lembut. dia tetap menangis dan tidak boleh terima kenyataan …
Proses perkahwinan saya dn suami berjalan lancar, jika saya ada berselisih faham dgan suami saya akn bincangkan di dalam bilik. ini kerana adik saya tinggal sekali, dan saya x mahu dia tahu akan hal ini. kadang2 dia akn perasan perubahan ketara kami suami isteri jika bergaduh. tapi saya x pernah ceritakan hal rumah tangga kami kepadanya. saya cuma bereksi seperti biasa …
Mertua saya sangat rapat dengan adik saya dan mengganggap seperti anak sendri juga. dan hubungan saya dgan mertua dan ipar duai sangat baik …
Baru baru ini saya berselisih faham agak lama dgan suami, dan saya perlukan ruang utk kami selesaikan masalah kami di rumah. dan MASALAH nya bermula di sini,saya menyuruh adik saya pulang sementara ke rumah kampung selama beberapa hari utk kami suami isteri muhasabah kesilapan masing2. dan adik saya menangis tidak mahu balik ke rumah kampung dan menyatakan akan tidur di rumah mertua saya. saya dalam keadaan stress dgan masalah sendri dan kemudian adik saya pula cakap akn tidur di rumah mertua, terus saya rasa lagi marah dengan adik saya. kenapa perlu tidur di rumah mak mertua saya?perlukah mertua saya tahu masalah rumah tangga saya yg menyebabkan adik saya kena keluar rumah sementara ?mertua saya itu siapa dngan kamu? ini adalah soalan yg saya tanya akn adik saya …
Dan dia hnya menjawab, susah nak berulang alik dari rumah kampung ke tempat kerja kerana jauh. dan saya mengatakan dulu dia boleh saje berulang alik dari rumah kampung ke tempat kerja pabila saya belum berkahwin, kenapa sekarang bangkitkan isu jarak jauh pula ? dia hnya diam dn berkeras utk tinggal di rumah mertua saya juga utk sementara… dan saya merasakan sangat marah, dan saya terus sruh adik saya pulang selamanya kerumah kampung dan hal ini saya akn beritahu abg saya jika adik saya tetap hendak pergi ke rumah mertua saya. malam itu adik saya keluar rumah saya dan menumpang tidur semalam sahaja dirumah mertua saya dan memberitahu abg saya dia akn pulang ke rumah kampung pada keesokkan harinya …
Terkilannya saya, adik saya menceritakan hal yg terjadi di rumah saya sepanjang apa yg berlaku kepada semua ipar dan mertua saya. saya merasakan sangat sedih dan marah akan perbuatan mulut jahat adik saya. sepatutnya hal yg berlaku dirumah saya adalah hal kita bertiga sahaja antara saya, suami dan adik perempuan saya. tidak perlu org luar rumah tahu akan masalah yg terjadi. adik saya ceritakan semua kepada mertua berkenaan duit bulanan yg saya minta setiap bulan dari adik saya sebnyak RM150 sepanjang dia tinggal di rumah ini. bagi saya jumlah itu adalah munasabah utk segala kos makanan dan kemudahan yg ada dalam rumah saya …
Mungkin bagi pembaca saya tidak patut meminta wang bulanan dari adik saya, tetapi ini saya meringankan beban suami saya. ini berikutan suami saya berpendapatan tidak menentu. dan kos duit bulanan itu termasuk apa yg saya memasak utk tiga org di rumah. bagi saya adalah wajar saya meminta wang bulanan. dan jika kami ingin melancong ke luar, saya akn mengajak adik saya sekali jika dia mahu mengikut. dan segala berbelanjaan kami tanggung dan dia hanya membayar duit tol sahaja dan yg lain2 kos suami saya tanggung termasuklah penginapan. wajarkah adik saya perlu menceritakan apa yg terjadi keada mertua saya ? sedangkan mertua saya adalah ada kaitan dengan saya berikutan saya berkahwin dengan suami saya. dan saya merasakan terkilan sedih dgan kelakuan adik saya …
Sekarang hubungan saya dengan mertua dan ipar tiada masalah, cumanya saya merasakan terkilan di dalam hal ini, saya merasakan kekok kerana semua hal peribadi berkaitan saya dn suami semuanya mertua dan ipar saya tahu berikutan mulut jahat adik saya. sekarang saya hanya ada sumai saya shaja. mujurlah suami saya faham akn situasi yg berlaku ini. suami sudah menjelaskan apa yg terjadi di rumah kepada mertua saya, tetapi keadaan sudah tidak dapat diperbaiki kerana apa mertua tidak perlu tahu berkenaan hal rumah tangga saya sudah diketahui angkara adik saya. saya merasakan sangat2 sedih, dan abang saya masih berpihak kepada saya cumanya abang saya tidak boleh membuat apa lagi kepada adik saya berikutan perangai adik saya sndri yg seperti budak2 dan tidak malu utk menceritakan hal perihal darah daging saudaranya sendri kepada org luar rumah …
Sungguh saya merasa sangat2 sedih dan terkilan, saya tidak pernah bercakap apa2 mengenai perangai adik saya di rumah kami sepanjang dia menumpang disini walhal kepada abg saya sendri. walaupun besar2 benda, sekalipon saya tidak pernah ceritakan kepada sesiapa kecuali suami saya sndri. cukuplah perangai adik saya, saya dan suami sahaja tahu dan saya sndri akn menengur adik saya walaupon saya tahu dia akn memberontak. cuma yg saya paling sedihnya, tergamak dia menceritakan semua yg terjadi di rumah saya kepada mertua dan ipar saya semata2 utk mendapat perhatian mereka semua. sungguh saya sedih dan ralat. berhari2 saya menangis dan memikirkan hal ini. walaupon mertua saya tidak pernah bertanya apa2 kepada saya, tapi saya berasa malu kerana saya tahu apa yg sepatutnya mertua tidak tahu sudah diketahui …
Cukuplah saya mengatakan disini, saya akan jadikan ini pengajaran terbesar dalam hidup saya dan sungguh saya menyesal mengajak adik saya tinggal sekali dengan saya. tetapi apakan terdaya nasi sudah jadi bubur. dan saya berdoa semoga adik saya berubah dan semoga satu masa nnty dia akn faham bagaimana kehidupan rumah tangga dan bagaimana kehidupan dengan semua org setelah berkahwin kelak. cukuplah saya kongsikan di sini utk pengajran semua. cukuplah saya rasa menyesal dan doakan lah utk adik saya faham semua tindakan saya buat itu adalah betul utk menyuruhnya pulang sementara di rumah kampung. walaupon keadaan tidak boleh diperbaiki lagi, cukup lah semoga Allah bgi kesedaran rasa kepada dia suatu masa yg akn tiba nanti …
Sekian, wasalam..
– A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Teruk betul adik awak tu. Kalau saya memang takda kesian2. Dari dulu biar dia ulang alik ke tempat kerja dari kampung ja. Mak saya pesan awal2 kalau dah kahwin, jangan tinggal bersama mertua/ adik beradik/ lain2. hanya suami isteri dan anak2 sahaja.
Sebab kita perlukan privacy juga. Adik awak tak sepatutnya menceritakan hal rumahtangga awak kepada mertua, tapi jika awak tak dapat halang, maafkan saja. Slow talk dengan dia, suruh dia perbetulkan balik kata-katanya. Jika dia berkeras, tak apa, ada kifarahnya.