Assalamualaikum semua. Keluarga aku ada 3 beradik Aku, Adik aku dengan abang aku. Adik aku sekarang tingkatan 5 . Aku pula tak lama lagi akan habis degree dan abang aku dia tengah buat research dekat jepun. Dah setahun dekat sana. Beza umur aku dengan abang aku 2 tahun. Sebenarnya kami sekeluarga risau dengan abang aku ni. Kami 4 orang je keluarga. Ayah dah meninggal waktu adik kami kecik lagi. Kami 3 orang ni perempuan. Abang aku pula sorang lelaki jadi selama ayah meninggal dia lah yang ambik peranan ketua keluarga sebenarnya.
Tapi yang kami risau sebenarnya. Abang aku ni, aku rasa dia ni macam tak sosial sangat. Tak sosial sangat maksud aku dia ni jarang lepak dengan kawan ke apa. Dekat rumah memang jarang bercakap, dan kalau cuti ke apa memang dia dekat rumah je. Dari dulu lagi waktu study pun cuti sem duduk rumah. Tapi abang aku ni dia tak malas. Dia ni paling rajin dalam rumah. Sikit-sikit nanti dia sapu rumah vacuum lah. Kalau pinggan berlambak dekat sinki waktu malam. Esok kalau bangun pagi tengok dah bersih. Dan lagi satu hobi abang aku ni dia suka memasak. Kami adik beradik memang selalu makan masakkan dia. Dia buat cake lah itu lah, kuih ini lah.
Sampai tetamu mak kami datang. Dia lah yang buat air semua. Kadang-kadang tu rasa bersalah juga ialah macam “pergunakan” abg sendiri. Kadang tu baju ke pinggan saja je aku tangguh basuh. Dalam hati “ah nanti abg basuhkan lah tu.” Tapi itulah tak pernah dengar abang aku ni merungut. Bab solat tu jangan cakap lah, kalau dekat rumah azan je dia ajak pergi masjid. Masjid pun dekat je. Yang aku risau sebenarnya itulah, abang aku ni dia tak ada kawan ke macam mana. Haritu aku tanya dia asa girlfriend ke tak. Dia gelak je.
Waktu raya aku selalu ajak kawan aku datang mak aku selalu buat rumaht terbuka. Tapi abang aku tak pernah bawa kawan dia! Facebook dia aku add dia tak approve! Geram je. Jadi aku macam musykil, macam mana abang aku ni dia dekat U. Komunikasi dia, kawan-kawan dia. Housemate dia! Sebab dia jarang bercerita dengan kami.
Waktu convo, lepas bergambar dia setakat angkat-angkat tangan jumpa kawan dia. Lepastu kita orang balik. Mak cakap nak bergambar dengan kawan pergi lah boleh tunggu. Dia cakap tak apa. Bergambar ni bila-bila boleh. Aku dalam hati dah ” bangggg itu gambar convo bukan ambik setahun sekali ” ada sekali aku selinap masuk bilik dia ushar telefon dia. Nasib abg aku ni fon dia tak pernah pakai lock. Jadi aku check whatsapp semua group dia mute. Lepastu bukan setakat group. Individual punya number pun dia mute semua. Lepastu aku tengok eh ada ramai makwe whatsapp dia. Tapi bila baca chat dia eh macam nak taknak dia balas. Bila check gambar diorang not bad kot comel dan lawa je.
Sampai sekarang aku tak tahu kenapa abang aku ni dia macam kurang “sosial” aku bukan apa. Nak tahulah juga abang aku ni macam mana dekat luar. Dekat rumah dia ni memang funny. Lepas dia dah habis study tu, dia terus ambik satu programme dan terus fly ke jepun. Aku harap abang aku dekat sana nanti dia boleh lah berkawan. Mana lah tahu jumpa girlfriend jepun ke. Hahaha. Jadi ada tak yang ada adik beradik masalah macam ni? Kalau ada bagi lah tips nak selongkar semuanya. Terima kasih
– Ila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit