Adik Yang Struggle

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai 6 orang adik beradik (4 lelaki, 2 perempuan). Beza umur aku dengan abang atas aku lebih kurang 8 tahun. Kami kerap berselisih faham. Tetapi sebab aku malas nak panjang-panjangkan perselisihan itu, aku lupakan dan senyapkan sahaja.

Ya lah, nama pun adik beradik. Semua adik beradik aku boleh dikatakan berjaya. Cuma yang perempuan kurang sedikit. Rezeki aku pun banyak ke kampung semula. Ya lah. Tamat je belajar aku pulang semula ke kampung. Lepas tu dapat kerja pun dkt kampung. Kerja pun biasa-biasa je, admin kilang.

Mungkin luahan ni tak berat pun, maybe sebab peralihan usia yang hampir jejak ke 30 an. Jadi diri banyak soft. Ceritanya macam ni, hati aku mula terasa bila abang atas aku kahwin dengan orang yang pernah menyakitkan hati aku.

Demi kebahagian dia, aku biarkan sahaja. Sedangkan mak tahu yang aku down gila dengan keputusan abang aku. Sikit pun mak tak cerita dengan abang-abang lain. Berbulan-bulan aku nak pulih dari perasaan down tu, tanpa sesiapa dalam keluarga aku tahu yang aku struggle masa tu.

Aku layan abang aku seperti biasa tapi bukan wife dia, sorry lah. Aku rasa walaupun aku berlakon seperti biasa, should be abang-abang lain perasan lah. Sebab aku sikit pun tak cakap denagn perempuan tu dan aku tak pernah nak duduk sekali dengan dia, dan sikit pun aku tak nak jejak kaki kat rumah dia.

Tapi sebaliknya, abang- abang aku ignore kan perasaan aku. Aku berjuang dalam hati wei. And lepas beberapa bulan aku struggle, aku berjaya lupakan apa perempuan tu buat tapi still bisu untuk aku bercakap.

Lepas phase terasa dengan abang aku tu, aku mula struggle tertekan dengan kerja aku dan staff tempat kerja aku. Actually, malas tempat kerja ni buka baru, lama dah. Lebih lagi, bila aku punya CEO pernah cakap “Awak ingat ini kilang bapak awak ke.” sedangkan masa tu aku tengah struggle untuk reda atas pemergian arwah Abah.

Dan yang lagi aku sedih bila kesalahan itu bukan dari aku tapi dari partner aku. Tapi disebabkan aku punya position dalam company adalah orang yang paling CEO benci. Jadi aku adalah sasaran utama.

Kalau bukan kerana wang sudah lama aku belah. Jadi aku share ngan Mak benda-benda ni, seperti biasalah. Mak pendengar terbaik tapi dia bukan penasihat yang terbaik. Hanya Arwah Abah sahaja penasihat yang best ever!

Tapi aku still berjuang untuk selesaikan sendiri masalah tanpa campur tangan abang-abang dan kakak aku. Once sampai kemuncak aku simpan hal kerja aku, aku dah tak larat dengan tekanan itu.

So aku decide nak berhenti, tapi aku story dulu dengan abang-abang aku. Tapi apa yang aku dapat, tak ada apa-apa. Cuma sorang abang tu dia adalah bagi suggestion kerja kosong. Yang kakak pula selalu perli aku, suruh berhenti tak mau. Suruh kerja kilang jek tak nak. Memilih kerja lah kau ni dik.

Tapi aku bukan tak nak kerja kilang. Sedangkan sekarang ni kau pun buat kerja-kerja operator kilang walaupun aku admin. Cuma aku tersepit. Tersepit bila abang-abang perli atau perlekehkan pekerjaan aku nanti.

Dan kadang2 aku terpaksa dengar celoteh mak yang tak suka aku kerja malam atau hujung minggu. Selain itu, mak cakap anak-anak perempuan mak semua tak berjaya. Kadang – kadang tu macam hampa bila mak sendiri tak pandang setiap usaha aku.

Benda yang menyakitkan lagi bila kau beli barang atas titik usaha kau, mak kau perkecilkan dan mempersoalkan duit kau. Macam sia-sia jek aku tahan perangai CEO atau staff tapi bila ada rezeki aku nak reward diri tapi mak mempersoalkan.

Ada haritu aku nekad tak mau cakap dengan sesiapa pun. Aku senyap dan menangis sekuat-kuat hati tanpa suara. Dan masa tu juga aku cuba utk larikan diri dari kampung, dengan try keluar dari kampung. And korang tau tak.

Last aku pusing semula, dan kembali kepada tanggungjawab sebagai anak dan aku struggle cakap pada diri sendiri. Yang rezeki tu ada tapi lambat, so setiap perasaan yang terpendam tu kau simpan jek dulu. Kadang-kadang aku just cakap memang resam anak yang sebumbung dengan parents yang berusia akan nampak -ve jek.

Tapi kan, bila kita struggle fight dengan semua ni without sharing with others. Kau sebenarnya akan sampai tahap penat tau. Penat seperti kadang-kadang tu rasa nak lenyap jek. Tapi bila kau kembali pada Allah, kau cuba berusaha untuk lupakan semua itu.

Pokok pangkalnya, sebenarnya aku nak salah seorang dari abang aku replace abah, boleh jadi pendengar dan penasihat terbaik and best ever! Sekian.

– Kin-tan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *