Adik Yang Tak Berguna

Assalamualaikum IIUM Confession, nama gelaran saya Mira (semestinya bukan nama sebenar), saya akhir 20an, mempunyai suami dan anak2 yang comel.

Saya nak meluahkan dan ingin kata-kata semangat untuk diri saya dari masyarakat sekeliling.

Saya seorang adik, anak, isteri dan ibu yang sangat diharapkan sehari hari (bukan HARAPAN tapi DIHARAPKAN), sampai kadang-kadang saya ketepikan perasaan sendiri hanya untuk menjaga perasaan orang lain.

Saya bukanlah manusia baik, saya juga mempunyai silap dan masa silam yang tak elok. Malah manusia boleh berubah bila-bila sahaja.

Baiklah saya straight to the point.

Saya menjaga ibu yang seorang warga emas dan kesihatan yang tak berapa elok.

Ibu masih boleh berjalan, makan, tidur seperti biasa cuma memori dia lost, kadang kala dia tampak normal, kadang kala dia ada perangai tersendiri.

Dan saya juga perlu menjaga anak-anak saya yang makin membesar dan perlukan perhatian seorang ibu, begitu juga suami, saya harus jaga juga hati dan perasaan suami saya.

Tapi masalah saya sekarang dengan manusia-manusia suci disekeliling saya.

Pada mula ibu saya sakit, bukan saya boleh ubah cara penjagaan saya 100%, saya ubah secara perlahan dan ia makan masa bagi saya sebab ibu saya sebelum tu sihat dan sakit secara tiba-tiba.

Dan sedara mara, makcik pakcik, malah berkata tak elok tentang saya, katanya ibu saya nampak kelaparan, nampak kehausan, saya seorang anak sanggup ke tengok ibu saya tak makan?

Tapi yang pelik tak terus cakap dekat saya malah contact adik beradik saya yang lain untuk mengadu. Dan adik beradik pun terus hamun, marah, dan ungkit segala benda.

Dan baru-baru ni ibu saya keluar pergi ke jalan besar, jiran nampak contact adik beradik saya dimedia social, dan sekali lagi saya dihamun, dimarah.

Jiran tak ada pun datang rumah bagitahu saya atau tolong hantar balik tapi contact adik beradik saya yang lain untuk mengadu ibarat saya tak menjaga ibu saya.

Saya bukan nak mengungkit tapi dari saya menjaga dengan ikhlas jadi terpaksa.

Adik beradik langsung tak fikir perasaan saya, saya tak ada masa untuk keluarga kecil saya. Susah untuk berjalan, pergi rumah mertua paling lama 2jam sebab fikirkan ibu sorang-sorang.

Adik beradik bukan berterima kasih malah memarah saya bila saya buat silap sikit. Dan bukan saya sorang dirumah ada adik beradik lain yang bujang tapi saya sorang kena marah.

Kenapa marah saya? Sebab tiap minggu bagi saya duit, duit bukan saya enjoy sedangkan keluar kejap pun otak tak tentu fikirkan ibu sebab nak bawa ibu keluar memang susah sebab dia kurang sihat.

Duit bagi, saya yang kena restock lauk pauk. Selalu ingatkan saya bagi makanan yang berkhasiat, dan saya cuba.

Ibu makan nasi kurang dia suka ratah2 ayam, tenghari masak separuh ayam habis sekejap, takkan saya nak marah sedangkan dia ada selera untuk makan.

Tapi adik beradik langsung tak faham saya. Mereka rasa duit yang dibagi saya guna untuk diri saya. Itu tak kira buah-buah, sayuran yang berkhasiat.

Bila saya mengadu atau bercerita saya balik kena marah sebab salah saya, tapi bila saya telan sendiri orang lain mengadu saya juga disalahkan dan dimarah. Saya sedih sangat, terus macam ni.

Kadang saya cakap dekat suami suruh bawa saya pindah biar adik beradik lain fikir cara jaga ibu tapi suami tak sampai hati.

Tapi adik beradik pun tak berhati perut. Sebab dah melabur duit boleh melayan adik beradik sendiri macam bambu.

Kadang saya fikir saya tak ada sesiapa, bila saya bercerita sikit masalah saya terus jadi cerita hangat dikalangan keluarga dan saudara, sebab mereka manusia suci, saya manusia keji.

Saya kerap dihamun, dimarah, dihina, saya telan je tapi tak tahu sampai bila saya boleh tahan.

Saya bukan jaga dengan adik beradik secara bergilir, saya jaga sorang2, sentiasa kena ada dekat rumah, tak boleh bercuti walaupun sehari.

Susah bila tak ada nama, tak ada pangkat, tak ada harta, selalu dipandang serong dengan orang keliling.

Saya harap ada kawan kawan yang boleh memberi kata kata semangat atau memberi saya pendapat sikit. Terima kasih.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *