Assalamualaikum. Pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih kerana sudi menerima dan menyiarkan luahan ini.
Terima kasih juga yang sudi membaca dan memberi nasihat kepadaku. Mungkin dapat dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua.
Aku tiada niat untuk membuka aib, kerana aku tidak mendedahkan identiti diri, dan kita tidak kenal each other.
Tulisan ini berkisahkan tentang sikap kakak yang EGO, KERAS KEPALA, KERAS HATI, PENTINGKAN DIRI SENDIRI.
Aku ceritkan serba ringkas mengenai diri ini. Aku adik, sudah berkahwin, dan emak ayah tinggal sekali dengan kami.
Aku mempunyai seorang kakak. Kakak sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sikap kakak aku sangat menjengkelkan, ego, keras kepala, penting diri, dan pemalas.
Sikapnya membebankan aku dan ibu bapa. Walaupun sudah berkahwin tetapi masih bergantung harap pada ibu bapa dan masih meminta duit dari ayah. Sedangkan dia sudah di bawah tanggungjawab suami.
Dia mengalami masalah rumah tangga. Setiap kali ada masalah dengan suami, dia akan pulang ke rumah kami. Bukan sehari dua tetapi BERBULAN BULAN.
Dia tidak hormat aku dan suamiku sebagai tuan rumah. Perkara ini kerap kali terjadi sehinggakan aku tertekan dengan sikap kakak.
Masalah rumah tangga itu kakak aku sendiri ciptakan. Suaminya pun turut tertekan dengan sikap kakak aku.
Aku, suamiku, emak ayah cuba untuk membantu kakak aku. Tetapi hampa kerana kakak aku degil, keras kepala, tidak boleh menerima nasihat dan tidak mahu mengubah diri.
Tetap junjung Ego dia sehingga makan diri. Akhirnya menyusahkan orang lain. Dia juga dengki dengan aku contohnya dengki apabila aku memiliki barang mahal.
Dia juga tidak suka apabila anaknya rapat denganku. Sedangkan aku yang banyak tolong dia ketika dia melahirkan anak. Tidak mengapa, aku okey aku pendam sahaja.
Tiba satu masa itu kakak aku meminta ayah untuk membina Rumah untuk dia. Kerana dia mahu pulang menetap di kampung bersama anaknya.
Ayah yang sudah berusia, tiada pendapatan tetap, hanya kerja petani (bendang). Ayah turutkan permintaan kakak dan membina rumah itu.
Suatu hari ayah merungut kepadaku duit simpanan sudah habis. Aku kesian kepada ayah. Aku geram dengan kakak aku yang membebankan ayah.
Aku rasakan sikap ayah tidak adil kerana aku dan suami berusaha untuk rumahku ini. Sedangkan kakak aku ambil mudah dengan hanya meminta sebuah rumah dari ayah yang sudah tua.
Aku sangat terkilan, kecewa, dan tawar hati dengan sikap dia.
Aku jaga emak ayah dan aku sediakan semua keperluan untuk emak ayah. Mereka sakit aku bawa ke hospital.
Aku tahu tanggungjawab sebagai seorang anak. Aku tidak mahu bebankan mak ayah. Aku cuma mahu mereka hidup gembira dan jalani hidup mereka yang semakin berusia.
Tetapi kenapa kakak aku sanggup bebankan mereka? Sebab itu apabila kakak aku menyusahkan mak ayah aku jadi geram dan marah.
Aku selalu kecil hati dengan mak ayah yang selalu lebihkan kakak aku. Tetapi aku tiada hak untuk terasa hati kerana mereka ibu bapa.
Aku hanya mampu berdoa dan pendam sahaja. Kerap kali aku menangis dengan sikap kakak dan emak ayah. Di mana hati perut kakak aku?
Adakah dia akan berubah? Beribu kali nasihat sudah diberikan tapi tetap tidak berubah. Aku sudah putus asa, tawar hati dan akhir sekali aku redha.
Assalamualaikum.
– Aira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit