Adikku Depression

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Admin sekiranya post aku ini disiarkan.
Aku berumur 20an, sudah berkahwin dan merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Telah kehilangan ayah ketika berumur 17 tahun. Namun kisah ini bukanlah kisah aku tetapi kisah adik perempuan ku, Y – anak yang ketiga, berumur 15tahun.

Adikku mempunyai sixth sense(mungkin) kerana kerap terlihat benda ghaib dan suara-suara berbisik. Dia mula ada anugerah ni sejak umur 13 tahun secara tiba-tiba. Satu hari ketika dia pulang ke rumah dari sekolah, dia pernah ternampak manusia tidak berkepala berjalan megikutinya dari belakang. Aku tak tahu dari mana nak mula sebab depression dia mungkin berkait dengan sixth sense yang dialaminya.

Tahun ini, ketiga-tiga adikku telah dimasukkan ke asrama. Penghujung bulan Januari, aku terima panggilan dari pihak asrama untuk berjumpa denganku secepat mungkin. Setelah berjumpa, warden tersebuk memaklumkan bahawa adikku tidak hadir ke sekolah. “Kenapa?” Dia kelar tangannya semalam dan telah dibawa ke klinik pada pagi tadi. Aku agak pelik kenapa Y kelar tanganya secara tiba-tiba sedangkan dia tidak mempunyai masalah serius. Kalau masalah terpaksa masuk asrama, agak mustahil kerana dia sendiri excited ketika hari pertama masuk asrama. Warden tidak menelefon ibu ku atas permintaan Y. So aku bawa dia pulang dan berdasarkan conversation kami, dia stress di sekolah kerana apa yang cikgu ajar, dia langsung tak faham. Dan dia kelar hanya “suka-suka”.

Aku juga buat pertama kalinya tahu bahawa Y selalu terlihat lembaga tinggi berwarna hitam, bermata hitam senyuman lebar hingga ke telinga, selalu ikut dia pergi mana-mana. Try cari gif ‘depression’ kat Whatsapp, ada kat situ. Lebih kurang je rupa gif tu dengan apa yang adik aku lukis (ini kemudian aku cerita). Makhluk tu nak bawa adikku yang bongsu, N, lari (means nak hilangkan dia dan tak dijumpai), so Y cuba protect N dengan cara suruh N keluar dari asrama (serius mula-mula aku dengar dia cerita ni rasa macam drama Korea pula, absurd). Y mempunyai patung teddy bear dan makluk tu nak ambik patung tersebut dari dia.

Patung tu patung preloved – dari bundle-bundle. So aku assume mungkin patung tu ada “penjaga”, jadi aku minta Y jangan terlalu kerap bersama patung tu. Korang percaya tak dia meraung tiba-tiba lepas aku cakap tu? Dia kata dia tak boleh hidup tanpa patung tu. Patung tu tempat dia meluahkan perasaan, sedih, marah, gembira. I said, no wonder kawan-kawan kau cakap kau gila, kau bercakap dengan patung. *Ada pelajar yang ejek dia gila sebab pernah ternampak Y bercakap sorang-sorang.* Tapi setelah pujuk, dia tak bawa patung tu ke rumah aku.

Doktor yang merawat adikku selepas dia kelar tangannya memaklumkan bahawa Y mempunyai ciri-ciri depression dan schizophrenia dan suruh aku bawa Y jumpa doktor psikiatrik.

Waktu di tinggal di rumah aku, perangai okay, tiada episode-episode yang menjengkelkan. Dia dengar arahan dan tidak melawan. Cuma dia kerap menyendiri, masuk bilik terlalu awal dan tak pasang lampu, bergelap sedangkan baru jam 7 malam. Bila aku buka pintu, dia cuma duduk sambil tutup mata tapi bukan tidur. Cuma pernah satu kali ketika baru balik dari urusan, dalam jam 11-12 tengah hari, Y takde di rumah tapi nasi tengah masak. Call handphone, off pula. Cari sekitar kawasan rumah, takde. So aku decide call mak cik aku dan ibu. Tapi aku tak tanya direct. Aku tanya bila ambil Y nak hantar pegi asrama?

And berdasarkan jawapan diorang, adik aku tu bukan bersama diorang waktu tu. (Ya allah, pandainya aku berlakon sedangkan aku panik macam nak nangis). So aku keluar dari rumah and cari dia kat bandar. Leganya aku bila nampak dia jalan-jalan dengan beli barang sambil dengar lagu kat earphone. Lega dan nak marah yang amat sebab buat aku panik!! So aq panggil dia dan instead of tanya “KAU PEGI MANA TADI??!”, aku tanya “pegi mana tadi?” sambil senyum. Nak marah, budak tu depress so aku terpaksa bersabar dan kawal suara serta mimik muka.

So since dia asyik terperap di rumah dan risau kalau dia jalan lagi tapi tak inform kitorang, aku decide bawa dia jalan kaki ke bandar, kot-kot mood dia pulih. Sambil kitorang jalan, aku minta dia lukis nenek yang dia nampak mula-mula ketika dia dapat sixth sense. Nenek tu pernah cakap kat dia yang sitxh sense tu hanya anugerah sekejap sahaja sampai dia berumur 18tahun. Selepas 18, anugerah tu akan hilang. So dia cakap okay nanti dia akan lukis. Aku tak sangka pula permintaan aku untuk melukis nenek tu adalah satu jalan untuk dia kerap melukis makhluk hitam tu.

Selepas dia tunjukkan aku gambar nenek tu, dia kerap melukis makluk yang selalu bersama dengan dia. Dan melalui lukisan tu, aku nampak makhluk itu bukan lagi makluk yang menakutkan bagi dia tapi seolah-olah makhluk itu kawan baik, teman rapat, tempat dia meluahkan. Aku tak tahu lukisan itu adakah lukisan untuk dia pujuk diri dia bahawa masih ada orang yang care dan sayang dia, ataupun dia meluahkan tiada seorang pun yang peduli dia melainkan makluk tersebut.

Bersambung…

– T

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *