Assalamualaikum kepada readers dan thanks admin jika publish kan story ni. Thanks admin hidekan profile aku. Sorry kalau ada kekurangan, aku dah lama tidak menulis dan ini 1st time aku nak share dalam iium confession. Di sini, aku nak kongsi kepahitan yang adik aku lalui selama lebih 3 tahun… Maaf kalau ceritanya agak panjang.
Aku ada 5 org adik beradik dan aku ditengah-tengah. Aku ada kakak, abang dan dua org adik perempuan. Aku masih study kat ipta dan adikku yg aku nak cerita berumur 21 tahun. Utk pengetahuan semua, hubungan aku dgn adik aku mmg rapat dan semua benda kitorang share bersama.. Dia seorg yg agak introvert, sbb tu dia kurang mempunyai kawan, tapi bila dgn aku, dia sgt kelakar dan seorang yg bijak dan ada prinsip.. Hubungan aku dgn dia mmg rapat sehingga ramai sedara semua panggil kitorang twin, maybe sbb umur kitorang yg tak jauh beza dan kitorang akan melekat bila ke mana2.
Adik aku dapat result yg agak bagus utk SPMnya dan aku sgt bangga sbb aku tahu dia berusaha utk tidak kecewa mcm result PMR nya. Tetapi sementara tunggu offer, Allah datangkan ujian kepadanya yg membuatkan hidupnya dan hidupku juga turut berhenti.. Adikku mula berjalan dgn slow dan dia cepat letih dan tercungap2.. Aku rasa mcm pelik lah kan, dan aku rasa mungkin sbb dia terlalu penat kot.. Dalam masa 2 minggu, tetibe adik aku byk kali jatuh tandas dan ini membuatkan parents aku risau dan bawa dia pergi hospital.. Bila dicheck, adik aku disyaki ada masalah neurologi yg membuatkan condition dia makin lama makin teruk.. Dan sejak tu Allah ambil kedua kakinya dan sehinggalah dia terlantar sampai ke hari ini..
Aku ingat hanya kakinya sahaja yg Allah ambil, tapi rupanya tangan kanannya langsung x boleh gerak, mulutnya x boleh dibuka, senang crite dari kepala sampai jari kaki x boleh gerak kecuali pergelangan tgn kiri dan dia hanya minum susu sahaja utk teruskan hidup.. Dahulu ketika dia masih sihat, adikku seorg yg kuat makan dan sebabkan dia sakit, beratnya susut dari 80kg sehingga 40++kg sahaja.. Dan dua bulan lepas perutnya ditebuk utk feeding sbb akibat pendarahan hidung (tiub masuk ikut hidung). Ubatnya pulak banyak sehingga dia makan 60 biji vitamin (utk pesakit neuro) setiap hari.. Sejak dia sakit saraf, hidupnya seakan2 terhenti, dan begitu juga hidupku.. Wlpun adik aku terlantar, dia masih boleh berckp dan gelak dgn aku.. Wlpun ada masa kitorang sama2 nangis sbb dia sedih kenapa dia sakit, tapi adik aku x pernah merungut dan itu paling aku bangga terhadapnya.. Aku selalu ckp kat dia ‘Don’t be sad, let me just be your legs adik’. Mujur aku mmg gemuk dan kuat dan aku boleh angkat dia dr kerusi roda ke kereta dan masih boleh bawak dia ambil angin, pusing2 naik kereta.. Itupun adik aku akan cepat letih sbb bagi dia nak duduk pun susah dan terlalu sakit..
Adikku menjadi keutamaanku dr dulu sehingga skrg.. Walaupun aku still study kat Ipta (2 jam dari rumah), setiap minggu aku akan pulang demi adikku.. Aku dan mak aku lah yg tukar pampersnya, bagi susu utk dia, bersihkan dirinya.. Jika aku tiada, adikku yg f3 akan buat sbb aku dah ajar satu persatu.. (Adikku x suka kalau selain dari kami yg bersihkan sbb dia malu termasuk kakak sulungku kerana kami tidak rapat dgn kakak sulungku).
Semua perubatan kampung, alternatif, ustaz2 perubatan Islam, semua dah cuba sepanjang 3 tahun ni selain kitorang berubat hospital.. Adikku pernah 2 bulan kena tahan wad dan waktu tu aku cuti sem selama 3 bulan dan aku yg menjaganya..
Apa yg membuatkan hatiku paling sakit sampai aku tulis confession ni, 2 hari lepas kitorang pergi appointment dr (kami duduk di timur tapi kepakaran utk adikku hanya di Hkl) dan dr cakap kpd parents ku dan aku ‘Please prepare for the worst.’ Adikku mungkin akan mengalami gangguan pernafasan dan dr plan nak tebuk kerongkong nya utk masukkan tiub kpd sokongan bantuan pernafasan.. Aku rasa mcm terlalu sedih bila dr ckp mcm tu, tapi aku curi2 nangis dalam tandas sbb x nak adik aku tgk betapa hancurnya hati aku..
Apa yg aku sampaikan, bersyukur dgn apa yg Allah bagi pada kita.. Dahulu aku seorg yg bercita2 tinggi, too ambitious, but now my definition of happiness is just bila haritu adik aku tak sakit, dan x muntah lepas minum susu, and kitorang enjoy tgk movie kat laptop.. Simple je kegembiraan aku.. Or kalau x tgk movie, kitorang dgr lagu kat Youtube.. And paling penting, hargailah seseorg especially adik beradik kita sbb x tahu bila masa Allah nak turunkan ujian.. Even aku rasa sedih ke apa, aku masih gembira kerana adik aku still boleh berckp dan aku boleh gelak2 and share stories lagi dgn dia.. Aku nak minta semua readers doakan supaya adik aku cepat sembuh dan sentiasa bahagia.. Dan supaya Dr x perlu tebuk kerongkongnya supaya dia masih mempunyai suara utk memanggil nama aku..
– Iron Lady (Hide profileku admin)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit