Adikku Tidak Sukakan Keluarga Sendiri

Aku, Nora (bukan nama sebenar) merupakan anak perempuan dan memiliki kakak2 dan satu-satunya adik lelaki.

Dibesarkan dalam keluarga yang susah sebab ibu bapa dah tak bekerja. Jadi, bergantung harap pada kakak yang bekerja.

Aku dah nak habis belajar, dan duit belajar aku tanggung sendiri sebab ada biasiswa.

Alkisahnya, adik lelaki, Ahmad (bukan nama sebenar) aku ni bertuah. Semua benda ditanggung. Makan, telefon, nak keluar lepak pun minta duit kat ibu. Pendek kata, duit tu asyik meminta je.

Tapi, Ahmad ni tak suka belajar. Ketika kelas, memang dia tak fokus. Kalau kelas online, dia tak masuk. Ujian, periksa? Memang jangan harap nak belajar.

Jadinya, kami kakak-kakak ada masanya melenting sebab dia tak mahu berusaha. Padahal, dia dah nak tamatkan diploma dah.

Kalau di rumah, asyik keluar melepak, balik lewat malam. Bila ditegur, marah. Bila telefon tanya di mana, langsung tak djawab.

Bila nak keluar bersama keluarga, dialah yang akan jadi orang pertama menolak. Dia jarang nak meluangkan masa dengan keluarga. Asyik dengan telefon, game. Bila diajak, jawabnya “Taknaklah.” “malaslah”

Jadi, kami iyakan sahaja. Kami biar. Sebab kami tak mahu paksa.

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, Ahmad mengamuk. Tak mahu sambung belajar lagi.

Kami marah, sebab pembelajarannya ditanggung 100% oleh kakak. Bukannya duit dia sendiri. Beberapa bulan lagi, tamatlah diploma dia. Tapi, dia berkeras, katanya susah.

Padahal, dia sedang praktikal. Praktikal pun susah ke? Belajar dahlah malas, praktikal pun dikatakan susah? Takkan lah dia mahu sia-siakan pengorbanan si kakak selama bertahun-tahun ini?

Di rumah, Ahmad marah kerana rumah sempit dan ramai. Kami adik beradik ramai, dan ada anak-anak buah tinggal. Sebab si kakak tidak bekerja, dan ditinggalkan sang suami. Jadi, rumah ibu bapa menjadi tempat berteduh mereka anak-beranak.

Tapi Ahmad tidak suka. Dia marah kerana rumah itu dipenuhi si kakak dan anak-anak. Dia pernah berkata “Jangan sampai anak-anak dia masuk hospital sebab aku”. Begitu bencinya dia pada keluarga.

Ugutan itu agak membuatkan aku sakit hati. Kenapa dengan adik-beradik dan keluarga sendiri pun nak berkira?

Dia seharusnya memahami hidup susah keluarga. Tapi, sebaliknya, dia mahu privasi. Dia asyik menegur anak-anak saudara aku dengan kasar dengan alasan perangai anak saudara aku teruk.

Kemudian, kami marah dia.

“Kau tegur boleh, kenapa bila kitorang tegur kau, kau tak nak dengar?”

“Kitorang suruh kau solat? Kau tak nak solat. Solat dah lah malas, perangai pun tak elok. Lepas tu kau nak tegur dorang pulak”

Kau bayangkan. Ahmad tak mahu solat. Liat betul, dah beratus kali agaknya kami tegur Ahmad, suruh dia solat. Dia tak mahu dengar. Dia sangatlah bukan Familyman. Tak berapa penyayang.

Bila bergaduh, dikatanya kami “mindset” bodoh. Dicarutnya kami. Sedih aku melihat sikap Ahmad begitu. Sejak akhir-akhir ni, dia tak mahu bertegur sapa dengan keluarga.

Pernah kantoi, dia menggunakan telefon ibu untuk chat dengan girlfriend. Bukan main mesra, dengan gambar selfie, video dan gambar perempuan tu ada di bahagian “Recycle” di telefon. Aku memang mahir “stalk”, jadi aku nampaklah gambar-gambar tu.

Salah Ahmad juga, siapa suruh guna telefon ibu? Telefon sendiri ada, nak juga guna telefon ibu. Bila dengan keluarga, dingin. Dengan girlfriend? Hmmm.. wallahualam.

Kami dah tak mampu menasihati dia. Dia pun berkeras nak keluar dari rumah suatu hari nanti.

Aku kadangkala cemburu melihat lelaki lain yang penyayang dengan keluarga sendiri. Sebab bila aku tengok adik lelaki aku sendiri, aku kecewa.

Dia langsung tak boleh memahami kesusahan keluarga. Selalu mengelak daripada aktiviti keluarga. Solat tak mahu. Belajar tak mahu. Tak prihatin dengan keluarga.

Nak kata kurang kasih sayang, secara jujurnya, hidup dialah paling senang. Tak pernah disuruh buat kerja rumah. Ibubapa aku tak pilih kasih. Mereka layan secara adil.

Doakan Ahmad cepat sedar dan menjadi penyayang. Kalau anda semua ada cadangan, bantulah aku untuk perbetulkan keluarga aku semula.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *