Adil Ke?

Assalamualaikum warga IIUM Confession. Apa yang aku nak cerita kat korang harini adalah pasal kebuntuan yang aku rasa sejak setahun lalu sampai sekarang.

Tujuan aku tulis confession ni sebab aku nak tahu apa pandangan korang tentang situasi yang aku alami sampai sekarang ni.

Aku tak kesah korang nak kecam ke nak gelak ke nak mengata aku ke apa, aku tak kesah. Asalkan aku dapat tahu apa pandangan orang luar tentang keadaan aku. Aku taktahu nak luah kat sape dah.

Aku Maria (bukan nama sebenar). Sekarang aku baru saja sambung degree, first year. Umur 19.

Keluarga aku bukan orang berada. Ayah aku kerja kampung dan mak aku tak kerja. Aku ada adik dan juga abang. Abang² aku semua dah kerja di perantauan.

Apa yang aku nak bagitahu ni berkaitan dengan abang aku (Achik) dan adik bongsu perempuan aku (Adik).

Dalam kalangan abang² aku, Achik boleh dikatakan seorang yang bergaji besar. Since ni luahan aku pasal Achik dan Adik, jadi aku tak ceritakan pasal apa yang abang² aku yang lain buat. Okay?

First of all, aku taktahu kenapa tapi aku rasa macam Achik bersikap tak adil untuk aku yang juga sebagai Adik dia. Achik selalu lebihkan Adik.

Aku bukan dengki ke apa dengan Adik, tapi kadang² aku jadi terasa hati bila dia lebihkan Adik.

Contoh la kan, masa aku sambung study lepas SPM haritu, sikit pon dia tak sumbangkan duit untuk bayar yuran, baju ke apa. Nasib baik aku pernah kerja selepas tamat SPM haritu.

Dapatla bayar yuran pengajian aku guna duit aku sendiri. Aku tak sampai hati nak minta duit kat Ayah aku sebab aku tahu dia memang takde duit masa tu. Setakat duit belanja tu boleh la nak bagi.

Nasib baik la masa tu ada elaun dan aku dapat bantuan dari beberapa agensi. Jadi tak la terbeban sangat Mak Ayah aku.

Mesti korang tertanya² kenapa tak mintak duit kat abang aku (Achik) kan?

Aku memang nak mintak, tapi aku tak sampai hati. Aku tahu dia pon ada komitmen sendiri yang nak kena tanggung, lagi² bila duk di perantauan. Lagi pon aku malas nak bersoal jawab ngan dia.

Ada sekali haritu, aku whatsapp dia waktu pagi sebelum gi kelas sebab nak mintak duit belanja. Dia bluetick ja chat aku. Dua hari lepas tu baru dia balas tanya aku,

“Duit bantuan elaun semua pegi mana? Takkan dah habis. Dah tahu takde duit, janganla boros.”

Then, aku cakap la yang duit tu ada lagi, tapi aku nak simpan untuk bayar buku, alat tulis, kot makmal, jaket kolej apa semua. Duit yang aku nak minta kat dia tu untuk makan minum.

Dia pon bluetick ja aku. Masa tu Allah je tahu apa perasaan aku diabaikan bila mintak duit.

Kalau taknak bagi, cakap je la tak nak bagi. Kalau takde duit, cakap je la takde duit. Tak payah buat aku tertunggu².

Malam tu aku received RM50 dari dia. Aku cakap thanks, then dia suruh aku jimat, biar sampai hujung bulan. Kau rasa? RM50 sebulan? Nak makan apa?

Lepas kejadian tu, memang aku tak mintak dah ngan Achik. Aku tebalkan muka untuk minta dengan Ayah aku.

Aku cakap kat Ayah, kalau ada duit, aku nak RM100 je sebulan. Ayah aku bagi la, memang setiap bulan dia akan masukkan duit.

Mesti korang fikir, kenapa Ayah aku tak suruh abang² aku je bagi duit setiap bulan kat aku kan?

Sebab Ayah dah janji, dia nak tanggung belanja aku bila aku sambung belajar. Aku tak boleh nak halang Ayah aku untuk bagi duit. Kalau aku halang, mana aku nak dapat duit untuk tanggung kos aku kat kolej?

Seba btu aku minta RM100 je sebulan walaupun aku tahu memang tak cukup. Aku tak sampai hati nak minta banyak².

Dengan duit RM100 tu, aku jarang makan nasi. Mostly aku akan beli roti je. Makan waktu pagi sebelum gi kelas. Aku akan makan balik keesokkannya. Kalau lapar, aku minum air je la. Kadang² aku puasa.

Mak aku ada whatsapp, cukup ke duit, kalau tak cukup Mak aku suruh mintak kat Achik. Aku kata je la cukup sebab taknak risaukan dia.

Bila Mak aku tanya Achik ada masukkan duit ke tak, aku cakap ada ja sebab aku nak jaga air muka Achik.

Masa kat kolej, aku survive dengan duit bantuan dan elaun je untuk tamatkan study aku. Outing? Memang sekali pon tak pernah outing macam orang lain. Sebab aku tahu, kalau aku outing, banyak duit habis.

Tapi satu je aku nak bagitahu yang aku tak nafikan yang Achik aku memang ambil berat pasal aku. Selalu call tanya khabar masa aku kat kolej dulu. Tapi kalau bab kewangan, memang out.

Lepas tamat study, aku rasa lega gila sebab tak payah fikir dah pasal kewangan untuk survive kat kolej.

Sometimes, aku rasa macam diketepikan. Apa je yang Adik minta dari Achik, semua dapat walaupun apa yang Adik minta tak mendatangkan faedah.

Apa yang paling aku terasa hati bila Achik balik kampung. Dia bawak Adik sorang ja naik kereta besar dia pegi shopping.

At least tanya la aku kan, aku nak ikut ke tak. Ni langsung tak tanya. Betul² terasa hati.

Sepanjang aku hidup, aku tak pernah keluar dari negeri yang aku tinggal sekarang ni. Tak pernah melancong/ bercuti macam orang lain.

Sekali sekala takkan tak boleh bawak aku sekali pegi mall. Tak dapat beli barang, cuci mata kat mall pon okay dah.

Satu lagi, bila Achik nak bertolak balik ke perantauan, dia bagi duit kat Adik je RM100 buat belanja.

Kau bayangkan la, Adik dapat RM100, aku? Jangankan RM100, RM5 pon tak dapat. Sedih weh. Ye aku tahu dia adik bongsu. Ramai sayang. Tapi aku pon adik dia jugak.

Aku pon nak pakai duit. Bukannya aku kerja lagi. Masatu perempuan sebaya aku semua dah start kemaskan diri. Beli barang keperluan wanita untuk penjagaan diri.

Tapi aku? Macam mana nak beli kalau takde duit? Takkan nak mintak kat Ayah aku pulak kan.

Sebelum aku sambung degree, memang aku tak cari kerja. Sebab Mak aku sakit, aku kena jaga dia.

Sepanjang aku duk rumah jaga Mak aku, Achik ada la call and whatsapp aku tanya perkembangan Mak aku. Sekali sekala dia ada masukkan duit.

Tapi lepas dia send invoice yang dia masukkan duit, dia terus cakap yang duit tu untuk belanja Adik. Kau rasa? Aku memang terasa hati masa tu. Tapi aku redha je la. Tu duit dia. Dia nak bagi kat Adik. Dia ada hak nak bagi kat sape².

Selalu kalau Achik whatsapp aku, dia memang tak bahasakan diri aku sebagai Kakak (nama panggilan aku dalam family).

Contoh la kan. Bila dia whatsapp,

“Bos, ada kat mana” , “Bos, Mak ngan Adik buat apa” dan macam² lagi laa. Panggil “bos” dia panggil aku. Aku rasa macam seolah² kena perli.

Hari demi hari, lepas Mak aku sihat, aku dapat tawaran sambung degree bulan 10. Masa aku dapat surat tawaran tu bulan 6, PKP.

Aku tak nak sambung sebab aku tahu yang bila masuk alam universiti, banyak duit nak kena pakai. Yuran pengajian sampai beribu². Dahla masa tu PKP, takboleh kerja.

Tapi Mak dan Ayah aku pujuk suruh sambung. Sebab tu impian Mak Ayah aku untuk tengok anak dia masuk Uni walaupun sorang (abang² aku yang lain tak sampai menara gading). Aku cakap kat Mak aku, masuk Uni banyak duit kena korban.

Mak aku cakap takpe, nanti kita ikhtiar. Aku ikutkan je laa. Lepas aku terima tawaran tu, aku kena bayar yuran pengajian RM1**8.

Kau bayangkan mana nak cari duit banyak tu. Mak kata la, takpa Achik ada. Nanti Mak Ayah nak suruh Achik bayar. Sebab Ayah aku tak mampu nak bagi banyak tu.

Esoknya, Achik whatsapp aku kata betul ka aku nak duit banyak tu. Aku tunjuk laa bukti yuran yang aku kena bayar tu. Dia pon senyap, tak reply apa dah.

Pastu Mak aku kata la, Achik dah masukkan duit kat aku. Aku pon pelik laa. Takde sampai notification pon yang duit masuk dalam acc aku.

Aku pon iyakan je la kata Mak aku tu sebab Achik pon tak dak kata apa kat aku. Lepas aku hantar bukti yuran tu, seminggu jugak la dia bluetick aku. Last² aku whatsapp dia tanya pasal duit tu sebab tarikh akhir bayar dah nak dekat. Aku tanya la,

“Betulka Mak kata dah masukkan duit dalam bank kakak? Sebab kakak check takde pon duit tu. Tarikh akhir dah nak dekat dah ni”

Achik reply kata tak lagi. Aku memang terkejut laa. Kenapa Mak aku kata Achik dah masukkan. Pastu dia bluetick lagi.

Tiba² sampai email yang aku lulus WPP (Wang Pendahuluan PTPTN). Aku memang tak kata apa dah. Aku terus gi claim kat bank secara cash dan terus bayar yuran pengajian tu. Nasib baik la duit WPP tu cukup² untuk bayar yuran aku.

Beberapa hari lepas tu, aku whatsapp Achik, nak mintak sponsor untuk aku beli barang keperluan untuk ke Uni nanti. RM500 je. Dia kata gaji tak masuk lagi.

Aku kata la, tak apala nanti masuk gaji la. Then dia bluetick. Aku pon chat dia lagi, aku kata, kalau tak boleh nak sponsor, aku nak pinjam duit dia. Nanti dapat duit PTPTN/ Bantuan agensi, aku bayar balik.

Pastu dia pon terus bank in kat aku RM500. Aku pelik dah masa tu, tapi takpelah. Lepas kejadian tu, baru aku tahu yang aku tak boleh mintak duit kat dia. Aku cuma boleh pinjam duit, then bayar balik.

Minggu lepas duit PTPTN untuk semester 1 dah masuk. Achik whatsapp aku tanya bila nak bank in balik duit kat dia. Kau rasa la macam mana perasaan dia tu. Sampai macam tu sekali. Semalam dia bank in RM200, suruh bagi kat Adik.

Sampai sini je lah luahan hati aku. Macam dah panjang sangat huhuhu. Harap korang boleh bagi pandangan/ teguran kat aku yang buntu dengan keadaan sekarang.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

– Maria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *