Adil Ke Untuk Aku?

Jiwa aku tak tenang dengan keadaan dalam rumah. Lepas satu, satu masalah datang selain penyakit. Bermula dari vertigo membawa ke anemia.

Bulan lepas sudah check, tapi tulang belakang pula ada masalah. And then petang Sabtu lepas palpitations pula (jantung debar2). Aku dapat ubat anxiety. Ubat tu juga berlawan dengan ubatan lain aku ambil.

Aku nak hilangkan stress ini tetapi aku tak ada cara sedangkan sudah jenuh aku berfikir. Aku nak keluar dari rumah, aku nak berdikari dengan umur aku macam ini memang aku nak tapi aku ada masalah kesulitan wang.

Kesilapan aku dahulu jugak tak beringat masa depan. Kalaulah aku cari sebuah rumah @ bilik sewa mungkin hal tak menjadi teruk.

Duduk dalam keluarga toksik, ramai orang sarankan menjauh. Now, aku betul-betul terjatuh. Hanya Atas sajalah tempat aku mengadu tetapi aku perlukan bahu juga…

Kerja makan gaji semula bukan mudah dengan aku dah ada penyakit yang setiap tiga bulan kena ambil mc jumpa pakar. Bukan semua MAJIKAN faham!

Alih-alih kena buang kerja lagi macamana semasa aku menjaga arwah mak di wad seminggu lebih cuti tak bergaji. Mc tak jalan. Mana ada mc seminggu. Surat hospital pun sama.

Aku tak tahu bila aku boleh tenang dan gembira macam dahulu. Adik… dia lah punca segala permasalahan ini dek sikap TERLALU BERKIRANYA!!!

Bapa pula hanya tahu MENURUT PERINTAH adik saja. Now dah jadi begini, masing-masing play victim letak semua kesalahan pada bahu aku. Sudahlah aku tak ada back up even sorang pun…

Perkara menjadi bertambah teruk selepas kematian arwah mak aku. Sikap adik makin melampau. Dia dari mak masuk wad pun tidak boleh menerima keadaan yang mak tu dah sakit, tak boleh membantu dia macam sebelum sakit.

Adik dengan aku memang tak ngam. Memang aku bodoh tak cari rumah ketika pendapatan agak lumayan dahulu.

Malah aku juga mungkin bodoh kerana tak cari jodoh. Sekurang-kurangnya ada juga orang nak tengok-tengokkan. Memang jodoh di tangan Tuhan, tapi jika tak berikhtiar.

Bapa, terlalu pilih kasih. Terlalu sayangkan adik. Sanggup bagi duit gaji separuh sebagai alasan duit minyak sedangkan gaji adik paling MAHAL.

Pada aku? Bapa buat sebagai BANK bila duit dia tak cukup. Jadi, salah ke kalau sekarang aku tak bekerja sebab aku nak ‘mereka’ merasa apa yang aku ‘rasa’?!

Tambahan pula aku dah sakit. Vertigo (pening, memusing, tubuh tak seimbang) + Anemia (kurang darah) sesekali panic attack menyerang ingat senang nak hadap?

Hanya mereka yang ada penyakit ni SAJA FAHAM!

Adik + bapa + saudara. INI PUNCA PADA KESAKITAN AKU!

Adil ke untuk AKU?!!!!

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *