Banyak2 keje yang ade malam2 buta ni ini yang aku buat. haha. Xpela sekadar perkongsian. Kalau admin approve Alhamdulillah lah hehe. Saja nak kongsi sikit ilmu pasal kucing-mucing. Mula ingat nak pos kt fb aje tapi saya dahle tak popular. Hopefully kat sini ade yang boleh gain sedikit ilmu berdasarkan pengalaman saya. Saya takde lah expert ke pebende, beginner sesangatla kalo cakap pasal membela kucing-mucing ni.. Cume rasa nak cakap jugak haha. Tajuk hari ni pasal pengambilan (maksud saya adoption) kucing dewasa sebagai family baru hehe. Semakin lama baca mungkin akan makin rasa tajuk ni tak sesuai tapi mohon abaikan lah ye hehe.
Jarang orang yang nak adopt kucing dewasa. Kurang comel, kurang aktif dan kadangkala juga kurang manja. Tapi, kucing dewasa lebih mudah dijaga sebenarnye. Mereka mudah diajar guna tandas kucing dan pandai berdikari. Biasanya kurang masalah kesihatan typical macam selesema, sakit mata dan diarrhea. Memang sesuai untuk orang yang sibuk tetapi mahu ada kawan kecil bila balik rumah. Saya akan buka adoption untuk kucing yang dijaga oleh pensyarah yang bekerja di tmpat saya belajar. Beliau akan pulang ke tanah air..Stay tuned haha.. Oh lupa saya bukan student IIUM huhu.
Jika kucing diambil daripada orang lain, kucing2 ini 100% toilet trained (mengikut cara tuan asal) dan makan mengikut kebiasaan di rumah tuannye yang asal. Biasanya kibble la huhu. Kibble tu biskut kucingla senang kata kepada yang tak biasa dengan term ni. Jika nak ajar tukar makanan boleh guna cara ansur2. Sila gunakan kibble premium ye hehe promot sikit. Usually kucing2 ini sudah dimandulkan, divaksin dan deworm. Jika pemilik asal mempunyai banyak kucing dan anda baru ambil seekor, si kucing akan menghargai anda yang banyak masa dengan mereka. Anda boleh tahu banyak perangai dan sifat mereka daripada tuan asal.
Jika anda ambil kucing jalanan, kucing stray pon kurang masalah. Kucing feral memang sukar sikit diadopt jadi tak dibincangkan di sini. Stray biasanya belum dimandulkan, divaksin dan deworm (jika sudah dimandul biasanya bahagian telinga ada kesan digunting sikit). Sesetengah kucing yang diadopt dari kedai or jalanan mudah menyesuaikan diri kerana kebanyakan dari mereka asalnya juga bertuan. Mereka biasa dengan penggunaan tandas pasir di rumah, makan kibble dan bermanja. Malah jenis ni tidak fussy tentang makanan. Bawa sekali ke klinik (untuk memastikan kesihatan mereka) InsyaAllah lepas tu boleh menjadi fur friend yang baik.
Masalahnya apabila anda adopt kucing yang pernah mengalami trauma. Secara jujur, kucing trauma dengan sejarah silam pada saya paling sukar dijaga. Yelah bukan boleh tanya. Die cakap meow2 ajelah. Tu pon kalo die nk jawab haha. Untuk kucing jenis ini, you have to win their heart back…haha ckp omputih pulak. Kucing jenis ni kadang nampak manja, tetapi jika kita tersilap langkah atau buat sesuatu yang mungkin buruk dalam sejarah silam mereka (manela kite tahu) mereka akan marah mengamuk dan buat perangai. Actually this is more or less my point of posting this as I want to alarm any of you who want to help traumatized cat.
Kucing pertama yang saya adopt, kucing dewasa yang asalnya kurus dan tak berani makan dengan kehadiran kucing lain. Lawan anak kucing pon kalah. Kalau nak bagi makan saya kena tunggu situ, sampai dia habis. Kedua, dia ingin dimanja tetapi masih takut dengan manusia. Kita tak akan tahu sejarah silam kucing jalanan, tak tahu apa yang pernah dialalmi..Dia akan sondol2 mintak dibelai tapi bila salah sentuh, dia akan mula menggigit. Bukan gigit manja, gigit betul2. Banyak kali sampai kadang2 rasa nak buat tak nampak aje. haha keji tak. Tapi saya rasa tak ramai rela nak kurangkan harga hantaran bila bercalar2 jadi biar la saya aje jadi chew toys die haha.
Cara nak gain trust yang paling typical je saya pakai. Saya bagi makan setiap hari. Sampai dia mula gemok dan sihat dan confident sikit. Saya fikir mereka macam kita juga, paling selesa bila ada security, ada orang sayang. Dia semakin gemok dan pandai jaga diri. Dengan perangai suka escort kita jalan dan naik turun tangga. Boleh kata memang comella perangai. Bila dah lama dengan die mengigit pon sangat la kurang. Cuma dia memang tak berapa toilet trained, dan saya teka tuan asalnya ajar membuang di dalam tandas manusia. Tapi saya duduk rumah sewa, tak sesuai la cara tu haha.
Kemudian saya ambil kucing baru. Dia sangat insecure bila ada kucing kedua, In my defense, I kinda “have to” adopt the second cat and he is a blessing as much as my first cat is. But kucing pertama saya ni die mula buat perangai, membuang di dapur, mengamuk2 tak tentu hala. Saya jenis psyco sikit, cakap dengan kucing haha. Saya beritahu dia kucing kedua sakit malah dia pernah lihat kucing kedua semasa sakit. Jadi saya fikir dia faham sedikit sebanyak. Lama juga untuk dia terima kehadiran kucing kedua. Cara saya typical jugak la. Actually kucing tak trauma pon boleh try cara saya. Cara yang saya guna:
1. Jadilah tuan yang adil. Especially bila ambil kucing baru, perlu lebihkan kucing lama sebab dia insecure. Bagi semua kalau boleh sama rata. Kalau beli collar pakaikan dua-dua. Kalau dukung yang kedua, selepas itu dukung yang pertama pula (lebih bagus dukung yang pertama dahulu sebab bau kucing kedua akan tertinggal di badan). Dalam masa yang sama kenalkan kucing kedua dan ajar kucing kedua behave dengan kucing pertama. Penting fixkan beberapa tempat (territory) kucing pertama jangan bagi kucing kedua masuk (sebelum mereka boleh jadi kawan). Puji mereka berdua budak baik selalu. Kata itu doa ok huhu.
2. Adil dalam pemberian makanan. Saya free feed kucing2 saya guna bekas yang sama. Dan cara lebih efektif ialah guna wetfood. Irresistible kate omputih. Pemilik kucing mesti tau haha. Perlahan2 dekatkan mangkuk kedua-dunya hingga mereka boleh makan sebelah2. Cara keji adalah bagi wetfood selang beberapa hari tapi letak makanan sebelah2. Tapi kene monitor okay. Jangan sampai bergaduh. Jika rasa tak boleh, asingkan segera makanan dan esok mula semula. Kucing saya ni sungguh bermaruah (atau ego haha). Tak makan wetfood pon tak apa asal tak makan sebelah2. Punya la mengada haha. Tapi lama2 dia dah ok cuma kadang2 moody.
3. Kenali mood dan kesukaan kucing kita. Saya biasa ambil sedikit masa dengan seekor2. Kadang2 dia marah la, nak gigit la, hissing la, nak mencakar la, moody la bagai haha. Sebab die masih rasa insecure. Dah bertahun saya bela masih tak dapat gain trust die balik. Tapi cuba convince yang dia disayangi macam kucing satu lagi. Bila kucing buat perangai, jangan pukul, paling2 jentik telinga untuk ajar dia. Consistent, jangan guna banyak jenis cara mengajar nanti die kompius atau ingat kita saje2 nak pukul die (dan rasa kurang disayangi). Buat mereka rasa sesecure yang mungkin.
Jika kucing trauma mengigit semasa anda sedang petting your cat, jangan terus lepaskan dan halau jauh2. At least tu bukan cara saya. Saya biasanya peluk jugak buat macam biasa (walaupon tangan dah berdarah ni haha) cakap2 dan usap bagi die selesa. Kucing saya ni akan buat suara tak puas hati gak (haha) tapi bile die dah calm down baru saya lepaskan. Sebenarnya di sini saya just teka je mungkin die dibuang sebab mengigit tuan die yang asal. Mungkin itu memang cara si kucing tunjuk perasaan. Tapi dia buat apa pun layan die sama. Macam saya cakap awal2, gain trust. We might never win their trust back, but at least we did try and we should.
Eh panjangnye. Mesti bosan dah baca haha. Tapi nak sambung jugak lagi sikit hehe. Sebab tu saya kurang percaya nak beri kucing pertama saya yang trauma ni dekat orang. Sebab yang bersabar selepas digigit ni memang tak ramai. Cakap yang mereka penyabar bagai dah biasa saya dengar…tapi yang memang okay tu memang lah tak ramai. Tu tak masuk cakar kat muka bagai. Masa nak mandikan jangan ceritalah haha. Saya tak belajar psikologi kucing (ade ke subjek ni haha) tapi cuba faham nature mereka.
Macam ade rakan saya yang lepaskan kucing yang diselamatkan. Kucing tu terpaksa dibedah dan selepas dibedah kucing tu banyak buat perangai. Saya rasa kucing tu mungkin ingat rasa sakit bedah itu daripada kawan saya, die tak tahu kita hantar dia untuk pembedahan untuk kebaikan die. Kucingkan mane paham huhu. So kite la kene belajar memahami die. Biar die rasa secure. Lama2 die akan okay. Memang kene banyak sabar la huhu. Behaviour yang ni saya belajar (or sesuke hati conclude) dari kucing saya yang kedua huhu.
Tu je lah kot untuk kali ni. Kalau rajin lain kali nak cite si kucing kedua pulak lah haha. Siapa tak suka jangan baca ya. Tolongla jangan kecam saya yang sensitip tak tentu hala ini haha. Oh saya tiada niat nak cakap saya penyabar ke, pandai jaga kucing ke, baik hati ke bagai tapi I hope we can improve for our fur friends. Mane tahu ade yang membantu. Yang paling penting kene banyak bersabar… Chaiyok2!!
– Ica =)
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit