Aduhai Nasib Badan

Asssalamualaikum. Aku Jay, Seorang graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di selatan Semenanjung Malaysia, merupakan graduan Penolong Pegawai Perubatan. Aku rasa banyak dah orang yang mengadu tapi tidak mengapa, aku mengadu lagi sekali di sini.

Aku telah menamatkan pengajian pada Disember 2017. Sepanjang 3 tahun dekat ILKKM tu, cara pembelajaran sangan sangat lain dari universiti. Oh ya, kami ditawarkan ke ILKKM selepas berjaya temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk Latihan Separa Perubatan selama 3 tahun.

Berbalik dengan tajuk, sebenarnya, program aku ini mengalami masalah penjawatan dalam sektor awam, di mana SPA telah mengambil langkah untuk melakukan lantikan jika terdapat kekosongan dalam satu skim penjawatan. Misalnya, aku graduan PPP, jadi jika terdapat kekosongan untuk penjawatan PPP, aku akan dilantik.

Masalahnya di sini, dengan jawatan kosong yang hanya sebanyak 200++ untuk seluruh institusi kesihatan awam di Malaysia, dibandingkan dengan jumlah graduan seramai lebih dari 2000+ (Ini kerana ILKKM yang menawarkan program PPP adalah sebanyak 6 kolej di Malaysia), bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini? Jawapannya adalah dengan lantikan kontrak.

Tahniah kepada Kumpulan Program Penempatan Wajib (PPW20) yang telah dilantik secara kontrak dan bakal melapor diri pada 18/3/19, di mana mereka telah menunggu untuk penempatan selama 1 tahun 9 bulan. Selain itu, masalah ini juga dihadapi oleh graduan lain, terutama graduan Jururawat yang sudah 1 tahun 2 bulan tak diberi penempatan lagi.

Apa yang aku terkilan di sini, sebelum ke ILKKM, aku merupakan seorang siswazah tahun di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris, dan ditawarkan ke ILKKM setelah berjaya ditemuduga. Aku pergi mendaftar ke ILKKM pun kerana ibu bapa sebab nak sangat katanya tengok anak kerja gomen.

Pada semester pertama, aku dikejutkan dengan kelewatan lantikan pada senior senior yang telah tamat latihan. Bermacam macam khabar angin kami dengar, lantikan ikut pointer, ikut sahsiah, dijumudkan pun pernah juga kami dengar. Terasa macam percaturan aku salah dengan mendaftar ke sini dan quit dari au punya degree.

Bila masalah ini berlaku, aku tak nampak pun apa penyelesaian yang pihak SPA lakukan, malah mengambil lagi ramai ambilan junior. Ambil ambil ambil seberapa banyak yang boleh pulak tu, bayangkan kalau satu batch untuk kelas aku sudah 100 lebih, di campur dengan 6 kolej, dan campur dengan junior, aku rasa terlebih lebih graduan dari kekosongan sedia ada.

Aku bukan apa, aku dah sampai tahap tak kisah la dipanggil atau tidak. Sebab dah penat diperkotak katikkan macam ni. Kami minta kerja dengan pihak swasta, meraka langsung tidak mahu menawarkan jawatan atas sebab kami tajaan KKM. Ya, ibarat digantung tidak bertali. Nak kerja orang tak nak ambil, end up ada yg kerja McDonalds, siap jadi manager guna kelulusan diploma, ada juga yang ke seberang tambak untuk mencari rezeki di sana.

Apa yang aku nak simpulkan, pihak SPA perlu mengambil berat tentang penjawatan lagi lagi penjawatan untuk sektor kritikal seperti kesihatan. Turun padang dan dengar tentang masalah yang dihadapi. Aku faham dengan lantikan kontrak ia dapat menyelesaikan masalah lantikan lambat, dan pekerja akan menjadi lebih kompeten untuk meningkatkan prestasi untuk diserap terus dalam penjawatan.

Persoalan dekat sini, andai kata kalau sudah tamat kontrak dan penjawatan masih tiada kekosongan, masih lagi kena sambung kontrak sehingga diserap? Dan, adakah wajar dengan mengikut saranan YB Perdana Menteri dengan mengecilkan bilangan kakitangan? Aku berharap masalah begini biar diselesaikan. Biar kami yang menanggung, tak sanggup nak tengak junior junior yang bakal keluar mengalami nasib yang sama seperti kami.

Sekian,
Jay

– PPP Berjaya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *