Aduhai Pengangkutan Awam

Harap admin luluskan hantaran aku ni sebagai rakyat marhaen yang ingin meluahkan.

Coretan ni aku nukilkan khas untuk meluahkan ketidak puas hatian aku,

Dan aku sangat pasti, bukan aku seorang saja yang dah lama pendam rasa marah ni pada sektor pengangkutan awam macam bas, tren sistem aliran ringan (LRT), MRT, monorel mahupun KTMB.

Baru-baru ni sempena pembukaan MRT laluan putrajaya, kerajaan bagi penggunaan percuma tanpa had untuk semua penduduk lembah Klang untuk sebulan. Ada yang kata itu gula-gula pilihanraya.

Bagi aku, tak salah pun sebab memang rakyat menggunakan perkhidmatan tu dan ada yang bergantung padanya sangat-sangat macam aku.

Kalau dah free baguslah sangat. Cuma yang aku tak puas hati ni adalah perkhidmatan yang ditawarkan tu.

Kalau sebut pengangkutan awam di Malaysia khususnya ibukota ni, serba serbi penuh dengan cabaran, dugaan dan tohmahan. Masalah teknikal boleh kata sangat kerap. Setahun mahunya berpuluh kali kot.

Aku sebagai salah seorang pengguna pengangkutan awam tegar ni pun dah naik rimas dah sebenarnya.

Niat aku nak gunakan pengangkutan awam untuk kemudahan dan keselesaan termasuk menyahut seruan kerajaan untuk kurangkan kesesakan di jalan raya kononnya.

Tapi apa yang aku alami sepanjang penggunaan sangat mengecewakan. Kalau 5 bintang adalah paling bagus.

Aku boleh bagi 2 bintang je. Sebab masalah teknikal dan kekerapan tu sangatlah annoying untuk kita hadap. Cuma tak ada saluran yang betul je mana kita nak salurkan.

Antara masalah dia adalah kelewatan tren, kekerapan, ketidak fungsi tren , masalah teknikal tren (mungkin acara bulanan atau tahunan kot) dan kesesakan.

Banyak dah aku baca komen kat sosial media bila out topik pasal pengangkutan awam, kononnya kerajaan kena ikut macam Jepun bila tren alami kerosakan,

Atasi masalah iaitu minta maaf atau keluarkan permohonan maaf dan sebagainya atau CEO prasarana tu kena turun lah padang atau buat sesuatu dan ambil tindakan.

Tapi masalah masih berulang dan makin kerap kebelakangan ni. Itulah antara sebab aku meluahkan disini sebab aku tertekan baru-baru ni, aku lewat sampai dan dah 2 kali pula tu dalam sebulan. OMG!!!

Aku harap, pihak berwajib , tolonglah baiki perkhidmatan anda. Kembalikan kepercayaan rakyat. Buat sesuatu. Ambil tindakan drastik untuk atasi.

Kalau nak kempen untuk rakyat gunakan pengangkutan awam berjaya, kena tunjuk prestasi mantap.

Jangan sampai masyarakat fed up dan tak percaya pada sistem pengangkutan awam langsung dah! Yang rugi nanti, pihak anda juga.

Aku ni pun dah 50-50 nak stay dengan pengangkutan awam atau nak beli je kereta second hand pun untuk berurusan lepas ni.

– SubZero (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *