After Breakup Dramatic Sangat

Hi, Assalamualaikum. Saya nak bertanya normalkah kesan kehilangan begini.

Saya perempuan, umur 26 tahun. Saya pernah je couple tapi saya jenis cepat move on sebelum ni. Saya jenis after break up, move on to the next chapter. Ambil masa hanya 2 minggu paling lama untuk bersedih. Saya bukan yang jenis grieving, rasa sedih tapi takpelah (gitu).

Tapi kali ni lain. Maybe sebab saya dah nekad nak berkahwin dan berjanji dengan dia. Dan dia orang yang saya paling sayang berbanding ex saya sebelum ni. Tapi dia yang putuskan hubungan kami sebab gaduh kecil, tapi saya syak dia ada orang lain dah. Tapi takpelah benda dah jadi.

First month break up biasa lah sedih, tapi ni first time saya grieving, tak makan, tak tidur, cuti kerja almost a month, baring dalam bilik tak buat apa, cut off semua orang, murung.

Saya kena consult hospital sebab saya kena panic attact masa kerja dan pengsan, then disegerakan ke hospital. Jantung saya tak normal (160-180), tiba-tiba ada darah tinggi, saya muda lagi 26 tahun, saya sakit dada, sesak nafas.

Tiba-tiba penglihatan blurry, saya start hallucination. Saya fikir sebab saya terlampau menyeksa diri after break up.

Sebelum break memang ada masalah tidur kadang, seminggu hingga 2 minggu tak tidur sebab kena psycho dengan ex. Dia ni memang ada ciri-ciri narsistik. Tapi after break lagi teruk insomniac saya. Dramatic sangat kan. Haih, saya pun tak sangka seteruk ini. Macam takde iman je.

5 bulan dah berlalu, saya redha tapi saya boleh dikatakan trauma? Macam dramatic sangat kan trauma sebab break up, bukannya dah kahwin pun.

Saya mengaku saya terseksa dengan dia emotionally tapi saya masih bertahan sebab sayang dan saya nak hubungan kami sampai halal. Tapi saya sangat terkesan dengan kata-kata terakhir dia, sampai buat saya mental.

Saya ni jenis high empathy dan emotionally sensitive. Saya buat medical record sebab takut company terminate saya sebab prestasi, saya amik cuti almost a month untuk sembuhkan diri, hospitalize a week, kena hospitalize pun sebab jantung saya, katanya severe stress, takut kena sudden heart attack.

Parents saya tak tahu. After keluar hospital saya bagitahu saya tak beberapa sihat. Saya cut off semua orang, family, kawan baik, kawan kerja, delete all social media, uninstall ws and off phone dalam 2-3 months.

Saya tahu saya buat parents saya risau, after keluar hospital, saya call ayah mak saya seminggu sekali tapi guna phone company.

Dalam process sebulan tu memang saya non-stop solat, semua solat saya buat, taubat, sunat, zikir 10,000 sehari untuk tenang kan diri sampai tekak saya luka kering sebab saya tak makan, tak minum hanya duduk dekat sejadah dan bertahan. Sebab saya lost.

After sebulan saya masuk kerja, sebab saya perlukan duit untuk survive. Saya kena paksa diri saya untuk survive.

Dah 5 bulan ni, I thought I okay je. Saya cuba install ws balik, saya nampak je kawan2 saya ws tanya khabar, tapi setiap kali saya cuba berhubung atau buka phone, saya terus panic, trauma, penglihatan saya terus jadi blurry. Macam triggered betul otak saya.

Ya, saya masih on medication. Setiap bulan Dr. akan naikkan dose sebab Dr. kata saya masih tak okay dan takde perubahan. Dr. diagnose saya MDD, Bipolar II, severe stress disorder. Tapi saya rasa saya okay.

Dr, suggest saya untuk warded in psikiatri. Tapi saya rasa saya tak seteruk tu. Saya okay. Tapi mak ayah saya cakap saya tak okay. Kawan saya cakap saya tak okay.

Dekat tempat kerja performance makin merosot, entahlah saya macam tak boleh fikir, banyak blur. Kadang saya tak ingat kawan saya sendiri. Saya jadi pelupa yang teruk, kawan tegur saya tapi saya tak kenal macam tak pernah jumpa tapi feeling tu macam familiar.

Saya tak tahu lah ni sebab break up ke apa. Tapi macam dramatic sangat je. Saya rasa saya okay je. Tapi saya masih tak boleh berhubung dengan orang melalui social media atau handphone sebab otak saya triggered.

Macam mana nak atasi ye? Saya kesian dengan kawan saya yang nak berkahwin hujung tahun ni, kawan baik saya tapi tiba-tiba saya hilangkan diri.

Saya cuba kuatkan diri, tapi setiap kali saya cuba tak boleh, otak saya tiba-tiba black out, jantung saya laju sampai tak boleh nafas, sakit dada. Macam takde oksigen sekeliling saya, rasa pedih. Saya taknak hidup macam ni lama-lama.

Saya consult Dr. every month dan kaunseling 2 kali sebulan tapi setiap kali jumpa Dr. saya terus jadi macam orang perplexed, bodoh-bodoh, otak saya kosong. Tapi saya nangis non-stop. Saya sedar perlakuan saya tapi saya tak tahu nak explain macam mana. Ada something yang buat saya sedih sangat.

Ye memang saya terlampau sedih sebab ex saya tinggalkan saya. Tapi sekarang saya rasa kosong, muka dia pun saya tak ingat, tapi kata-kata dia saya masih ingat dan sakit sangat.

Saya nak contact kawan saya dan saya cuba untuk tidak putuskan silaturrahim dengan semua orang tapi saya tak tahu macam mana. Saya cuba tapi saya tak boleh. Saya takut, sedih sangat.

Sudah 5 bulan nak masuk 6 bulan saya hidup menyendiri, jauhkan diri dari semua orang, saya cuma berserah pada Allah, hanya ada Allah pada saat ini. Saya takut saya spread negativity dekat orang lain. Saya malu nak tunjuk diri saya yang sekarang pada orang lain. Saya kesian dengan diri sendiri.

Kadang saya fikir saya ni memang tak guna, lemah sangat. Orang lemah macam saya ni macam mana nak survive dekat society, semua ni salah saya sendiri.

Please Dr. tak membantu pun sebab Dr. tak tahu apa yang saya fikir dan rasa. Setiap bulan hanya cakap bende yang sama.

Macam mana nak overcome trauma ni?

– Miu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. mungkin awak boleh cuti kerja tanpa gaji..sembuhkan diri betul-betul, jangan terlalu menyendiri.. cuba ambik udara segar, pergi brisk walk ke..tengok pokok2 hijau..melukis ke? (kalau xde orang yg boleh dengar luahan). conteng2 apa awak rasa lepastu bakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *