Agama Atau Rezeki?

Assalamualaikum. Haritu aku ada terbaca confessions seorang gadis tentang Diskriminasi Keatas Pekerja Wanita Berhijab. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/diskriminasi-keatas-pekerja-wanita-berhijab/).

Aku nak share benda yang hampir sama dengan pengalaman dia. Gadis itu tiada sebut company itu milik muslim atau non-muslim, tapi apa yang berlaku pada aku agak menguji keimanan aku.

Ceritanya, aku seorang fresh graduate dalam bidang animation, puas aku cari kerja dalam bidang aku, namun rezeki masih belum tiba lagi. Aku cuba nasib memohon kerja dalam bidang grafik, sebab aku pernah kerja sebagai grafik designer sebelum ini, namun company sebelum ini bankrup jadi terpaksa aku cari kerja baru.

Satu hari aku apply kerja grafik designer dekat company comsetic milik bumiputera yang jauh dari rumah aku. Aku tidak kisah berhijarah mencari rezeki dan pengalaman. Dia minta aku datang kerana ada ujian yang perlu aku lalui, aku meminta untuk ujian atas talian sahaja, kerana terlalu jauh untuk aku kesana malah belum tentu lagi aku dapat jawatan itu.

Namun dia sedapkan hati aku dengan mengatakan dia sudah lihat protfolio aku, aku aku mempunyai potensi yang tinggi untuk jawatan ini malah aku mempunyai kelebihan dalam animation. Jadi aku pun bersetuju untuk datang dan sedia diuji akan kebolehan aku.

Pada hari yang telah ditetapkan, aku datang dengan keadaan yang sudah membuat kajian terhadap dunia cosmetic. Sampai disana En.A (orang yang call aku, tak tahu jawatan dia ape) membuka pintu untuk aku, dengan muka yang agat terkejut sedikit. Tetapi dia sapa aku dengan mesra sekali.

Sesi interview pon bermula, pada awalnya semua ok sehingga dia menyentuh isu agama. Aku agak terkejut kerana dia ingin menyentuh tentang isu agama, tetapi aku dapat agak ape yang ingin dikatakan. En.A berkata,

“Saya inikan nurul, tak kisah pon kalau pekerja saya pakai tudung labuh apa semua, sebab ada satu pekerja bahagian retail pon ada pakai tudung labuh, kadang dia solat dhuha pagi2, tapi untuk kes awak boleh tak awak bukan purdah awak, company ini company kecantikan, jadi kita nak tonjolkan kecantikan kita pada pelanggan.”

Dengar apa yang dia ucapkan api kemarahan aku mendidih. Ia sebernanya aku seorang yang berniqab. Silap aku dimana pada resume gambar aku tidak berniqab, aku tidak sempat menukar gambar aku, itu aku akui kesilapan aku. Tetapi aku sungguh tidak sangka dengan ape yang En.A katakan pada aku.

Untuk mempertahankan diri aku membalas, “saya memohon jawatan sebagai grafik designer, bukan sebagai customer service yang perlu berjumpa dengan customer untuk menunjukan keberkesanan produk company. Sebagai grafik designer bukan kecantikan saya yang perlu saya tonjolkan namun kreativiti dalam design yang perlu saya bukitkan.”

En.A agak terkejut dengan jawapan yang aku berikan, selepas itu dia pun berkata, “jadi awak tidak akan membuka purdah awak untuk bekerja disini”, aku pon jawab” tidak” dengan baik sekali walaupon masa itu aku agak beremosi sedikit.

Selepas itu dia pun meminta aku melalui ujian untuk menghasilkan gambar marketing. Tetapi pada saat itu En.A mula layan aku dengan endah tak endah aje. Dia memberikan aku masa 30 minit untuk hasilkan 3 gambar marketing yang berbeza dan 1 video gif. Aku merasakan agak sedikit mustahil untuk membuatnya dalam masa 30min, namun aku mengambil cabaran yang diberikan.

Dalam masa aku sedang melalui ujian itu, aku di gangu dengan sorang wanita berjawatan dalam marketing dengan meminta aku menghasilkan gambar marketing yang berbeza dengan task. Aku menjadi keliru yang mana aku patut aku ikut.

Akhirnya aku cuma mampu hasilkan 1 video gif dan 1 gambar marketing dengan keadaan digangu oleh wanita tersebut malah dia seolah2 memaksa aku menghabiskan task secepat mungkin. Merasakan aku dilayan seperti itu aku hanya buat setakat yang mampu sahaja.

Sebelum itu, En.A hanya berpesan kepada aku apa2 keputusan dia akan hubungi aku lalu dia keluar menunaikan solat jumaat, aku save video dan gambar dalam folder nama aku. Lalu aku meminta untuk beredar dari situ dengan keadaan sedikit hampa.

Aku tidak hampa sekiranya aku tidak mendapat jawatan itu, yang aku kecewakan ialah apabila dia meletakan alasan purdah aku sebagai alasan yang paling tidak logik sekali, malah company itu milik orang islam, tetapi mempunyai pemikiran yang sempit. Selepas itu En.A tidak pernah menghubungi aku untuk sebarang jawapan.

Ada satu ustaz itu pesan kat aku, apabila kita berhijrah menjadi lebih baik, Allah akan uji keimanan dan ketaqwaan kita sama ada kita kuat atau pun tidak. Aku meminta kepada pembaca untuk mendoakan aku sentiasa beristiqomah dan mendapat kerja tetap dalam bidang aku dengan segera.

Sekarang aku hanya kerja sebagai freelancer designer yang dimana pelanggan aku tidak tahu aku memakai niqab. Minggu depan aku ada interview dekat company didi and friends dan company upin ipin. Doakan aku yang terbaik, kalau itu rezeki yang terbaik untuk aku.

Dan pesanan aku untuk semua orang islam, ingat jangan letakkan agama no 2, seolah2 kau istiharkan perang dengan Allah. Allah yang memberi rezeki bukan manusia. Percaya akan rezeki kau, insyaaAllah Allah akan beri tepat pada masanya. Semoga Allah permudahkan segala urusan pembaca IIUM confessions. Aamiin..

Maaf sekiranya ada kesalahan ejaan dan bahasa.

– NURUL (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *