Salah satu cabaran utama cari isteri ni ialah kefahaman agama. Sebab benda ni kita tak nampak. Cantik tu belum tanya pun kita dah tahu dah. Tak perlu tanya pun “Awak cantik ke tak?”
(Disclaimer: Ya tanggungjawab suami memang didik isteri ke arah agama, tapi pilih isteri ni bukan sekadar pilih pasangan hidup, tapi kita nak pilih ibu kepada anak kita. Kalau asas agama tak ada, takkan kita nak percaya bagi anak kita bawah didikan dia. Jadi apa anak tu nanti.)
Sedangkan syarikat cari pekerja pun nak yang mengikut arahan, ada asas pengikut yang baik, receptive terhadap latihan, dan tak memberontak.
Padahal syarikat boleh offer contract / boleh terminate bila² masa. Apatah lagi kita nak cari bini yang se’idealnya’ kekal sampai akhir hayat.
1. Balut aurat, tudung lilit leher nampak dada tu memang awal² redflag lah. Sifat tabarruj dia tu memang tanda dia gila attention. Boleh sampai bercerai benda ni.
Ok, kalau setakat pakai tudung pulak, tutup aurat, jaga solat tu. Itu baru lapisan pertama. Boleh lah tengok kalau pergi mall dia sibuk nak tanya surau ke tak.
Kalau nak keluar, dia akan refer pada waktu tu sebagai “lepas maghrib / lepas zohor”, biasanya kalau jenis jaga solat, skripnya macam tu.
2. Lapisan kedua pulak, interaksi dia dengan ibu bapa / orang tua. Dia jenis melawan ke tidak. Apa definisi ‘berkat’ pada dia dengan ibubapa.
Pengalaman aku sendiri, ada yang anggap ‘berkat’ ni subjektif. Ada juga yang fikir orang tua ni tak perlu hormat. Kata dia respect is earned, banyak je orang tua yang berperangai bodoh.
Ok, tu red flag kedua. Ada beza respect dengan adab. Bagi dia kalau orang tua tu tak cukup impressive pada mata dia, maka tak layak dihormati dan ditunjuk adab yang mulia.
Red flag kan. Sedangkan aku kalau pandai ambik hati orang tua aku, lentoklah dengan aku aku sekali.
Bukan apa tapi krisis menantu-mertua ni sangat teruk di zaman apa sekali pun, jadi kalau dengan mertua pun dah nak bertanding², nak menang, susahlah.
Sedangkan orang tua ni kalau kita ‘iya’kan saja, bukannya terjejas hidup kita pun. Bukan hidup serumah pun.
Biasanya menantu perempuan dengan mertua perempuan 4 dalam 5 aku dengar tak harmoni. Tapi menantu lelaki dengan mertua lelaki, relax je, siap boleh share hobby, jadi kawan baik. (Drama orang perempuan)
3. Kemudian masuk lapisan ketiga. Iaitu kefahaman agama. Agama versi macam mana dia suka ikut.
3.1 Adakah agama dia tu jenis literalist, rigid, jumud. Apa literal quran hadis cakap adakah dia ikut buta² tanpa perincian ulama.
Biasanya jenis ni tak ramai, sebab memang tak ramai sampai ke tahap tu. Biasanya yang golongan ni ulat buku. Jumpa dekat library.
3.2 Jenis ikut apa yang ramai² buat. Bila kita buat apa yang agama buat “Ish, you ni tak baik la macam tu, tak elok”. Bila tanya kenapa tak elok, dia pun jawab “tak elok la, orang tua² kata tak elok”.
Normal bagi dia ialah apa yang ada pada adat. Dia tak reti beza mana satu agama mana satu adat.
Yang ni paling red flag sebab menunjukkan dia tak faham agama. Yang ni biasanya paling kuat melawan sebab asasnya memang salah.
Pengalaman aku, yang jenis ni paling susah nak berubah. Agama ni Allah dan rasul punya bukan orang tua² punya.
3.3 Jenis share ustaz² tertentu sahaja dalam timeline dia. Share ustaz selebriti / artis hijrah. Quote² baik² yang tak tahu mana punca saja
Gemar sangat pergi meramaikan majlis malam cinta rasul / yahanana. Share kata² habib dan kata² ustazah Asma’
Yang jenis ni pun red flag sebab metod beragama dia tu lebih fokus kepada individu bukan isi. Dia mudah taksub.
Dia suka bila ada penceramah yang nampak hensem, cair bila tengok, sejuk telinga bila dengar penceramah tu nyanyi. Esok² kalau dajjal datang, dia ikut dulu.
3.4 Jenis evidential based (Berasaskan bukti) Kalau bab agama dia tanya dalil, dia tanya quran, dia tanya hadis. Dia tanya ulama.
Bagi dia agama ni sesuatu yang kita kena terus belajar, bukan cukup sekadar ilmu fardhu ain darjah 5 kelas KAFA semata.
Biasanya jenis ni IQ tinggi. Susah nak taksub. Ilmu pun banyak. Mungkin dia suka bebel beri nasihat tapi itu kriteria yang bagus.
Ini Green Flag.
3.5 Jenis kosong tak tahu apa, mungkin pernah ada dalam zaman jahiliah, tapi dah taubat dan niat nak belajar agama semula.
Dalam hati dia memang cintakan agama. Nak rapatkan diri dengan tuhan tanpa rasa berat. Harapkan suami yang faham agama.
Pengalaman aku, yang ni senang didik sebab dia tak ada asas. Jadi dia lebih receptive dengan didikan.
Ini pun Green Flag.
Kesimpulannya dari latar belakang apa pun dia dalam bab agama. Tapi selagimana dia boleh berlapang dada berbeza pendapat, tak menghukum, minat belajar, dia paling green flag.
– Luke (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya jarang jumpa perempuan dengan wanita lebih jauh umur ada sebarang isu. Tapi saya tahu wanita jika lelaki jauh umur dengan mereka (seperti 30 tahun jarak dan ke atasa), ada yang memang rasa creepy kalau diikuti di sosial media seperti IG lagi pula kalau following mereka semua perempuan kecuali keluarga atau kerana perlu dan FB mereka semua umur lebih kurang kecuali keluarga atau pernah jumpa ahli keluarga mereka (ibu bapa).
Mesti yang selalu tulis di laman sosial ni mungkin tidak pernah pun konflik resolution atau tidak biasa dengan bagaimana cara yang kebiasaannya (contohnya ini tempat orang, lain caranya, baru masuk dalam keluarga jangan terlalu lantang sangat, atau tidak faham role dan Al-Quran).
Perempuan adakalanya memang tak selesa bila orang mereka tak kenal tidak kisahlah siapa pun orang itu dan impressive atau pun tidak sangat bila orang itu adalah lelaki dan jarak umur terlalu jauh. Sebab perempuan ni mereka ada yang jaga anak kecil, ada yang perhatikan ibu mengandung, ada yang perhatikan ibu bersalin dan mereka selalu suka perempuan (tidak kisah umur) sahaja di keliling mereka, kalau lelaki, hanya yang mereka tahu atau ada mutual friends.
Kena tahu non-verbal cues wanita ni bagaimana. Kadang-kadang nampak bila lelaki niat ikhlas memberitahu atau menyebarkan maklumat mengenai agama, tetapi lelaki tidak notis non-verbal cues.
Contoh selalu perempuan tunjuk sahaja keadaan sebenar seperti di pejabat perlu sedikit bertatarias, supaya orang memang tahu itu perlu ditempuhi di tempat kerja.
Tetapi ada perempuan lebih diberitahu lebih mereka tidak suka dan akan ditunjukkan secara terang-terangan (tak nak tone down dari sudut apa pun tentang penampilan mereka dan media sosial dibiarkan public).
Kalau berdepan dengan wanita begini, kena hantar wanita juga untuk bercakap dengan mereka atau ahli keluarga mereka. Sebab kita tidak tahu mungkin mereka akan melabel atau bersangka tidak baik pula kepada lelaki yang menegur tu. Itu perkara yang perlu dielakkan. Sekian.
Nak juga komen bab red flag beragama nih.Aku ada 1 kwn perempuan.Pakai tdg skdr tutup rambut hodoh buruk.Lau dia free hair muka mmg x lawa turn off terus.
Tp bila bab solat.dia blh kata apa tau…org2 yg solat ni bukan betul sgt pun perangai.
Ayat dia yg mcm tu buat aku rasa RED FLAG trs utk jadikan sbg kwn even aku sendiri perempuan.Pd aku dia punya point of view dah sgt tersasar.Aku ada nasihat dia juga solat tu wajib..kalau mati kelak jenazah kita juga yg akam disolatkan.Dan lps2 tu aku trs tak kwn dah dgn org mcm ni.
Dan aku ada kwn lelaki.Asas ugama mmg ke laut.Bayangkan selama hdp 42 thn khabarnya dia x tahu apa mkna mandi wajib bg org islam.Dia siap ckp aku ni alim sebab tahu hal mandi wajib.Bila aku beberapa kali tegur dia agar google dan belajar mandi wajib..dia lama2 sound aku tlg jgm sibuk urusan hdp dia;jaga diri u sendiri cukup.
Dan dia pernah ckp …puasa bln ramadan ni tak menjadikan u better muslim pun.Red flag lagi.
Tp bab2 critical thinking..kerja..dia mmg bijak.Cuma sebab mak dia maybe mualaf..so kurang sgt pendedahan ugama.
Ok fine..ada hikmah Allah x jodohkan aku dgn dia walaupun dulu aku dah ter crush dgn dia.
Kpd penulis..nak cr yg sempurna mmg takkan jumpa.Walaupun kau rs org tu dari segi pakaian,solat,adab dah seolah sempurna…tentu sejarah silam dia ada.Tentu kau lagilah x dpt terima kan?
Hakikat zmn skrg semua perempuan rata2 katup kepala je bungkus aurat…doakan aje lah agar dorg diberi hidayah.Share ttg makna berpakaian tp telanjang tak cium bau syurga.Sebab ramai perempuan masih x tahu bab berpakaian tp telanjang mcm Nabi gambarkan pd umat akhir zaman.
Kalau nak cari wanita AAA +++ macam ciri awk nak…tiada di Malaysia.Wanita sedemikian ada di Yaman,Ta’rim.
Mereka tak keluar rumah sesuka hati.Berpakaian ikut syariat Saidatina Fatimah az zahra ank Nabi.Wanita yg menjaga pergaulan dan batasan dgn lelaki.
Wanita di Malaysia?Haha..yg bertudong litup belum tentu dara.Kdg ligat di belakang mengalahkan yg berskirt pendek.Ni bkn penghinaan tp hakikat pahit yg harus di telan bro.
Lelaki juga tiada kualiti jd pemimpin islam.Lelaki bervisi dan bermisi tiada arah tuju,lembik dan mulut sperti wanita banyak ditemui dlm medsos.
Lelaki melayu juga jarang sgt jumpa yg sanggup bangun pagi utk solat berjemaah subuh di masjid.Itulah kualiti lelaki terbaik dlm islam tp dah hampir pupus.Mrk hanya tahu buka mata lepas bangun tidur lalu belek fyp tiktok tgk perempuan bergelek tayang muka dan aset.
Nak cari pasangan solehah kita yg kena jd soleh dahulu.Maka law of attraction akan bekerja.