Agent Fee Rumah Sewa

Assalamualaikum semua. Nama aku Cactus (bukan nama sebenar) hehe.

Tujuan aku menulis ni ada lah untuk mendapatkan lebih pengetahuan daripada pembaca2 atau agent rumah sewa/ property agent yang mungkin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.

Aku sekarang tengah mencari rumah sewa. Biasa sekarang ni, untuk rumah sewa sekarang pemilik kebanyakannya hire agent untuk sewakan/ jualkan rumah.

Aku ada beberapa pengalaman dengan agent rumah sewa. Kalau ikutkan rumah yang aku tinggal sekarang ni, rumah sewa ketiga. Dah nak masuk 5 tahun aku kat rumah ni.

Sebelum2 ni menyewa sebab ikut tempat projek kerja suami aku. Sekarang ni paling lama kami menyewa.

In the process mencari rumah sewa ni, kebanyakan agent mesti akan mintak agent fee min RM 400. Tak termasuk kos2 perjanjian.

Pernah aku kena scam dengan 1 agent ni. Dah bayar semua, alih-alih tak boleh sewa rumah sebab rumah tu orang adik beradik owner dah masuk. Eh? Cemana kau deal ni?

Pastu bila mintak balik duit, mcm kita minta hutang pulak. Susah nak dapat balik. Bayar balik pada aku pun ansur2.

Next, agent 2 ni mintak RM500 untuk agent fee. Padahal dia tak ada lah uruskan apa sangat. Tak ada perjanjian atau apa.

Bila aku tanya kenapa mahal sangat. Jawapan dia : Owner suruh minta duit fee dengan penyewa. Aku macam ehhhh??

Then, recently aku mencari rumah sewa yang okay sikit. Sebab anak aku dah besar, perlukan ruang yang besar.

Since sekarang aku kat rumah flat 2 bilik. Aku perlukan ruang lebih sikit. Sekarang ni rumah sewa aku, direct owner. Ada 1 rumah yang aku aim. Kat 1 website terkenal la jugak.

Aku tanya la agent semua2 details. Then agent bagi la pecahan bayaran sekian2. Pastu ada 1 kos professional fee RM500.

Aku tanya dia, fee tu untuk apa? Jawapan dia : Agency fee. Bila aku tnya, tenant pun kena bayar agent fee ke? Terus dia blok aku.

Dulu, aku pernah terbaca 1 post dekat fb. Post dari seorang agent berkenaan procedure untuk sewa guna agent.

Yang aku baca dari post tu, agent yang di lantik oleh pemilik rumah, tak boleh mintak agent fee dari penyewa. Agent fee perlu dibayar oleh orang yang melantik (dalam kes ni, pemilik).

Jadi, sepatutnya pemilik yang perlu bayar agent fee. Bukan mintak dari penyewa. Lain kalau penyewa yang hire agent untuk carikan rumah sewa sekian2, jadi tenant yang kena bayar.

Dalam post tersebut, ada diberitahu kalau ada agent berdaftar yang mintak agent fee dari tenant, boleh buat laporan. Tapi lapor di mana aku dah tak ingat.

Aku tak pasti la ini betul atau pun tidak. Tapi, boleh tak agent2 rumah sewa/ agent property yang lebih arif untuk jelaskan perkara ini?

Dan, kalau betul ini menyalahi peraturan dan boleh buat laporan, nak buat laporan kat agensi mana?

Aku memang tak mampu nak bayar agent fee beratus2. Belum masuk fee lain2 dan deposit sampai 2-3 bulan. Nak cari direct owner bukan senang sekarang ni.

Aku minta doa korang semoga urusan pencarian rumah sewa aku dipermudahkan, dan dapat rumah sewa dengan harga berpatutan. Aamiin..

Itu saja. Terima kasih sudi baca.

– Cactus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ya agent tak boleh minta apa-apa bayaran dari tenant sebab owner dah byr.boleh buat laporan ke LPPEH.Duit yg kita dah bayar pun blh claim balik kalau ada bukti

  2. hi saya nak tanya agent fee penyewa yg perlu bayarkan ka untuk rumah sewa ?
    Duit sewa bulan pertama : RM700
    (2)bulan rental deposit : RM1,400 (boleh dikembalikan)
    Air + Api + Indah water deposit : RM350 (boleh dikembalikan)
    Surat perjanjian + Agent fee : RM350
    ——————-
    Jumlah RM2,800

    • Agent fee secara umumnya adalah dari sewa bulan pertama iaitu booking yang dibayar dari penyewa.

      Booking tu akan jadi sewa bulan pertama tetapi diberi kepada Company Agent sebagai fee. Maksudnya ownerlah yang menanggung agent fee.

      Berkenaan agreeement fee pulak buat masa sekarang board dah tak benarkan agent ambil, melaikan peguam.
      Jadi biasanya agent akan sebut admin fee sebab kos tu digunakan untuk uruskan agreeement samaada menggunakan peguam sendiri atau peguam luar.

      Perlu diingat jika agent minta tenant transfer direct ke acc individu, perbuatan ini adalah salah dari segi undang2. Dan bahaya kalau Agent menghilangkan diri.

      Sepatutnya bayaran dibuat kepada satu acc khas untuk client yang wajib disediakan oleh company agent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *